Sinar matahari perit kuat memacar di atas kepalanya. Keringat yang keluar menandakan dia sungguh penat dalam kepanasan tersebut. Kakinya tidak kuat berdiri di tengah panas bak padang pasir itu.
Mahu dirinya terasa pengsan berdiri di sini dalam jangka masa yang cukup lama. Memohon kemaafan pun belum cukup untuk membiarkan dia lari dari situasi tersebut. Memang salahnya dan dia hanya mahukan kemaafkan untuk terus hidup.
Bak!
Tiba satu kasut tepat mengena kepala lelaki tadi.
"Dah habis kau berlakon situ. Lama dah aku tunggu sini woi!" Ujar Frey yang duduk di bawah pondok padang tersebut. Mukanya menahan rasa tidak puas hati.
"Ish! Kau ni. Aku baru nak menjiwai watak. Kacau betullah!" Marah Asher lalu membaling kembali kasut tadi.
"Menjiwai wataklah sangat. Kau tu kena hukum bukannya suruh berlakon," Seth pula sambung memarahi Asher.
Ya, Asher memang sedang menjiwai watak kena hukum. Bukan berlakon tetapi dia memang betul kena hukum bersama dua orang rakannya tadi.
Mereka kena hukum berdiri di padang yang panas ini selama dua jam oleh cikgu Hanz. Tapi itu adalah geng sewel Asher. Mana mungkin mereka akan betul-betul mahu kena hukum begitu.
Kalau pun mereka pergi mereka tidak akan melakukan hukuman yang sebetulnya. Contohnya sekarang mereka dihukum berdiri bawah panas terit ini tetapi mereka sempat duduk minum air bawah pondok tersebut. Mana jadinya hukuman sebegitu dengan geng sewel ini.
Tik! Tik!
Tiba peluhnya memang betul menitis ke tanah. Dengan cepat dia bergerak ke pondek tadi dan duduk di sana. Dia tak nak berpeluh hanya sebab kena hukum. Tadi itu menjiwai watak sahaja, jadi tak perlu melebih. Nanti rosak kulit suci mukanya.
"Wey, lepas ni kita nak buat apa dengan cikgu tu?" Soal Frey.
Seth dan Asher menoleh ke arah Frey yang senang duduk di atas bangku itu. Air mukanya menunjukkan sedang memikirkan sesuatu.
"Plan nak sorokkan kasut dia gagal. Plan nak letak gam dekat kerusi dia gagal dan plan letak lipas dalam kasut dia pun gagal. Hampir semua plan kita gagal dekat tangan dia. Bela saka ke apa cikgu tu tahu semua kerja kita," Seth menyatakan semua rancangan mereka mengenakan cikgu kaunseling sekolah itu.
Sejujurnya memang itulah sebab kenapa tiga orang ini selalu kena hukum oleh cikgu itu. Hampir setiap minggu kena hukum. Kalau orang lain rasanya sudah mengalah dengan tiga orang itu tetapi Cikgu Hanz tidak pernah mengalah walaupun sekali.
Dan sebab itu mereka cuba kenakan cikgu tersebut namun semua rancangan mereka gagal. Cikgu itu seperti tahu sahaja apa yang mereka rancangkan dari awal.
"Apa kata kita beri masakan kau pada dia," cadang Asher memandang ke arah Frey.
"Masakan aku? Tak lah. Nanti dia mati, aku tak nak tanggung," Frey menolak.
"Tak adanya mati. Mungkin dia masuk hospital keracunan makanan jer rasanya," Seth cuba memujuk.
"Tak nak! Kalau plan tu gagal, dia suruh aku makan balik macam mana. Kang aku yang masuk hospital," dia menolak keras.
Dia tahu risiko memakan masakannya. Walaupun luaran nampak biasa tetapi dalaman masakan dia terasa seperti menyuap sampah ke mulut. Jadi sebab itu orang ramai tak nak makan masakannya dan orang pernah makan masakan itu adalah dua orang rakannya kini.
Dia masih ingat lagi macam mana dua orang itu masuk hospital sebab makan masakan dia sahaja. Sampaikan sejak itu Asher dan Seth trauma akan masakan Frey.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...