cp 21

76 6 0
                                    

Badan aku lincah mengawal basikal ini. Sejujurnya laluan yang dilalui oleh aku dan Asher sangatlah teruk dan tersilap sedikit mungkin boleh membawa kemalangan. Jadi sebab itu aku mesti tangkas mengawal basikal ini untuk jalan di laluan yang selamat.

Hampir 30 minit aku mengikuti lelaki ini pergi ke tempat yang dia katakan tadi. Tapi sampai sakarang masih belum kelihatan lagi tempat itu. Dia tak sesatkan?

Apa yang aku boleh lihat sekarang hanyalah hutan yang mengelilingi aku. Tidak ada satu pun pentunjuk akan ada sesuatu di hadapan kami.

Dalam aku memikirkan hak itu, tiba satu panggilan masuk semula ke telefon aku. Mesti Asher yang telefon ini. Tepat pada masanya aku mahu menanya tentang tempat ini.

"Hello,"

"Awak masih okay ke?" Soalnya. Dia fikir aku ni lemah sangat ke?

"Okay, tapi kita ni nak pergi mana sebenarnya? Awak tak tipu sayakan?"

"Mana ada saya tipu. Sekejap jer lagi kita nak sampai. Saya yakin awak mesti suka tempat tu."

Agak curiga aku dengan jawapannya itu. Boleh percaya ke?

"Hati-hati depan tu, tanah dia agak basah," amaran Asher.

Nasib juga dia beri amaran tadi. Hampir sahaja aku tersalah kawal basikal ini. Memang bahaya betul.

"Awak tengok laluan depan tu, itulah tempat kita akan pergi."

Aku melihat ke hadapan. Memang ada laluan keluar. Dapat aku lihat cahaya matahari menerangi tempat itu.

Panggilan tadi diberhentikan untuk aku fokus. Laluan kawasan ini memang semakin teruk.

Selepas beberapa minit aku menempuhi jalan yang sangat teruk itu, akhir aku sampai di penghujung laluan tadi.

Agak terpegun aku melihat tempat ini. Ianya sebuah kolam yang berapa tempat di tengah-tengah hutan. Sekeliling tempat ini penuh dengan hutan namun kolam ini seperti sangat terjaga. Tidak kotor dengan satu pun sampah.

Mata aku memandamg sekeliling kawasan tang indah berlaka ini. Jalan di sini tidak terlalu teruk berbanding jalan masuk ke tempat ini tadi. Betul ke aku masih ada dekat gububg yang sama. Rasa macam aku berada di tempat lain sahaja.

Mana taknya ada kolam yang sungguh jernih airnya seperti aku sudsh berada di dimensi lain. Macam tak percaya wujud tempat seperti ini dekat kawasan ini.

Basikal aku berhenti tepat di sebelah basikal Asher apabila lelaki itu berhenti. Mata lelaki itu memandang kolam yang berukuran sebesar padang futsal tersebut.

Jadi inilah tempat yang dia katakan tadi. Memang betul katanya bahawa aku akan suka tempat ini. Kali pertama aku melihat air kolam yang begitu jernih itu. Aku sampaikan boleh melihat apa yang berada di bawah air tersebut.

"Tempat apa ini?" Soal aku kepadanya.

"Kolam gunung ni," balas ringkas Asher.

Aku menggangguk faham dan tiba aku teringat sesuatu.

"Dekat peta tadi tak ada pun saya lihat mereka mention pasal kolam ni?" Aku kehairanan.

Aku sangat pasti tadi waktu aku lihat peta dekat kedai, aku tidak melihat pub mereka ada menulis tentang kolan ini. Kalau betul kolam ini ada mesti mereka akan tulis. Lagipun mustahil untuk aku tidak akan gambar kolan yang sungguh kalau mereka memang ada menulisnya.

"Tempat ni sebenarnya tak ada dalam peta tu, sebab jalan masuk sini bahaya sangat. Mereka tak benarkan kita guna laluan tadi. Awak sendiri jalan tadi sungguh bahayakan?"

Different Melody [H]Where stories live. Discover now