cp 28

76 7 0
                                    

Ding dong!

Bunyi loceng rumah tersebut kedengaran. Puan Lilith yang sedang memasak tadi berhenti lalu bergerak menuju ke pintu masuk rumah tersebut.

Pintu dibuka dan kelihatan anak sulungnya, Kris hadir di hadapan pintu dengan penuh senyuman. Wanita itu mempersilakan anaknya itu masuk ke dalam rumah.

"Ini untuk mummy," Kris memberikan buah tangan berbentuk kek coklat yang dibelinya tadi.

Puan Lilith menerima hadiah tersebut dengan hati terbuka. Terfikir pula dia macam mana nak habiskan kek ini seorang diri. Kalau Iris mungkin ada habis. Gadis itu sangat sukakan makanan manis.

"Mari duduk. Makanan pun mummy habis masak tadi," puan Lilith mengajak Kris duduk di ruang makan.

Kris tidak menolak dan hanya mengikuti jejak wanita itu. Dia duduk di satu kerusi tepat di hadapan ibunya.

Selepas puan Lilith siap mengidangkan makanan di atas meja tersebut, mereka berdua terus menjamu selera. Seronok wanita itu melihat anak sulungnya makan dengan penuh selera di hadapannya.

Memang terasa nostalgia. Sudah 10 tahun dia tidak melihat anaknya makan dengan penuh selera begitu. Kadang-kala teringin juga dia melihat Iris turut ada di sini makan bersama. Mesti suasana akan terasa lagi nostalgia.

"Masakan mummy memang tak pernah berubah ya," puji Kris dengan iklas.

Sejujurnya dia juga sangat merindukan masakan ini. Kalau dia berada di rumahnya kini, rasa masakan itu memang berbeza. Masakan orang gaji rumahnya memang kalah masakan ibunya sendiri.

Masakan puan Lilith jauh lebih sedap dan terasa di lidahnya, berbanding masakan orang gaji dia yang terasa seperti kurang rempah. Tidak tahulah kenapa ayahnya boleh tahan dengan masakan tersebut. Sedangkan dia sanggup makan luar dari makan di rumah itu.

"Baguslah macam tu, at least kamu tak boleh lupa kesedapan masakan mummy," balas puan Lilith dengan nada bergurau.

Entah kenapa hari ini dia terasa rasa masakan dia bertambah sedap dati biasa. Mungkin sebab dia hidangkan masakan pada orang yang sangat dia sayangi.

Selepas beberapa minit mereka berdua menjamu selera, akhirnya sesi makan itu selesai. Kris menolong ibunya mengemas ruang makan tersebut, membuat puan Lilith kagum dengan sikap berdikari yang Kris ada. Walaupun hidup dipersekitaran yang kaya namun dia dapat rasa anak lelakinya itu sangat berdikari dan boleh jaga diri.

Tidak sangka dalam jangka waktu yang agak lama mereka berdua tidak berjumpa, Kris sudah berubah begitu banyak. Untung dia berubah ke arah yang baik berbanding yang teruk.

Setelah selesai membersihkan ruang makan tersebut, puan Lilith mengajak Kris untuk duduk berbual di ruang tamu. Sempat juga wanita itu menyediakan air minuman untuk Kris.

"Macam mana kerja kamu sekarang?" Soal wanita itu kepada anaknya.

Kris menghirup dulu air minumannya sebelum menjawab soalan tadi.

"Baik cuma ada masalah sikit," balas Kris.

"Masalah? Kamu ada masalah dengan kerja kamu ke?" Puan Lilith risaukan anaknya itu.

Takut dia kerja anaknya akan membuat Kris tertekan. Hal itu bukannya boleh bawa main. Mungkin nampak kecil tetapi benda yang kecil itulah boleh membawa ke arah yang lebih besar.

"Bukan masalah kerja, tetapi lebih kepada masalah Iris."

"Iris?" Wanita itu tidak faham. Apa kena mengena Iris dalam kerjanya pula?

"Sebenar, syarikat ayah jadi salah satu sponsor untuk festival muzik sekolah Iris. Jadi nanti Kris akan dihantar ke sana untuk berbincang dengan pihak sekolah tu," jawab Kris.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now