Aku menundukkan kepala aku memberi tanda hormat kepada para penonton setelah tamatnya orkestra kumpulan aku. Setelah itu, kami semua terus keluar dengan hati yang penuh berbunga.
Persembahan kami tadi berjalan lancar tanda kesalahan satu pun. Memang gembiralah hati ini kerana persembahan berlangsung seperri yang aku harapkan.
"Persembahan yang terbaik tadi. Saya tak sangka kamu semua boleh buat sebaik itu," puji guru yang melatih kami.
Aku tersenyum mendengar pujian itu. Rasanya memang layak kami mendapat pujian begitu setelah berlatih berbulan-bulan demi hari ini sahaja.
"Sebagai tanda taniah untuk kamu semua, nanti saya kan belanja kamu makan," katanya lagi.
Semua ahli kumpulan aku tersenyum gembira. Ada juga yang bersorak kerana dapat makan percuma oleh cikgu itu. Memang hebatlah guru yang melatih kami ini. Dia pandai ambil hati kami semua sehingga kami mahu berlatih dengan bersungguh-sunguh pada tahun ini.
Biasanya kami tidak akan berlatih kuat sangat kerana kami tahu untuk pelajar yang mengambil muzik tradisional memang selalu tidak dipandang sangat oleh tetamu luar. Mereka berfikir muzik tradisional ini ketinggalan zaman. Jadi sebab itu ramai pelajar yang hilang semangat untuk melakukan persembahan orkestra begini.
Tapi kali ini berbeza kerana adanya cikgu ini. Dia pandai ambil hati kami sehingga kami mahu berusaha kuat. Mungkin cikgu ini tahu bahawa orkestra kali ini adalah orkestra terbesar dalam sejarah sekolah ini, jadi dia mahu kami lebih berusaha untuk dapatkan nama dengan tetamu yang datang.
"Okay sekarang kamu semua boleh berehat. Jangan lupa janji kita nanti ya," ujar akhirnya.
Satu kumpulan ini mengucapkan terima kasih lalu kami semua pergi menuju ke arah kami. Aku mengemas semua peralatan muzik aku dan aku terus bergerak menuju ke bilik kawalan yang berada di tingkat dua dewan ini.
Sesampai di sana aku terus membuka pintu tersebut. Dapat aku lihat Sky dan Via yang ditugaskan menjaga kawalan alat di dalam dewan itu berkerja. Sekarang baru aku dapat lihat dua ekor monyet ini betul-betul bekerja.
Beg muzik aku tadi diletakkan di atas meja yang sudah tersedia di dalam bilik itu. Aku melangkah menuju ke arah Sky dan Via yang menonton persembahan dari cermin kaca bilik tersebut. Tangan mereka pantas mengatur lampu yang menerangi pentas dewan.
Aku juga turut menonton persembahan kumpulan orkestra selepas aku tadi dan kelihatan kumpulan itu adalah kumpulan Zale bersama presiden.
Mereka berdua satu kumpulan kerana kebolehan mereka yang bermain alat muzik sangat bagus. Bukan mereka sahaja malah hampir satu kunpulan itu merupakan permain terbaik sekolah ini. Kalau masuk pertandingan rasanya memang pasti nombor satu.
Kumpulan itu mungkin akan menjadi perhatian penonton kali ini. Uniform mereka sahaja sudah berbeza apatah lagi cara permainan mereka. Mesti akan jadi yang terbaik di sekolah ini.
Mata aku seterusnya beralih memandang tempat duduk penonton. Tempat duduk tersebut memang penuh dengan penonton tanpa meninggalkan satu pun tempat kosong.
Kali pertama aku lihat dewan ini sangat penuh begini. Memang akan mencipfa sejarah baru sekolah ini. Bukan sahaja penonton yang banyak, malah tetamu penting pun banyak yang hadir.
Banyak keluarga ternama hadir kali ini. Hampir semua keluarga ini adalah keluarga mahir dalam bidang muzik dan keluarga yang paling istimewa bagi sekolah pun datang iaitu keluarga Claes.
Ya, itu adalah keluarga kakak Claire. Keluarga itu memang sangat berpengaruh dengan sekolah ini kerana setiap generasi keluarga itu memang akan bersekolah di sini dan menjadi pemain muzik yang terbaik.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...