Aku merehatkan diri ini dengan duduk di sebuah bangku yang tersedia di tempat ini. Botol air yang aku bawa sekali tadi diteguk oleh aku. Kering tekak aku kerana berpenat menaiki gunung ini.
Angin yang meniup mengena aku ini memang menyejukkan. Walaupun panas tetapi di atas ini sangat sejuk dan redup. Rasa tak nak balik pun ada.
Untung aku setuju mengikuti Asher datang ke sini semalam. Awalnya aku datang ke sini hanya untuk melepaskan rasa marah dihati ini tetapi tak sangka pula boleh jadi setenang ini. Ini yang dikatakan terapi sukan dan alam semula jadi. Hati yang tak terteram pun boleh jadi tenang dengan sekelip mata.
"Saya tak sangka pula awak dapat naik tempat ni dengan selamat tadi," tiba Asher yang duduk di sebelah aku berkata.
"Kenapa pula?" Aku kehairanan. Jalan tadi memang susah tetapi kalau berhati-hati kita tetap akan selamat.
"Kawan saya dulu pernah jatuh dekat sana, sebab tu saya fikir awak akan jatuh juga. Tapi rupanya tidak. Atlet juga badan awak ya," puji lelaki itu.
"Kan saya pernah kata saya pernah belajar taekwondo, jadi kalau bab sukan lasak ni memang saya buatlah. Setakat laluan macam saya boleh lalu macam tu je lah," aku membanggakan diri.
Tidak dinafikan bahawa aku ada badan atlet. Aku sudah belajar teakwondo sejak umur 7 tahun dan mula main sukan lasak sejak umur 10 tahun. Jadi setakat itu kacang jer lah. Ada banyak lagi yang lebih sukar dari itu aku pernah cuba.
Lagipun tadi aku hanya menahan diri untuk tidak bertindak lasak seperti lelaki. Takut hilang maruah aku depan Asher ini. Nama sahaja perempuan tetapi peragai mengalahkan lelaki.
"Oh ya, kenapa awak tak pernah datang kafe minggu lepas?" Tanya aku.
"Saya kena practice cheerleader dekat sekolah. Contest sekolah saya tak lama lagi nak mula," balasnya.
"Cheerleader? Awak buat cheerleader?"
Lelaki itu mengangguk, "saya ada video tu, kalau awak nak tengok."
"Boleh ke?" Aku sedikit teruja.
Aku tidak pernah lihat persembahan pasukan sorak selama ini. Biasa aku lihat ada di televisyen tetapi itu bukan untuk pertandingan. Jadi dapat tengok yang ini jadi agak gembiralah aku.
"Ini dia," Asher menunjukkan telefonnya.
Dapat aku lihat satu video pasukan sorak yang sedang melakukan aktiviti mereka. Video ini berdurasi 5 minit dengan muzik yang agak menarik.
Bersinar mata aku memandang pasukan sorak tersebut. Banyak gerakan yang bahaya mereka dapat lakukan dalam sekelip mata. Memang kerjasama pasukan.
Ini kalau tidak menang pertandingan aku tidak tahulah. Aku sendiri tidak pernah terfikir akan dapat membuat semua pergerakan tersebut. Mustahil untuk aku rasanya.
"Ini awak ke?" Aku menunjuk seseorang yang membuat double flip di video tersebut.
"Ya, itu saya."
Terpegun aku mendengar jawapan itu. Orang dalam video ini dan orang disebelah aku nampak berlainan betul.
Susah dipercayai lelaki yang kurang sel sebelah aku ini boleh kelihatan sungguh hebat di dalam video ini. Rasanya dia adalah watak utama dalam rakaman video tersebut.
"Ini video lama. Lagi pun pergerakkan saya agak teruk," bicaranya setelah video itu tamat.
Teruk dia kata. Bagus betul aku lihat tadi. Kalau dibandingkan dengan orang lain mesti dia buat lagi bagus. Entah-entah sekarang dia boleh buat yang lagi hebat dari tadi.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...