Klik!
Kunci automatik pintu bilik aku terbuka. Aku masuk ke dalan bilik itu lalu duduk di atas kerusi yang tersedia.
Agak penat aku hari ini. Aku tak sangka Zale itu sangat bagus dalam bermain tadi. Dia memang boleh lawan aku. Tadipun kami berdua seri tapi kalau aku rendahkan tidak bermain dengan betul-betul tadi mesti aku akan kalah teruk.
Aku dan dia bermian sampai aku lupa alan masalah aku tadi. Terlalu fokuslah katanya. Tapi bila sudah sampai bilik ini terfikir balik akan masalah tadi.
Aku mengeluh seorang diri. Botol air mineral yang aku beli tadi ditatap oleh aku. Kejadian itu memang susah hilanh dari kepala aku. Semakin aku cuba melupakannya semakin itu aku mengingati. Kenapalah semua ini terjadi?
Mata aku menjeling ke arah meja belajar aku. Masih ada lagi kotak hadiah hari itu. Tangan aku mengambil kotak itu lalu membukanya.
Loket yang kelihatan cantik berada di dalam kotak itu. Walaupun cantik tetapi aku tidak dapat melihat warnanya. Sejak bila agaknya aku sudah tidak dapat lihat warna pelangi ini ya.
Aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat melihat warna tersebut? Nak katakan aku sakit, mana ada sakit tidak daoat melihat warna begini. Aju juga bukannya buta warna.
Aku boleh lihat warna pelangi sekiranya 7 warna tersebut terpisah tetapi apabila ianya menyatu menjadi pelangi, warnanya mesti akan jadi pudar seperti aku hanya melihat warna putih. Adakah ini satu kutukan?
Tangan aku mengambil loket tersebut lalu aku memerhatikannya. Memastikan tidak ada benda yang peluk terhadao loket ini. Aku menekan batu pertama yang berada di tengah loket tersebut dan terkejutnya aku apabila loket itu terbuka lalu mengeluarkan satu kertas kecil. Kertas tersebut diambil oleh aku.
"Happy birthday. Hadiah untuk kamu."
-Kier
Bruk!
Aku terus membaling kertas kecil aku ke dalam tong sampah. Loket tadi disimpan kembali. Kaki aku menuju ke almari tidak jauh dari kerusi tadi. Kotak hadiah itu aku simpan di tempat paling aku tidak boleh lihat.
Aku tidak mahu melihat kotak itu mahupun banyangannya. Hati aku sangatlah panas sekarang. Sangat panas apabila aku melihat kertas kecil tadi.
Aku tahu ini adalah hadiah dari ayah aku tetapi aku tidak sangka dia akan gunakan hari ulang tahun aku untuk jadi sebab dia melakukan semua ini.
Aku sangat pasti dia cuba mengambil hati aku supaya aku ikut dia dan tinggalkan ibu aku. Dia jangan fikir dia ayah aku dia boleh lakukan sesuka hatinya. Malah aku tidak mahu menganggap dia ayahku lepas apa yang dia lakukan pada ibu.
Dia mesti ingat hati aku tidak mudah diambil dan jangan sesekali fikir aku akan maafkan dia atas apa yang dua telah lakukan. Sama juga bermaksud aku tidak akan menerimanya dalam kehidupan aku lagi.
Aku tahu dia kaya tetapi kekayaan tidak boleh beli kebahagiaan aku bersama ibu. Hanya ibu aku sahaja yang boleh bagi kebahagiaan yang aku mahu. Berilah berapa juta sekali pun aku tetap tidak akan tinggalnya.
.
.
.
.
."Dah nak balik ke puan?" Soal salah seorang rakan sekerja Puan Lilith.
Wanita itu tersenyum lalu menjawab, "ya, jumpa esok."
Wanita mengambil beg tangannya lalu bergerak keluar dari bagunan tersebut. Kunci keretanya ditekan dan terus dia memandu menuju ke destinasinya yang seterusnya.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...