"Hah! Penat betul aku!" Keluh Asher yang berhenti berjalan itu.
"Awal betul penat. Tak sampai sejam pun lagi," sahut Seth yang berdiri di sampinhnya.
Asher menoleh ke arah Seth yang tenang itu. Dia melihat muka lelaki yang tidak kesusahan langsung tersebut. Bagaimana dia boleh bertahan dalam situasi begini?
"Aku bukan penat sebab mendaki tapi penat dengar dua sotong tu tergedik dekat sana," tangan Asher menunjukkan ke arah Beth dan Sam yang tergedik kepenatan tersebut.
Sejujurnya Asher sudah bertahan dengar dua mulut sotong itu mengatakan diri mereka penat, tak larat lagi, minta rehat dan minta tolonglah. Mereka baru sahaja mulakan aktiviti mendaki itu 30 minit lepas tetapi dua sotong itu macam dah buat 3 jam mendaki.
Memang banyak songgeh. Dan sebab itu juga dia terpaksa dengar kata dua sotong itu. Kalau boleh mahu sahaja dua orang itu ditinggalkan namun nanti kumpulan mereka akan kalah kerana ahli tidsk cukup sampai ke perhentian.
Jadi dengan pasrahnya dia menghadapi kata-kata sotong betina itu.
"Sabar jer lah. Dah jadi, apa nak buat," sahut Frey yang tiba-tiba datang.
"Kenapalah cikgu tu bagi team macam ni? Aku rela solo dari team," Asher semakin pasrah.
Matanya memandang dua perempuan yang satu kumpulan dengan mereka. Sekarang ini mereka bertiga sedang menunggu dua perempuan itu sampai ke tempat mereka. Tidak tahulah kenapa lamvat sangat sotong tu?
Masuk kali ini sudsh tiga kali mereka bertiga berhenti kerana Beth dan Sam. Nak tinggalkan nanti takut kena marah. Tapi kalau tunggu rasa macam tunggu kura-kura naik bukit. Kura-kura pun rasanya lebih laju.
"Hah, penatnya. Sampai juga kita," ujar Sam yang batu sampai itu.
Asher hanya menatap kosong muka perempuan itu. Hatinya masih panas dengan situasi sekarang.
"Kita rehat sekejap boleh," pinta Beth.
Lihat! Baru sahaja 30 minit mereka mendaki si sotong itu sudah minta rehat. Memang menyusahkan orang.
Asher menjeling ke arah Beth lalu dia meneruskan perjalanannya. Malas dia menghiraukan perempuan itu lagi.
"Awak marahkan saya ke? Okay, lepas ni saya tak akan minta rehat dan saya akan buat betul-betul," Beth menahan Asher yang cuba pergi itu.
"Kalau tahu, buat! Jangan mulut jer cakap macam tu tapi kaki tak gerak," balas Asher membuat Beth terkaku.
Asher memang sudah pasrah sangat sekarang sehingga emosinya juga sudah memburuk. Tidak dapat dia bercakap baik lagi.
Bagi lelaki itu, Beth memang menyusahkan. Harap kasut jer cantik tetapi tuan punya kasut lemah mengalah kura-kura. Bagus campak jer kasut tu.
Asher menghiraukan Beth dan Sam lalu dia meneruskan perjalanan dia. Frey dan Seth juga mengikuti dia. Sama-sama pasrah geng sewel itu.
Di dalam hati mereka terfikir kenapa mereka mesti satu kumpulan dengan perempuan ini. Tidak ada ke perempuan yang tidak segedik mereka?
"Tak ada ke perempuan yang bagus sikit dalam sukan dekat dunia ini?" Frey menyoal sendiri.
"Ada, tapi bukan team kita," sahut Seth.
Seketika itu, Asher tiba terfikir akan Iris. Dia ingat dulu dia pernah bawa gadis itu pergi mountain biking dan apa yang dia fikirkan gadis itu jenis yang lemah, rupanya salah.
Gadis itu sangatlah lasak dan berbeza dengan perempuan yang dia kenal. Sangat lasak sampaikan dia tidak dapat mengikut jejak gadis itu.
Bila difikirkan kembali, itulah kali pertama dia melihat seorang gadis yang sangat lasak mengalahkan kawan-kawannya. Kalau dibandingkan dengan dua orang sotong tadi rasanya sudah dimasak dua sotong itu kerja Iris.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...