"Kalau sudah sampai sana call mummy tau," ujar ibu aku kepada aku di lapangan terbang ini.
Aku tersenyum lalu mengangguk. Hari ini adalah hari dimana aku akan balik semula ke sekolah aku. Aku tahu sekolah aku akan mula 5 hari lagi tapi aku mesti juga kena balik awal.
Takut nanti ada apa-apa terjadi sehingga aku tidak boleg balik. Sudahlah sekolah itu jauh, kena naik kapa terbang pula tu. Kalau aku lambat habis aku.
"Ini beg kamu. Jaga diri kamu sana tau," wanita itu memberikan bagasi merah tersebut.
Sebelum aku mengambil beg itu, aku memeluknya buat kali terakhir. Selapas ini aku tidak akan dapat berjumpa dengannya dalam jangka masa yang amat lama. Jadi apa salahnya aku memeluknya.
"Mummy pun jaga diri juga," ucap aku.
"Tahulah mummy. Mummy bukannya budak 5 tahun," gurau wanita itu.
Kami bersama tertawa. Sempat lagi nak buat lawak waktu aku nak pergi ini.
"Sudah pergi lagi kamu tu. Nanti terlepas, menanggis," ibu aku menolak aku pergi.
Aku tersenyum lalu mengambil beg bagasi tadi. Aku mencium pipinya sebelum aku bergerak pergi dari situ.
"Jaga diri mummy tau," nasihat akhir aku.
Agak sedih aku melihat sosok wanita itu ditinggalkan oleh aku. Mengenangkan sosok yang menghantar aku pergi ini memang menyedihkan. Cuti ini tidak terasa panjang pun malah terasa sungguh pendek. Aku mahu meluangkan lebih banyak masa bersama dengan ibu aku.
Kalau nak tunggu cuti lagi, rasanya kena tunggu 3-4 bulan. Itupun kalau tak ada apa-apa yang jadi. Tapi untuk aku mungkin agak sukar untuk cuti balik ke sini.
Semua itu disebabkan aku ahli ketua pelajar. Aku balik awal 4 hari ini pun disebabkan aku ada musyarat pembukaan sekolah lusa. Nasib akulah kena kali ni.
.
.
.Time skip
Setelah hampir beberapa jam di dalam kapal terbang, akhirnya aku tiba juga disini. Walaupun kerja aku hanya duduk di dalam kapal terbang, namun aku terasa agak penat. Entah apa yang memenatkan aku ini.
Aku mengeluh sambil mengurut sedikit leher ini. Jam di tangan ditatap oleh aku. Masih pukul 4 petang. Awal lagi kalau nak balik asrama ini.
Disebabkan tekak aku terasa agak kering, aku bercadang mahu membeli air dahulu sebelum pergi dari lapangan terbang ini.
Kaki aku melangkah mencari kedai yang ada menjual air kesukaan aku. Mata aku tidak berkeliaran di dalam pusat lapangan terbang ini mencari kedai tersebut dan akhirnya aku menemuinya. Pelanggan pun tidak ramai jadi amat beruntung aku kali ini.
"Selamat datang," ucap pekerja kedai itu. Teringat pula aku ketika bekerja di kafe makcik aku dulu.
"Saya nak vanilla latte satu," beritahu aku.
Pekerja itu mengambil pesanan aku lalu menyuruh menunggu sebentar di meja yang sudah tersedia di dalam kefe tersebut.
Aku mengambil satu meja yang berdekatan dengan kuanter tadi. Nanti senanglah kalau aku nak ambil air aku kerana dekat.
Telefon aku diambil dari beg aku lalu aku membukanya. Aku menghantar pesanan kepada ibu aku mengatakan bahawa aku sudah tiba di negara ini.
Selepas itu aku terus membuka galeri untuk aku melihat gambar jadual untuk musyarat lusa. Gambar itu dicari oleh aku dan tiba aku terlihat gambar yang aku tangkap ketika aku melakukan mountain biking bersama Asher.
Tersenyum sendiri aku melihat gambar-gambar tersebut. Teringat aku memori ketika aku bersama Asher dahulu. Tidak sangka bahawa cuti semesta ini aku akan berkenalan dengan lelaki itu. Walaupun dia agak pelik namun bagi aku dia sangatlah baik.
Aku melihat lagi gambar-gambar tersebut dan tiba aku temui satu gambar dimana Asher sedang memandang ke arah langit. Bila masa aku tangkap gambar ini?
Tak ingat pula aku ada tangkap gambar seperti ini. Mesti aku ada salah tekan ni. Aku mengeluh terhadap diri sendiri. Itulah teruja sangat tangkap gambar sambil tak perasan
Aku menatap teliti gambar tersebut. Kalau dilihat dari sini muka Asher itu nampak cantik ya. Bukan kacak tapi cantik.
Bulu mata dia lentik dan panjang, kulit pula putih mulus tanpa jerawat dan dia mempunyai mata hazel yang sangat indah. Ini kalau pakai solek jadi perempuan mesti perempuan pun kalah.
Entah apalah yang aku fikir sekarang. Nanti dia dengar mesti dia marah. Lebih baik aku buangkan semua fikiran ini.
"Cik Iris," panggil pekerja kafe ini.
Aku berdiri dari duduk aku lalu pergi ke kuanter untuk mengambil air aku. Setelah itu aku terus beredar pergi.
Kaki ini melangkah keluar dari lapangan terbang lalu aku mencari kereta yang akan bawa aku balik ke asrama.
Sebenarnya sekolah aku ada menyediakan pengangkutan khas untuk pelajar yang datang dari jauh. Mereka akan sediakan satu kereta untuk menghantar dan mengambil mereka ke asrama. Aku pun suka juga dengan idea ini kerana tidak menyusahkan aku cari teksi untuk balik sekolah itu.
Mata aku berkeliaran memandang semua keteta yang berhenti di hadapan lapangan terbang ini dan tepat masa itu juga aku dapat lihat satu kereta berwarna hitam berlogokan sekolah aku berhenti tidak jauh dari sini. Mesti itu keretanya.
Aku dengan pantas melangkah ke kereta itu kerana tidak mahu diambil oleh pelajar lain nanti. Malas aku nak tunggu kereta yang lain.
"Maafkan saya, saya nak naik," tiba suara aku beriringan dengan satu lagi suara.
Aku memandang ke kanan aku dan kelihatan Zale yang mengikut kata aku tadi. Dia pun balik ke? Mesti sama penerbangan aku tadi.
"Muka kau ada jer dekat mana-mana eh!" Geram aku. Ya lah, masuk kali ini sudah 3 kali aku terserempak dengannya secara tidak sengaja.
"Kau tu yang ada dekat mana-mana," dia memarahi aku. Aku pula yang kena. Aku nak tahu dia nak pergi mana. Kalau bertemu pun kebetulanlah.
"Dah tepi, aku nak naik," dia menolak aku perlahan lalu membuka pintu kereta itu.
"Eh kau! Aku dulu yang jumpa kereta ni," aku menahan pintu kereta itu supaya tidak tutup.
Sedap hati dia jer nak ambil kereta aku. Aku yang jumpa dulu, akulah yang naik dulu. Suka hati dia nak ambil.
"Tapi aku dulu yang nak naik," ujarnya melawan kata aku.
Tangan dia semakin kuat ingin menutup pintu kereta ini, namun aku menambahlan kekuatan aku untuk menahanya. Fikir aku nak lepaskan kau macam tu jer ke.
"Apa kata kamu berdua naik jer bersama. Kamu berdua nak pergi balik sekolah yang sama sahajakan," tiba pemandu kereta ini bersuara. Mukanya memandang risau akan pergaduhan kami ini.
Aku menjeling ke arah pemandu itu. Memang betul apa yang dikatakannya itu, namun nak duduk satu kereta dengan kepala rambut kuning ini memang susahlah ceritanya. Tetapi nak tunggu satu lagi kereta datang lagi menyusahkan.
"Kau tepi, aku naik sekali," aku menolak lelaki itu duduk ke tepi sedikit.
Dengan selambarnya aku duduk menghirau lelaki berambut kuning ini. Aku tahu aku kena sabar jadi sebab itulah aku tengah bersabar sekarang. Harap sahaja tidak kemalangan kereta ini kerja kami berdua.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...