Aku mamandang diri ini dibalik cermin besar di dalam tandas pusat beli belah itu. Menurut kata Saint, kema sepatutnya akan berjumpa di tempat ini pada pukul 11 pagi.
Tapi disebabkan aku yang tidak boleh tenang akan hal ini, aku telah datang awal daripada jam yang ditetap.
Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Aku awal setengah jam dan aku tak tahu nak buat apa. Kenapa agaknya aku datang awal sangat?
Aku mengeluh seorang diri di tandas wanita tersebut. Apa aku nak buat dalam masa 30 minit ini? Aku rasa lelaki itu pun belum datang.
Mungkin aku boleh pergi ke kedai buku dahulu. Mana tahu ada buku yang aku nak beli dekat sana.
Kaki aku melangkah keluar dari tempat tadi lalu terus menuju ke kedau buku yang berada tidak jauh dari kawasan aku tadi.
Aku menuju ke bahagian yang menjual buku belajar. Satu persatu buku di sana ditatap oleh aku, namun hasilnya hampa.
Memang betul kata cikgu aku bahawa buku belajar tentang musik yang diperlajari di Erwa Academy tak ada dijual di tempat biasa. Kalau nak juga beli buku begitu, kena beli di kedai khas ataupun dalam talian sahaja.
Susah betul sekolah di sekolah yang berbeza dengan sekolah lain. Mata pelajaran mungkin sama tetapi sekolah yang aku berlajar ini berbeza dengan menambah satu lagi mata pelajaran khas.
Apalah nasib. Terpaksalah selepas ini aku membeli buku itu di atas talian sahaja.
Dengan hampanya aku keluar dari kedai tersebut bertangan kosong. Kaki aku melangkah keluar dan tiba-tiba aku terlanggar seseorang sehingga membuat telefon di tangan terjatuh.
"Sorry, saya tak sengaja," ucap aku.
"Eh, Iris! Awak sudah datang?" Suara itu kedengaran tidak asing.
Aku mengangkat muka aku dan orang itu adalah Saint. Lelaki itu tersenyum ke arah aku lalu menghulurkan telefon aku yang terjatuh tadi.
Terkejut juga aku lihat dia sudah datang. Sekarang baru jam 10.40 tapi dua sudah datang. Maknanya sini kami berdua datang sama awallahkan.
"Awal awak datang? Saya ingatkan awak belum datang tadi," ujarnya.
"Sa-saya nak pergi kedai buku, sebab tu saya datang awal," alasan aku.
Sebenarnya aku malu nak katakan kisah yang betul. Nanti dia fikir aku ni terlebih teruja pula.
"Alang-alang kita dah bertemu sini, apa kata kita jalan sama-sama sahaja," cadang lelaki itu.
Aku setuju ke cadangan itu lalu terus mengikuti kemana lelaki itu jalan. Mata aku hanya memandang lelaki itu. Memang nampak lain dari waktu yang selalu aku jumpa dia di kafe.
Biasanya aku lihat dia memakai baju uniform sekolah dia tapi hari ini kali pertana aku lihat dia memakai baju untuk keluar. Pilihan fesyen dia bagus malah nampak sangart bagus untuk lelaki biasa. Dia seperti sudah biasa berfesyen untuk keluar. Memang lain dari lelaki biasa.
Hampir beberapa minit kami berdua berjalan bersama-sama dan akhirnya jam untuk cerita kami berdua pun bermula.
Kaki aku terus melangkah pergi ke panggung wayang yang terletak di tingkat 3 bangunan ini.
"Awak tunggu sini dulu ya," ujar Siant membuat aku tertanya.
Tidak sempat aku mengatakan soalan aku, terus lelaki itu pergi. Hairan juga aku, dia hendak ke mana.
Aku mengeluh seorang diri lalu menyandar di saru tiang yang agak besar di kawasan itu. Aku menanti Saint yang entah ke mana dia pergi tadi.
"Maaf, lambat." Suara lelaki tadi kedengaran.
YOU ARE READING
Different Melody [H]
Teen FictionHidup aku dulu memang sangat tenang. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah semua itu berubah ketika aku berkenalan dengan lelaki ini. Hanya disebabkan tertukar pesanan coffee aku mula berjumpa dengan lelaki itu. Aku cuba menghiraukan di...