Kaki aku melangkah keluar dari grab yang aku naik tadi. Mata aku memandang sebuah kafe yang terlihat agak cantik di hadapan aku.
SAPPHIRE
Nama yang tertulis besar di papan nama kafe ini. Aku tidak tahu kenapa kafe ini diberi nama begitu namun bagi aku ianya sangat sesuai.
Kring!
Loceng dipintu masuk kafe ini berbunyi apabila aku membuka pintu tersebut. Suasana di dalam kafe ini kelihatan tidak terlalu sibuk seperti biasa. Mungkin sebab hari ini adalah hari kerja untuk orang yang berkerja. Sementara aku bercuti untuk budak sekolah.
"Selamat da-" seorang wanita terhenti katanya apabila melihat aku. Aku tersenyum ke arahnya.
"Iris!" Wanita itu terus berjalan ke arah aku lalu memeluk aku.
Itulah makcik saudara aku, Frinda Cassio. Dia adalah kakak kepada ibu aku dan dia sangat baik terhadap keluarga aku. Wanita ini juga pemilik kafe terkenal ini.
Kenapa terkenal?
Aku pun tak tahu. Mungkin sebab rekaan kafe ini sangat menarik perhatian budak remaja sekarang.
"Bila kamu balik? Tak beritahu aunty pun," soalnya.
"Baru 2 hari lepas Iris balik."
"Kamu ni, kalau nak datang sini beritahulah dulu. Boleh aunty masak sesuatu untuk kamu."
Aku tersenyum janggal. Itulah sebab aku tak nak beritahu dia aku datang sini. Kalau aku beritahu dia entah apa dia masak untuk aku. Dia masak bukannya sikit malah banyak. Boleh buat majlis makan kerja dia masak sahaja.
Aku pun tak naklah menyusahkan dia. Aku datang sini untuk melawat bukannya nak menginap.
"Jomlah duduk dekat sana. Mesti kamu penatkan. Biar aunty hidangkan air dan kek untuk kamu," wanita itu menolak aku untuk duduk disebuah meja bersebelahan dengan tingkap lalu dia pergi ke dapur kafe ini.
Aku pasrah dentan sikap wanita itu. Bukannya dapat tolak lagi kalau sudah macam tu. Terima sahajalah.
Beberapa minit aku menunggu, akhir wanita itu tadi datang sambil membawa dulang yang berisi kek dan air.
"Ini untuk kamu," dia menghidangkan potongan kek dan secangkir vanilla latte itu kepada aku.
Aku tersenyum sambil mengambil makanan itu. Selepas wanita tadi menghidangkan semua ini, wanita itu terus duduk bersama aku.
"Kamu dekat sini berapa lama?"
"Sampai habis cuti sem ni jer," balas aku lalu meminum air aku tadi.
Mata aku memandang sekeliling kafe ini. Tenang sahaja melihat rekaan kafe ini. Memang patut jadi tarikan para remaja. Kalau aku pun akan pergi ke kafe ini.
Sudahlah makanan dan air dia sedap, tambah lagi dengan suasana yang tenang begini. Pandai betul wanita di hadapan aku reka kafe ini.
Awalnya hanya jadi hobi untuk membuka kafe tapi tak sangka boleh jadi perniagaan yang berjaya.
"Kafe aunty tak banyak datang hari ni ya," ujar aku.
"Pagi ni memang tak banyak. Tapi bila sudah waktu petang tu, mulalah banyak. Sampai tak cukup tangan aunty kena layan mereka."
"Vent dan Villa tak tolong ke?" Aku menyebut nama sepupu aku yang merupakan anak kepada wanita ini.
"Mereka selalu sibuk dengan universiti mereka. Balik pun kadang-kala jer."
Aku mengangguk faham. Mereka berdua budak universiti sekarang dan tahun ini juga tahun akhir mereka. Jadi untuk mereka sibuk itu adalah perkara biasa.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...