"Ciel..." sebut Asher seorang diri di dalam bilik sambil memandang bulan yang menerangi tempat ini.
Dia tidak tahu kenapa dia tiba teringat akan nama itu. Rasanya sudah lama dia lupakan nama itu tetapi hari ini dia tiba mengingat lagi nama itu.
Ciel adalah nama seseorang yang pernah dia kenal satu ketika dahulu namun sekarang mereka sudah tidak berhubungan lagi.
Dia ingat lagi bertapa lelakinya hebat itu. Dulu dia berkawan dengan lelaki itu pun sebab lelaki itu pernah selamatkan dia dari dibuli.
Kami berdua mula jadi rapat sejak itu dan yang paling memalukan dia pernah ajak lelaki itu kahwin dengannya.
"Argh! Malunya aku!" Asher menahan malunya apabila mengingatkan kejadian itu.
Pada waktu itu dia masih kecil kadi dia tidak berapa tahu tentang perkara itu. Untung juga mereka sudah tidak ketemu sampai sekarang.
Kalau tidak mesti dia akan bertambah malu dia orang itu mengungkit balik hal tersebut. Mahu dia tidak mahu menunjukkan muka dia lagi di hadapan orang itu.
Asher mengeluh sendiri. Dia kemudiannya berjalan kembali ke dalam bilik.
Bruk!
Tiba dia tersandung sesuatu. Dia memandang ke lantau dan kelihatan satu kotak di sana.
"Ini mesti kerja Evelyn. Budak itu ambil barang bukan pandai simpan elok-elok," marah Asher sambil mengambil kotak itu.
Dalam dia mengambil kotak sederhana besar tersebut, dia tiba terperasaan satu gambar terselit di penutup kotak tersebut.
Dengan perasaan yang ingin tahu, lelaki itu membuka kotak tadi. Gambar tersebut diambil dan diperhatikan olehnya.
Itu adalah gambar dirinya ketika tadika dahulu. Dapat dia lihat dirinya ketika kecil yang masih kelihatan seperti perempuan.
Disebabkan dia memiliki muka yang cantik seperti perempuan dia selalu disalah anggap sebagai perempuan ketika kecil. Apatah lagi bila dia berambut panjang seperi dalam gambar itu.
Dulu dia kena buli pun sebab budak tadika itu mengejeknya sebagai seorang perempuan walaupun dia adalah lelaki. Baju uniform tadika itu sama untuk lelaki dan perempuan, jadi memang ramai orang anggap dirinya sebagai perempuan.
Bila diingatkan kembali memang lawak pada waktu itu. Kenapa agaknya dia lemah sangat sehingga kena buli. Kalau sekarang dia kena lagi rasanya sudah mampus pembuli itu.
Matanya memerhati lagi gambar tersebut dan dia terperasan di dalam gambar itu dia memegang tangan seseorang. Dia melihat gerangan orang tersebut lalu dia tersenyum.
Orang itu adalah Ciel. Rakan lamanya.
Tak sangka boleh lihat lagi muka lelaki itu. Sejak dia keluar dari tadika itu dahulu, setiap hari dia berharap mahu berjumpa dengan Ciel namun dia tidak berkesempatan.
Dan hasilnya sampai sekarang tidak tahu dimana lelaki itu. Tetapi bagus juga. Sekurangnya dia tidak perlu menunaikan janjinya dahulu.
Gila ke apa dia dulu berjanji nak berkahwin dengan lelaki ini. Dia bukannya kaum bengkok. Lagipun Ciel mesti tak nak dengan dia kalau lelaki itu tahu bahawa dirinya adalah lelaki juga.
Dia sangat yakin waktu itu Ciel juga memikirkan perempuan jadi sebab itu dia terima janji mengarut begitu.
Asher memandang lagi gambar tersebut dan dia berfikir tentang Ciel. Baginya Ciel ini juga cantiknya. Mukanya mulus dan putih seperti perempuan. Hanya sahaja sikapnya yang kasar menampaknya seperti lelaki.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...