cp 15

94 8 0
                                    

"Terima kasih sebab hantar saya balik, Asher," ucap aku sebelum aku keluar dari perut kereta ini.

Sempat aku memandang ke arah kereta itu ketika aku melangkahkan pergi dan kelihatan Asher menghadiahkan aku satu senyuman.

Aku membalas senyuman tersebut sebelum aku masuk ke bangunan arpartmen rumah aku. Jam di tangan ditatap oleh aku sementara aku menunggu lift.

Nampaknya sudah pukul 5 petang. Lama juga aku keluar dengan lelaki itu tadi. Tapi apa boleh buat, keluar dengan dia seronok sangat sampai lupa jam sudah pukul berapa. Nasib matahari belum terbenam lagi.

Ting!

Lif itu sudah terbuka di hadapan mata aku. Aku terus memasuki kotak lif tersebut lalu menekan nombor tingkat rumah aku.

Sesampai di sana, aku terus berjalan menuju ke pintu rumah. Baru sahaja aku ingin membuka kunci pintu ini, tiba aku perasan bahawa pintu ini tidak berkunci.

Ibu aku sudah balik ke?

Aku membuka pintu tersebut dan terus kelihatan ruang tamu rumah ini dengan televisyen terbuka namun tiada orang.

Mana ibu aku pergi dengan televisyen terbuka ni?

Aku memandang sekeliling kawasan ruang tamu ini dan hasilnya kosong sahaja.

"Cari mummy ke?" Tiba satu suara menegur.

Aku menoleh dan kelihatan ibu aku datang sambil membawa sepinggan buah epal yang sudah dipotong.

"Mana mummy pergi? Terkejut Iris," ujar aku menenangkan diri yang terkejut akibat wanita ini.

"Mummy pergi dapur tadi," wanita itu terus duduk di sofa sambil meletakkan pingan tadi di atas meja.

Aku turut sama duduk disampingnya untuk melepaskan penat. Tidaklah penat sangat, cuma sengaja nak duduk dengan ibu tercinta aku ini. Bukan selalu aku dapat meluangkan waktu bersamanya.

"Tadi mummy tengok kamu pulang dihantar lelaki. Siapa lelaki tu?" Ibu aku senyum mengusik aku.

Terkejut aku apabila ibu aku mengatakan ayat tersebut. Dia nampak ke tadi. Malunya aku. Nak jawab apa ni?

"Tak ada siapalah mummy. Kawan jer," balas aku untuk mengelak perkara yang difikirkan ibu aku.

"Betul ke kawan. Ataupun lelaki tu boyfriend kamu," sekali lagi dia mengusik aku.

Ibu aku ini memang tidak akan henti mengusik aku kalau dia sudah nampak sesuatu begitu. Sampai ke sudah belum pasti dia akan berhenti kalau tak dapat jawapan yang sebenar.

"Kawan jer mummy."

"Okay, but from now mummy akan perhatikan kamu. Betul ke tidak tu kawan kamu," guraunya sambil menunjukkan isyarat tangan mata ke mata.

Aku hanya tersenyum pasrah. Susah dapat ibu yang suka mengusik ini. Habis semua rahsia 7 keturunan aku akan diselidik hanya untuk mengusik aku.

Tapi disebabkan ada ibu beginilah hidup aku semakin ceria setiap hari. Aku tidak perlukan sosok ayah kalau mempunyai seorang ibu yang hebat seperti dia.

.
.
.
.
.

Asher menghentak kepalanya distereng kereta miliknya. Walaupun sudah hampir 10 minit dia sampai di halaman rumahnya, namun dia masih lagi tidak keluar dari kereta tersebut.

Semuanya disebabkan dia terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh Iris tadi. Dia tidak menyangka apa yang dikatakan oleh gadis itu dan sebab itu jugalah dia berasa pelik.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now