Aku berdiri menyandar di dinding bagunan tersebut. Mata aku memandang hujan yang turun lebat di luar bangunan ini. Aku mahu cepat balik.
Sudahlah sekarang suasana menjadi sangat sejuk. Kalau aku tahu hujan tadi, bagus aku aku baju yang lebih tebal.
"Hai, sorang ke?" Tegur seseorang.
Aku menoleh ke kanan aku dan kelihatan dua orang lelaki yang tidak pernah aku kenali datang bercakap dengan aku. Siapa mereka ni?
"Kesian betul awak sorang-sorang dekat sini. Apa kata awak keluar sama kami berdua?" Ujar salah seorang lelaki itu.
"Kita kenal ke?" Soal aku dengan dingin.
Aku dapat rasakan aura tidak baik daripada dua lelaki ini. Mereka tiba-tiba sahaja bercakap dengan aku.
Kalau mereka apa-apakan aku, siaplah mereka berdua ini. Tak akan aku biarkan mereka buat hal dengan aku.
"Kita memang tak kenal, sebab tu kami ajak awak keluar sama-sama," tiba lelaki itu memegang lengan aku.
"Aku tak naklah," aku cuba melepaskan tangan tersebut.
"Alah, apa salahnya. Nanti kami berlanjalah makan."
Lelaki ini memang mencabar kesabaran. Aku sudah cakap tak mahu masih lagi nak memaksa. Dasar lelaki durjana.
"Lepas tangan tu, sebelum kau menyesal," amaran keluar dari mulut aku. Aku masih lagi cuba bersabar.
"Tak baik cakap kasar macam tu tau. Kami ni dah cukup baik ajak awak keluar sama-sama," balas lelaki itu lagi.
Memang sudah menlintasi batas kesabaran aku. Tangan kiri aku digenggam kuat. Aku sedang bersedia untuk menghajar lelaki ini.
Pap!
Tiba satu tangan menyentuh bahu aku. Aku menoleh ke arah tangan itu dan kelihatan Saint datang dengan pandangan yang tajam melihat dua lelaki tadi.
"Lepas!" Satu perkataan sahaja keluar dari mulit Saint tadi terus tangan yang memegang aku tadi dilepaskan.
Dua orang lelaki itu pun kelihatan ketakutan melihat muka Saint dan tanpa aku sedari dua lelaku tadi terus melarikan diri tanpa aku mengatakan sesuatu pun. Saint selamatkan aku ke?
Tapi aku rasa kalau lelaki itu tidak lakukan semua itu pun, aku masih juga dapat melawan mereka. Tadi aku hanya cuba bersabar sahaja.
"Terima kasih tolong saya tadi," ucap aku kepada Saint.
"Tak ada apa-apalah. Dan nah! Telefon awak," dia memberikan telefon aku tadi sambil tersenyum. Hilang sudah muka dinginnya tadi.
Setelah mendapat telefon itu, aku terus memberi telefonnya yang berada dekat aku tadi.
"Awak balik naik apa?" Soal Saint lagi.
"Naik grab," balas aku ringkas.
Telefon yang diberikan tadi dibuka untuk memesan grab. Baru sahaja aku membukanya, tiba-tiba ia tertutup kembali.
Aku kehairan. Kenapa telefon ini?
Aku cuba membukanya kembali namun tidak berjaya. Sekali lagi aku cuba namun masih tidak berjaya sehingga aku mengetuk telefon tersebut pun masih tak terbuka.
Habis bateri ke?
Tak kanlah. Kalau telefon ini habis bateri macam mana aku nak balik? Aku mana pandai panggil teksi ataupun naik bas. Habislah aku macam ni.
"Kenapa awak? Telefon awak tak dapat buka ke?" Tegur Siant.
Aku mengangguk perlahan tanpa melihatnya. Malu rasanya tunjukkan kebodohan aku sekarang. Tadi aku kata balik naik grab tapi sekarang telefon tak dapat buka pula. Malu betul aku depan lelaki ini.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...