cp 32

71 6 0
                                    

Plak!

Aku membuka pintu dewan orkestra utama sekolah ini. Kaki aku terus memasuki dewan itu dan kelihatan seorang perempuan sudah sedia berdiri di atas pentas dewan ini.

Itulah presiden ahli ketua pelajar sekolah ini. Memang awal dia datang kali ini. Ahli lain pun belum tiba tetapu dia sudah tiba.

"Presiden," panggil aku.

Perempuan yang berdiri memandang piano di atas pentas itu menoleh ke arah aku. Mukanya tersenyum seperti biasa.

"Awal kamu datang," ujar presiden tersebut.

"Presiden yang pun awal juga," balas aku balik.

Perempuan itu tergelak kecil lalu berkata, "saya datang awal sebab saya tak sabar nak tengok tempat ini."

Matanya memandang sekali lagi dewan yang sungguh besar ini. Apabila dia berkata begitu, aku baru teringat bahawa tahun ini adalah tahun terakhirnya dia bersekolah di sini.

Mesti dia amat teruja akan persembahan orkestra yang terkahir untuknya di sekolah ini. Agak sedih apabila seorang presiden yang baik seperti dia akan meninggalkan tempat ini.

Lepas tu kena ganti pula dengan si rambut kuning itu. Memang nahaslah aku tahun depan kena hadap Zale setiap hari.

"Seingat saya, kamu ada masuk sekali untuk orkestra muzik tradisional kali ni kan?" Soal presiden tersebut.

Aku hanya mengangguk. Aku memang setiap tahun akan masuk orkestra sebab untuk pemain muzik tradisional amat sedikit di sekolah ini jadi untuk orang yang selalu dapat markah terbaik seperti aku memang wajib kena main. Apatah lagi kakak kelas aku tahun lepas sudah graduasi dan sekarang aku pula kena ganti tempatnya.

"Saya harap kamu jaga kesihatan kamu sebelum orkestra itu. Orkestra kali ini banyak tetamu penting akan datang. Kita tak boleh malukan nama sekolah ini. Apa lagi kamu yang akan main solo nanti," nasihatnya.

Agak terkejut aku presiden ini tahu bahawa aku ada bermain solo untuk orkestra nanti. Dia memang sudah baca semua maklumat tentang hal ini dengan teliti.

"Baik presiden dan ini, madam Luna bagi tadi," aku memberikan satu fail berwarna merah.

Fail tersebut diambil lalu dibaca olehnya dengan teliti. Nampaknya aura dia sebagai seorang presiden sekarang. Selalunya dia kelihatan seperti orang yang polos sahaja tetapi bila masuk bab kerja memang terus berubah jadi seorang yang sungguh serius.

Plak...

Tiba aku mendengar bunyi pintu tempat ini terbuka. Dapat aku lihat beberapa lagi ahli ketua pelajar termasuk Zale memasuki dewan ini.

Mereka berjalan terus ke atas pentas dan berdiri di hadapan presiden. Itu aku tak kisah tetapi kenapa si rambut kuning ini berdiri sebelah aku pula. Lepas tu jeling-jeling aku pula tu.

Ni mesti berdiri sebelah aku sebab sengaja nak buat aku sakit hati. Sabar jer kau. Nanti kau akan kena balas lagi teruk oleh aku. Tunggu kau masa aktiviti sukan bulan depan.

"Okay, memandangkan semua sudah sampai saya akan mulakan sekarang. First, seperti yang kamu semua tahu minggu depan minggu terpenting untuk sekolah ini. Kita tak boleh gagal sebab banyak tetamu penting akan datang. Second, hari ini saya nak semua peralatan muzik dan dewan ini sudah sedia sepenuhnya. Dan yang terakhir sekali saya nak, semua ahli orkestra yang terlibat, berdaftar awal pada saya."

Semua orang yang berada di situ mengangguk faham lalu beredar membuat kerjanya. Kerja aku adalah memastikan ahli orkestra tadi, jadi aku mesti pergi ke bilik latihan.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now