"Aksesori untuk girlfriend encik ke?" Pekerja itu melihat aku.
Siapa pula kekasih dia? Kalau dia kata aku memang salah. Aku bukan kekasih dia malah aku baru sahaja mengenali dia.
"Maaf, saya bu-"
"Ya, untuk dia!" Sekali lagi aku terkejut.
Sejak bila pula aku kekasih dia? Aku kenal dia pun baru minggu ini. Tiba-tiba sahaja kata aku ni kekasih dia. Kalau kekasih dia betul-betul dengar ni memang boleh mampus aku.
Harap sahajalah aku tak jadi pemusnah hubungan dia dan kekasih dia yang sebenar. Aku tak nak pula tanggung dosa yang aku tak sangka akan buat.
"Kalau macam tu, saya cadangkan encik beli necklace. Aksesori itu sangar sesuai untuk gadis remaja sekarang," cadang pekerja kedai ini.
Aku pula rasa bersalah kerana telah menipu pekerja kedai ini. Nak kata perkara sebenar, rasa malu pula bila sudah sampai begini. Nampaknya aku akan berlakon sahajalah.
Pekerja tadi membawa kami berdua ke satu sudut yang mempamerkan banyak rantai leher. Sungguh cantik dan kelihatan mahal.
Satu-persatu rantai leher di sana ditatap oleh aku. Bagi aku kalau Saint hadiah rantai leher perak ini mungkin sesuai. Gadis remaja sekarang rasanya lebih suka perak berbanding emas.
"Awak rasa yang mana cantik?" Terkejut aku apabila suaranya kedengaran memang tepat disebelah telinga aku.
Aku menoleh ke arah dia dan terkejutnya aku bila mata kami berdua bertembung. Dengan pantas aku menoleh ke arah lain. Agak malu apabila mata kami berdua bertembung. Aku tidak pernah menatap mata dia sebelum ini.
"Mu-mungkin yang ni," balas aku tergagap-gagap akibat malu. Tangan aku menunjuk sahaja mana-mana rantai leher tanpa aku melihat dahulu.
Dalam keadaan begini, bagaimana aku mahu bertenang memilih. Hati aku pun sudah seperti mahu tercabut apabila mata kami bertembung tadi.
"Boleh saya lihat yang ini," Saint berkata kepada pekerja tadi.
Aku melangkah sedikit ke belakang untuk memberi peluang pekerja tadi membuka almari kaca tersebut. Sejujurnya aku mahu sedikit menjauh dari Saint.
Pekerja tadi mengeluarkan sejumlah rantai leher yang sejenis dengan apa yang aku tunjukkan tadi. Dia membawa rantai itu ke atas almari tadi lalu ditunjukkan kepada Saint.
Manakala aku pula, hanya memandang ke tempat lain. Masih malu diri ini. Harap sahaja lelaki itu tidak perasaan semua ini.
"Apa awak buat situ? Marilah tengok sama-sama," dia terus menarik tangan aku mendekati diri ini. Tahan sahajalah malu itu.
Aku memandang setiap rantai yang ditunjukkan tersebut. Warnanya rantai tersebut silver tetapi terdapat batu permata yang berwarna di tengah rantai ini.
Terdapat 12 jenis warna permata tersebut. Agak menarik bagi aku. Tak sangka rantai yang aku pilih tanpa lihat tadi secantik ini.
"Kalau encik nak tahu, rantai ini sangat istimewa," ujar pekerja tadi.
"Istimewa?" Aku memandang pekerja tersebut.
"Ya, kalau encik bakarkan permata du tengah rantai ini, permata tersebut akan keluarkan cahaya mengikut warnanya," terang sambil menunjuk kebenaran katanya tadi.
Dia membuka mancis lalu dihalakan ke arah permata tadi. Memang betul katanya bahawa ada cahaya akan keluar kalau dibakarkan. Rantai yang dia bakar tadi berwarna merah dan cahaya merah terang menerangi kedai ini. Menarik sungguh rantai ini.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...