Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu dan ini juga bermaksud hari orkestra terbesar sekolah aku akan bermula.
Aku yang berdiri menghadap cermin bilik ini terasa sungguh gementar mengingatkan hari ini akan melakukan persembahan itu. Baju uniform khas untuk orkestra kali ini sudah kemas dipakai oleh aku.
Nafas ditarik perlahan oleh aku sebelum mencapai beg dizi aku. Kaki aku melangkah keluar dari bilik aku sambil aku cuba menenangkan sedikit diri ini.
Aku tahu ini bukan kali pertama aku melakukan orkestra tetapi ini adalah kali pertama aku bermain solo. Kalau aku salah sedikit memang akan keliharan jelas oleh para penonton. Jadi aku tidak boleh salah walaupun sedikit.
Keluar sahaja aku dari bagunan asrama pelajar perempuan ini, aku terus bergerak menuju ke dewan utama. Di sana aku akan menunggu di bilik latihan sebelum persembahan aku bermula.
Aku rasa ahli orkestra yang lain pun sudah sampai malah mungkin ada yang sudah bersedia. Pada hari yang sungguh penting begini mana boleh terlambat pulakan.
Plak...
Pintu bilik latihan ini dibuka perlahan oleh aku. Aku masuk ke dalam bilik ini dan kelihatan sudah ada beberapa orang ahli orkestra kumpulan aku sudsh tiba.
"Awal kau datang? Tak ada perjumpaan ahli ketua pelajar ke?" Soal salah seorang rakan aku.
"Aku nk hantar beg aku ni, lepas ni aku jumpa mereka," balas aku sambil berjalan menuju ke satu meja.
Beg muzik aku dilepaskan lalu aku letak perlahan di atas meja tersebut. Sebelum aku keluar untuk berjumpa dengan ahli ketua pelajar, aku cuba memeriksa dahulu barangan aku.
"Iris, tadi aku ada baca senarai tetamu yang akan datang hari ni dan jumpa seorang tetamu ni guna nama keluarga sama dengan kau. Kau keluarga dia ke?" Tangan aku terus terhenti apabila kawan aku mengata hal itu.
Mesti tetamu yang dia maksudkan adalah Kris. Dia adalah abang aku jadi memanglah kami kongsi nama keluarga yang sama tetapi ramai tidak tahu dia adalah abang aku. Aku tak nak beritahu mereka kerana aku tidak mahu menarik perhatian orang luar.
"Mu-mungkin kebetulan jer kot. Aku pun tak kenal siapa semua tetamu tu," balas aku tergagap-gagap.
Takut aku dia tahu bahawa salah seorang tetamu penting itu adalah abang aku. Kalau dia tahu mesti kecoh sekolah ini tahu identiti sebenar aku.
"Ingatkan keluarga kau tadi," rakan aku mengangguk faham. Nasib dia tidak curigakan aku.
"Nanti kalau aku lambat datang, kau tolong call aku ya. Aku nak jumpa presiden kejap," pesan aku sebelum kaki aku melangkah keluar dari bilik ini.
Aku tahu jam untuk orkestra kumpulan aku akan membuat persembahan tetapi aku takut disebabkan tugas ahli ketua pelajar aku akan lalai sehingga tidak melihat masa yang berlalu. Jadi lebih baik aku pesan begitu kepada rakanku.
Aku berjalan menuju ke arah pentas utama dimana tempat semua ahli ketua pelajaf akn berkumpul. Sesampai disana dapat aku lihat pentas tersebut sudah siap sepenuhnya. Hebat betul kerja pembuat pentas ini.
Minggu lepas kosong sahaja aku lihat dan sekarang aku sudah dapat lihat pentas tersebut siap dengan hiasan dan lampunya.
Plak...
Bunyi pintu dewan ini dibuka. Aku menoleh ke belakang dan kelihatan presiden bersama ahli lain memasuki dewan ini. Rasanya aku tidak awal. Mungkin aku datang cepat ke sini kerana aku dari bilik latihan yang berada berdekatan sahaja dengan pentas ini.
Mereka berjalan menuju ke arah pentas lalu aku turut mengikuti mereka. Seperti biasa aku berdiri bersebelahan dengan Zale. Aku tidak tahu kenapa setiap kali berkumpul mesti kami berdua akan bersebelahan. Malah tempat duduk di dalam musyarat pun kami bersebelahan.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...