"Apa yang abang termenung tu?" Soal Evelyn Veyne yang merupakan adik kepada Saint.
Lelaki yang termenung jauh ke luar tingkap itu melihat adiknya yang muda setahun itu.
Dia tidak tahu mahu menceritakan apa yang dia lihat tadi ataupun tidak. Memang dia selalu cerita masalahnya pada adiknya tetapi nak cerita hal itu rasa tak sesuai pula.
Kalau nak diingatkan kembali, adiknya itu banyak tahu tentang dirinya. Malah rahsia dia juga Evelyn banyak yang tahu. Senang cerita hubungan adik beradik mereka berdua memang rapat.
"Tadi waktu abang nak beli air, abang lama sangat. Mesti ada benda berlakukan?" Adiknya meneka. Pandai betul budak perempuan itu.
Saint mengeluh kecil lalu memandang kembali ke luar tingkap rumah itu. Tidak dapat dia sorokkan masalahnya daripada Evelyn.
"Kau rasa pelik tak kalau orang rambut hitam tetapi mata biru?" Soal Saint.
Sejujurnya bukan itu yang dia fikirkan tetapi hal lain. Dia tanya itu kerana dia masih tidak tahu mahu menceritakan hal itu atai tidak.
Lagipun dia juga berminat dengan rupa paras gadis yang dia jumpa tadi. Gadis itu berambut hitam tetapi mata berwarna biru. Memang unik betul.
Biasanya rambut perang mata biru tetapi ini rambut hitam mata biru. Boleh jadi gadis tadi warnakan rambutnya. Tetapi itu hanya apa yang dia fikirkan. Tak pasti lagi betul.
"Abang, kalau nak menipu agak-agaklah. Evelyn dah tengok semua kejadian tadi," ujar adiknya sambil menunjukkan gambar abangnya bercakap dengan Iris siang tadi.
Sempat adiknya menangkap gambar itu dari dalam kereta. Itu baru namanya tidak boleh menipu lagi.
"Mana ada aku tipu. Betullah. Tengok gambar tu, rambut dia hitam tapi mata dia biru. Biru laut lagi tu," alasan dikeluarkan.
"Okay, tak nak jujurkan," Evelyn berdiri daripada kerusi yang dia duduk tadi lalu berjalan menuju ke dapur. Saint hanya melihat perlakuan adiknya itu.
"Mama! Abang sudah ada girlfriend!" Tiba suara Evelyn kuat kedengaran.
Saint yang duduk di ruang tamu itu terus terkejut lalu berlari mendapatkan adiknya. Dia tidak pernah terfikir bahawa budak itu akan guna cara ini dan dia mana ada teman wanita.
Belum pernah sekali dalam hidupnya mempunyai buah hati. Ni kalau ibunya dengar memang kena ni.
"Evelyn ada bukti. Ibu nak te-" mulut budak itu terus ditutup oleh Saint.
"Mana ada mama, budak ni main-main jer tu," balas Saint lalu menarik Evelyn yang tersenyum sinis itu.
Saint menarik gadis itu sehingga ke ruang tamu tadi dan dengan senangnya Evelyn tersenyum sinis melihat abangnya yang ketakutan itu.
Itulah akibat cuba untuk menipu adik. Kan dah dapat.
"So, nak cerita ke tak?" Sekali lagi Evelyn menanya.
Saint mengeluh lalu memandang ke arah adiknya. Sempat memastikan dahulu bahawa tidak ada orang sekeliling mereka kerana dia tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka itu.
"Macam ni, kau tahukan benda yang aku boleh tengok yang orang lain tak boleh tengok?"
Evelyn mengangguk kepala. Sudah semestinya dia tahu. Dekat dunia ini hanya dia sahaja tahu akan apa yang abang dia boleh lihat. Ibu bapa mereka pun tak tahu akan hal itu.
"Siang tadi, aku terjumpa dengan seseorang. Biasanya orang yang aku lihat hanya ada satu warna tapi orang yang aku jumpa tu ada 7 warna. Warna pelangi!"
Evelyn serta merta terkejut. Memang wujud ke orang macam tu. Biasanya satu orang satu warna sahaja. Kalau orang tu ada 7 warna maksudnya orang itu ada 7 personaliti yang berbeza.
Tapi bukankah itu mustahil. Seseorang dengan 7 personaliti agak mustahil untuk ditemui. Malah wujud pun belum pasti.
"Abang pasti ke? Ke abang salah lihat," Evelyn susah mahu mempercayai abangnya itu.
"Pasti sangat. Aku dah tengok lebih dari dua kali. Memang dia ada 7 warna."
Evelyn menyandar di sofa itu sementar Saint hanya memerhatikan budak itu menunggu jawapan yang akan keluar.
Tentang kejadian hari ini memang mereka berdua tidak jangka akan terjadi. Malah sejak Saint tahu dia ada kelebihan itu, tidak pernah sekali dia melihat seseorang mempunyai bilangan warna yang banyak seperti gadis tadi.
Kelebihan Saint ialah dia dapat melihat personaliti seseorang itu melalui warna yang mengelilingi orang itu. Contohnya, seperti adiknya sekarang. Dia dapat melihat warna merah jambu yang menanda bahawa adiknya seorang yang periang dan perkara itu memang betul.
Dia tidak pernah salah mentafsir personaliti seseorang dengan melihat warna mereka. Disebabkan kelebihan ini juga, dia dapat berhati-hati dengan seseorang itu kerana dia sudah tahu personaliti mereka. Dia tidak akan dekat dengan seseorang yang personaliti yang berbahaya.
Lelaki itu tahu ada kelebihan ini tidak normal untuk orang biasa tapi apa boleh buat. Dia memang sudah dapat semua ini sejak kecil lagi. Kalau diceritakan dengan orang lain bukannya mereka akan percaya dan yang percaya dia hanya adiknya seorang. Jadi tak mustahil hanya Evelyn yang tahu akan semua ini.
"Abang kata, dia ada warna pelangikan. Baguslah kalau macam tu. Warna pelangi semua personaliti dia bagus-bagus."
"Memanglah, tapi kau faham tak maksud perasaan curious. Aku curious nak tahu kenapa dia ada 7 warna. Orang yang ada 2 warna pun abang tak pernah jumpa. Inikan 7 warna," Saint mencurah semua isi hatinya.
Manakala Evelyn hanya melihat abangnya yang beriya sangat itu. Tidak tahu kenapa semangat pula abangnya itu.
"Daripada abang sibuk dengan orang tu, lebih baik abang belajar. Exam dah nak dekat," Evelyn menukar topik. Pening kepalanya mendengar cerita abangnya itu.
"Exam tak penting. Yang penting orang tu sekarang," balas abangnya membuat hati Evelyn sakit.
Tahulah lelaki itu pandai dan selalu dapat nombor bagus dalam kelas tapi tak perlulah kata ujian tu tak penting. Rasa seperti direndahkan oleh lelaki di hadapannya kini sahaja.
Evelyn berdiri dari duduknya lalu berjalan menuju ke bilik dia. Sempat dia menjeling tajam ke arah abangnya itu.
Sementara itu Saint tidsk faham kenapa adiknya kelihatan begitu. Dia ada salah cakap ke?
Isi hati perempuan ini memang sukar mahu difahami. Apatah lagi orang macam Evelyn.
Saint mengeluh panjang di sofa itu. Evelyn sudah pergi jadi sekarang dia nak buat apa? Sudahlah kepalanya tidak habis memikirkan kejadian siang tadi.
Dia teringat sangat nak tahu kenapa gadis itu begitu. Tapi peluang mahu berjumpa dengan gadis itu mungkin agak mustahil.
Mereka berjumpa kerana kebetulan dan kebetulan tidak akan berulang 2 kali. Malah mereka tidak kenal antara satu sama lain. Jadi macam mana nak berjumpa lagi.
"Harap sangat aku boleh berjumpa dengan dia lagi," ujar akhirnya.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...