cp 44

197 6 5
                                    

Asher memandang kepergian Iris bersama lelaki yang menarik tangan gadis itu tadi. Terasa agak sakit hatinya melihat lelaki itu menarik tangan Iris tadi.

Senyuman yang hadir di mulut Asher tadi terus menghilang apabila Iris pergi dari situ. Niatnya tadi mahu berjalan dengan Iris terus terpadam akibat perempuan di hadapannya kini.

Semuanya hancur kerana dia. Memang jenis sampah yang sudah busuk. Masuk campur hal dia dsn sekarang apa dia dapat hanyalah tangan yang kosong.

"Saint, saya-"

"Aku tak nak cakap dengan sampah yang sudah busuk," potong Asher sebelum dia meneruskan perjalanan.

Sekarang dia tidak kisah mahu meninggalkannya perempuan itu. Hatinya sudah sakit atas apa yang perempuan itu sudah lakukan.

Semuanya hancur kerana dia. Dia sudah dapat peluang tetapi hancur sebab mulut busuk itu. Bukan senang dia dapat peluang begitu. Apatah lagi setelah tidsk berjumpa dengan Iris selama 2 bulan ini.

Dia hanya dapat berkomunikasi dengan gadis itu menggunakan telefon sahaja. Itupun sejak kejadian Iris menghantar gambarnya yang dahulu. Sejak itu mereka tidak bercakap langsung.

"Wey, sapa perempuan tadi?" Tiba Seth menyoal.

Asher menjeling ke arah kawannya itu. Dia tidak mahu menjawab tetapi dia kenal sangat kawannya itu. Kalau tak dijawab dia akan tanya sampai jawab.

"Kawan aku," balas pendek Asher.

"Kawan? Tak lebih dari tu?" Frey pula menyoal. Asher mengeluh. Memang susah ada kawan macam tu.

"Ya, dia kawan aku. Tak percaya, tanya dia sendiri."

Langkah Asher semakin laju. Malas dia mahu mendengar kata kawannya itu lagi. Entah lepas ni apa lagi soalan tak masuk akal mereka akan tanya.

.
.
.
.
.

"Kurang ajar betul mulut perempuan tu," marah Via sambil berjalan disebelah aku.

"Biar sahajalah. Benda sudah lepas," aku cuba menenangkannya.

Takut nanti dia akan balas dendam pula demi aku. Macam aku tak kenal Via ini bagaimana. Bukan setakat mulut jer tak ada insurans, tangan tu pun tak ada insurans. Mahu ditampar perempuan tadi kalau dia susah tidak tahan.

Kadang-kala aku terfikir juga macam mana aku boleh berkawan dengan orang macam ni. Kami berdua sangat berbeza.

Dia kasar dan aku seorang yang agak penyabar. Kalau orang lain mesti akan kata kami tidak akan pernah rapat tetapi kenyataan dia adalah kawan baik aku.

"Kau kenal ke lelaki kau langgar tadi? Tadi aku tengok kau okay jer berbual dengan dia," Sky pula menyoal aku. Memang akan jadi sesi soal-menjawab dekat sini.

"Dia kawan aku."

Sky mengangguk faham.

"Kejap! Aku baru perasan orang tu, bukan orang yang sama dalam gambar kau hari tu ke?" Via meneka.

Tamat sudah!

Tamat sudah rahsia aku. Baru sahaja aku berniat tidak mahu mereka tahu siapa orang tadi, tetapi sekiranya gagal apabila Via mengingati gambar itu.

Kenapalah kau mesti ingat!

Itu adalah kisah kelam aku tahu tak. Disebabkan kau aku tak pernah nak bercakap dengan Asher sebab malu. Tadi pun aku bercakap masih lagi menahan malu.

"Dia Saint kan?" Via memaksa aku menjawab.

"Ya! Dia orang tu," dengan terpaksa aku menjawab.

Tiba mulut perempuan itu tersenyum jahat memandang ke arah Sky. Apa lagi yang dia nak buat ni? Janganlah menyusahkan aku lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Different Melody [H]Where stories live. Discover now