cp 27

78 6 0
                                    

Puan Lilith mengeluh seorang diri di meja kerjanya itu. Dia berasa penat setelah tergesa datang ke pejabat setelah keretanya rosak sekali lagi pagi tadi. Wanita itu berfikir keretanya tidak akan rosak lagi kerana dia telah menghantar kereta tersebut di bengkal hari itu tetapi rupanya tidak.

Pagi tadi terpaksa dia memakai teksi datang ke sini dan keretanya dihantar semula ke bengkel. Dia tidak tahu sampai bila dia akan hidup dengan kereta itu.

"Apa yang puan penatkan sangat tu?" Tiba seorang pekerja di situ menanyanya.

Puan Lilith tersenyum lalu menjawab, "tadi kereta saya rosak lagi. Sebab tu saya penat ni."

Perempuan tadi menganggukkan faham masalah wanita itu. Air kopi yang dibancuhnya tadi diberikan kepada wanita itu sebelum dia duduk di hadapan meja puan Lilith.

"Saya rasalahkan, puan patut beli kereta baharulah. Masuk hari ini sudah banyak kali kereta tu rosak," cadang perempuan itu.

Puan Lilith diam memandang kopi yang diberikan tadi. Dia memikirkan cadangan itu. Kakaknya juga ada menyuruhnya untuk membeli kereta baharu cuma dia masih tidak tahu mahu beli atau tidak.

Dia bukan tidak mampu beli kereta baharu malah terlebih mampu cuma membeli kereta baharu ini terlalu menyusahkan. Tetapi ada kereta rosak macam itu lagi menyusahkan. Dia memang dalam delima untuk beli kereta baharu atau tidak.

"Oh ya, saya pulang nanti fikir nak pergi tengok kereta baharu juga. Apa kata puan ikut saya? Mana tahu ada yang puan berminat," ujar rakan sekerjanya lagi.

"Kalau macam tu, okaylah," balas puan Lilith. Mungkin dia boleh berubah hati kalau sudah lihat kereta itu nanti.

.
.
.

Time skip

Puan Lilith bersama seorang rakan sekerjanya masuk ke sebuah bangunan yang mempamerkan banyak kereta di dalamnya. Seperti yanh dijanjikan tadi, mereka berdua datang ke situ.

Sesampai mereka di situ, terdapat seorang pekerja yang melayani mereka. Rakannya tadi bercakap dengan orang itu lalu bergerak pergi.

Dirinya ditinggal seorang diri sambil dia memandang kereta yang tengah dipamerkan di bagunan itu. Dia cuba berbincang dengan dirinya sendiri tentang niatnya yang ingin membeli kereta.

Mungkin dia patut beli kereta baharu. Dia juga tak nak nanti kereta lamanya rosak ketika dia ada kecemasan. Kakaknya juga mencadangkan dia beli sahaja. Apa patut dia beli sahaja?

"Cik datang sini nak beli kereta ke? Boleh saya tahu jenis kereta yang cik nak?" Satu suara menyoal puan Lilith yang sedang melihat kereta itu.

"Saya nak lihat dahulu. Kalau ada yang berminat nanti saya panggil kamu," balasnya dengan sopan.

Pekerja tadi faham lalu memberi ruang kepada puan Lilith. Wanita itu mengeluh lalu memandang ke arah rakannya tadi. Perempuan itu masih lagi dengan orang tadi. Nampak seperti dia memang nak beli kereta.

Dalam dia berjalan melihat kereta di dalam bangunan itu tiba telefonnya berdering. Aku mengambil telefon hang tersimpan di dalam beg tangannya itu.

Nama dilihat dan Kris rupanya yang menelefon dia. Sejak mereka berjumpa hari itu, anak lelakinya itu memang tidak henti menelefon dirinya. Rindu sangatlah tu.

"Hello."

"Hello mummy, mummy dekat mana?"

"Mummy masih ada dekat luar. Kenapa?"

"Kris fikir nak bawa mummy dinner tadi. Mummy free tak?"

"Dinner? Pukul berapa?"

Different Melody [H]Where stories live. Discover now