Aku turun dari kereta Asher yang membawa aku ke kaki sebuah gunung yang agak terkenal ke bandar ini. Mata aku memandang puncak gunung tersebut. Kelihatan sangat tinggi.
Tak sangka pula aku gunung ini sungguh tinggi. Dari jauh nampak macan tak berapa nak tinggi. Ni kalau nak naik mesti ambil masa sedikit ini. Apatah lagi kalau kali pertama naik gunung ini. Jalan pun tak tahu, nanti sesat susah.
Jam di tangan dipandang oleh aku. Baru pukul 7 pagi. Kami berdua pergi ke sini awal kerana tidak mahu balik terlalu lambat nanti. Naik tempat itu pun ambil masa beberapa jam apatah lagi nak turun.
"Awak, jom pergi sana," ujar Asher sambil menunjukkan satu kedai sukan tidak jauh dari sini.
Kedai itu memang tersedia untuk orang yang mahu melakulan sukan di gunung ini. Kita boleh sewakan peralatan mereka dan meminta tolong mereka sekiranya mahu melakukan sukan lasak di kawasan ini.
Senang cerita adanya kedai itu memang untuk membantu peminat sukan lasak yang ingin melakukan aktiviti di sini.
Kaki aku melangkah mengiringi Asher masuk ke kedau tersebut. Bukan sahaja pintu, dapat aku lihat sungguh banyak peralatan sukan yang tersedia. Daripada peralatan hiking sehingga peralatan untuk berkayak. Serba boleh betul kedai ini.
Sementara Asher bercakap dengan pemilik kedai tersebut, aku merayau-rayau dahulu di kedai ini melihat semua peralatan yang ada.
Dalam aku merayau tersebut, mata aku terpukau dengan satu peta yang diletakkan di dinding kedai ini. Mesti peta gunung yang akan aku naik lepas ini.
Aku menganalisis sepenuh peta tersebut dan aku telah mendapat beberapa maklumat.
Maklumat yang aku jumpa ialah, gunung ini ada 3 tempat perhentian untuk para pendaki dan setiap tempat perhentian itu akan ada tempat rehat yang sudah tersedia awal.
Gunung ini juga boleh dinaiki dengan menggunakan kereta, tetapi itu hanya dibenarkan untuk para pekerja kedai ini sahaja.
Akhir sekali, permandangan dari atas gunung ini boleh memperlihatkan hampir seluruh bandar ini. Hebat sungguh. Tak rugi aku ikut Asher datang sini.
"Baru tahu gunung ini ada tiga tempat perhentian," tiba satu suara kedengaran tepat di tepi telinga aku.
Dengan terkejutnya aku terus menoleh dan berundur ke belakang apabila melihat Asher yang sedang membaca peta tadi.
Lelaki ini memang suka nak terkejutkan aku ya. Lemah jantung aku, tahu tak!
Jangan hairanlah kalau satu hari nanti aku boleh pengsan sebab lelaki ini. Lain kali janganlah muncul tiba-tiba sahaja.
"Awak tak perlulah terkejut macam saya ni hantu pula," ujarnya mengusik aku.
"Bukan hantu tetapi alien. Janganlah buat macam tu. Lemah jantung ni kena hadap semua ni," marah aku.
"Sorry-sorry," lelaki itu tertawa.
Orang marah dia boleh ketawa pula. Memang buat aku rasa malu betul.
"Semua peralatan kita mereka sudah sediakan. Nak pergi sekarang ke?" Soalnya.
"Ikut awaklah," balas aku lalu kemi berdua berjalan keluar dari kedai ini.
Dapat aku lihat dua buah basikal mendaki gunung sudah tersedia di hadapan kedai ini. Peralatan keselamatan pun disediakan oleh mereka. Hebatlah kedai ini. Servis bukan main terbaik.
Kami berdua memeriksa dahulu basikal disewa tadi. Kelihatan baik dan tidak ada yang rosak. Gear pun dalam keadaan yang sangat baik sekarang.
"Awak pernah mountain biking ke sebelum ini?" Tiba Asher menyoal.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...