Aku duduk diam mendengar suara presiden sekolah ini berbicara di hadapan. Orang itu menerangkan satu-persatu tentang perkara yang akan dilakukan oleh kami ketika pembukaan sekolah nanti.
Aku yang duduk di sudut meja tersebut hanya termenung mendengar. Perkara itu bukannya ada kena-mengena dengan aku pun. Nanti ketika pembukaan sekolah aku hanya duduk di kerusi aku dan orang yang akan lakukan semua kerja hanya presiden dan naib presiden sahaja.
Tugas aku dalam ahli ketua pelajar hanya menguruskan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sekolah ini. Kerja aku tidak susah hanya menguruskan mereka dan mengarahkan mereka membuat apa yang patut.
Senang tapi menyusahkan. Aku tak pernah terfikir akan dapat jawatan ini. Kalau bukan disebabkan kakak Claire itu adalah orang yang paling aku hormat disekolah ini jangan harap aku terima jawatan ini.
"Okay, sekarang kita pergi ke arah bajet untuk malam orkestra nanti," ujar presiden.
Aku tersedar dari lamunan lalu memandang kertas yang sudah diedarkan tadi. Kali ini baru tugas aku.
Aku yang buat semua bajet ini jadi aku mesti fokus untuk mendengar kata presiden. Takut-takut ada salah nanti.
"Bagi saya bajet yang ada ini sudah bagus cuma disebabkan kita sudah dapat sponser baru, jadi bajet kita akan dinaikkan sedikit. Iris, saya nak kamu jumpa dengan ahli orkestra dan tanya mereka tentang uniform mereka. Kalau ada masalah, gunakan sahaja duit ini untuk baiki. Kalau sempat, buat uniform baharu," arah presiden itu.
Aku hanya mengangguk faham atas arahan itu. Nampaknya selepas ini aku akan sibuk. Agaknya kenapa tiba-tiba ada sponser baharu datang.
"Iris, kerja kamu sangat bagus kali ini. Memang betul pilihan Claire untuk pilih kamu ganti jawatan ini," puji presiden itu.
Aku pula hanya tersenyum menerima pujian itu. Jawatan ini sepatut milik salah seorang kakak kelas aku tetapi disebabkan ada beberapa kejadian berlaku dahulu, kini jawatan ini milik aku.
Walaupun aku tahu kakak kelas itu menyimpan dendam kerana jawatan ini diambil namun apa boleh buat. Aku hanya menerima. Hendak tolak rasa macam kurang sopan pula.
Dalam aku tersenyum disini, tanpa aku perasan ada satu tatapan tajam menuju ke arah aku. Apa lagi kalau bukan Zale.
Lelaki itu memang pantang kalau nama kakak Claire disebut. Apatah lagi bila aku yang termasuk sekali ini. Bagi Zale, dirinya adalah nombor satu untuk kakak Claire.
Tapi kalau dia fikir macam tu, jadi kenapa dulu bergaduh dengan kakak Claire? Dia ingat ini drama. Bergaduh dulu lepas tu dia akan jadi lebih rapat sudah berbaik.
"Kenapa agaknya Claire pindah? Kalau dia tidak pindah mesti dia sudah boleh jadi presiden sekarang," keluh presiden itu.
Hubungan presiden sekarang dengan kakak Claire mungkin tidak berapa rapat namun mereka berdua adalah antara ahli ketua pelajar tahun lepas. Jadi mereka sudah kenal lama dan itu mungkin kenapa presiden kini sangat mempercayai kakak Claire.
"Anyways, meeting kita tamat sampai sini sahaja. Lakukan tugas kamu semua ya," ucapan terakhir presiden tersebut.
Aku mengemas semua kertas yang bertaburan di atas meja ini lalu dimasukkan difailnya. Sebelun aku keluar sempat aku melihat jam di bilik musyarat ini. Sudah hampir pukul satu, bermaksud aku kena pergi ke makmal sains sekarang.
"Iris tunggu dulu," langkah aku terhenti apabila mendengar suara presiden menyebut nama aku.
Aku menoleh ke arah presiden yang datang ke arah aku sambil membawa satu kertas.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...