cp 8

105 6 0
                                    

Kring!

Loceng di pintu kafe tersebut berbunyi apabila 3 orang pelajar lengkap beruniform sekolah memasuki kafe tersebut. Tiga orang pelajar itu berjalan terus menuju ke kaunter untuk memesan air mereka.

Seorang wanita yang duduk di kuanter itu berdiri lalu mengambil pesanan mereka. Tidak sampai 5 minit pesanan mereka sudah diambil dan dibayar.

Sementara menunggu pesanan itu siap, mereka bertiga berjalan menuju ke meja dipenjuru kafe ini. Seorang-seorang antara mereka melepaskan penat disitu.

"Untung betul hari ni dapat lepas. Tak perlu pergi bilik disiplin lepas ni," ujar Frey sambil menyandar di kerusi tersebut.

"Untung kau lah. Korang berdua nak keluar bukan nak ajak aku. Kalau aku tak buat benda tu tadi mesti aku tak akan lepas," rungut Saint memandang dua rakannya itu.

"Tapi last-last kau dapat juga keluarkan. Okaylah tu," balas Seth sambil melepaskan cermin mata palsunya.

Lelaki itu memang suka memakai cermin mata palsu seperti itu. Bak kata dia, perempuan suka lelaki yang pakai cermin mata. Nampak seksi katanya.

Tapi dia pakai bukan nampak seksi. Nampak bodoh adalah. Nasib sahaja memang tidak bodoh betul-betul. Kalau tak mesti kesian keluarga dia hadap peragai syaitan lelaki itu.

"Wey, kau sabtu ni kerja tak?" Soal Frey kepada Saint.

Saint membuka telefonnya lalu memeriksa jadual kerjanya pada minggu ini. Sejujurnya susah juga kerja jadi model ini.

Kalau dia tidak berkerja sambilan disyarikat bapa sebagai seorang model mesti dia tidak perlu begini. Tapi apa boleh buat. Walaupun terpaksa, gaji masuk juga.

Ini permintaan bapanya. Kata bapanya boleh jimat duit guna dirinha sebagai model daripada guna model yang profesional. Jadi anak yang kacak ini memang susahkan. Rasa bangga sekejap.

"Aku tak kerja. Kenapa?"

"Aku nak ajak kau hiking. Nak tak?"

"Hiking! Boleh. Dekat mana?" Saint mula teruja.

Lelaki itu memang sangat suka mendaki gunung. Bukan setakat mendakit gunung, malah dia sangat suka akan sukan yang lasak.

Pernah dia berimpian mahu membuat semua suka lasak yang ada di dunia ini. Tapi dia belum lagi berkesempatan.

"Gunung Arcane," balas Frey.

Saint tersenyum mendengar gunung tersebut. Gunung itu sangat sesuai untuk didaki. Permandangan dari atas gunung itu sangat indah. Mesti seronok kalau dapat mendaki gunung itu nanti.

"Cakap pasal gunung Arcane, korang pernah dengar cerita tak?" Seth yang tadinya berdiam mula bersuara.

Saint dan Frey bersama memandang ke arah Seth Penuh tanda tanya di fikiran mereka.

"Cerita apa?"

"Aku pernah dengar dekat gunung tu ada istana tersembunyi. Istana itu tidak boleh lihat dengan mata kasar dan orang kata kalau kita jumpa istana tu, maksudnya kita adalah keturunan Arcane," cerita Seth.

"Keturunan Arcane? Siapa pula tu?"

"Arcane tu ialah nama permaisuri satu kerajaan dahulu yang tewas sebab difitnah oleh orang kepercayaan dia. Ramai orang kata nama gunung itu diberi begitu atas nama permaisuri itu."

Saint dan Frey terdiam memandang Seth yang bangga bercerita tersebut. Mereka berdua mengeluh dan dengan tiba satu pukulan mengena kepala Kiel.

Itulah hadiahnya apabila suka sangat berkata bukan-bukan. Hampir sahaja mereka berdua mempercayai cerita dogeng tersebut.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now