cp 6

117 8 0
                                    

Dizi ditangan ditatap oleh aku. Buku not muzik aku sudah tersedia di hadapan mata terbuka luas membuat aku dapat membaca semua not yang tertulis.

Aku menarik nafas seketika lalu mengangkat dizi ini ke mulit. Jari aku sedia menutup dan membuka lubang yang akan membuat dizi ini berlainan nanti.

Dalam 10 saar aku berdiri untuk bersedia, akhirnya aku pun mula memainkan dizi ini. Dengan lembut aku meniup dizi tersebut sehinggalah ianya mengeluarkan alunan muzik yang menarik.

Tangan aku tidak leka menutup dan membuka lubang di dizi ini mengikut not yang betul.

Alunan muzik yang keluar dari alat muzik tradisional ini memang menenangkan aku. Bunyinya lembut sahaja dan akan membuat seseorang berasa tenang mendengarnya. Memang sebab itulah kenapa aku mula bermain dizi.

Awaknya aku ini tidak pernah ambil kisah tentang sebi muzik sehinggalah satu hari aku melihat satu persembahan yang ibu aku ajak. Persembahan itu menunjukkan tentang alat muzik tradisional dari seluruh negara.

Dan aku sangat tertarik dengan dizi apabila mendengar alat muzik ini dimainkan hari itu. Aku memang tidak boleh lupa alunan muzik yang dimainkan oleh orang itu. Sungguh merdu dan terasa lembut seperti angin menyapa aku.

Jadi sejak itu aku tidak dapat melupakan alunan muzik ini. Selalu aku terfikirkannya sehingga satu hari aku meminta kepada ibu aku untuk aku memperlajari dizi ini.

Awalnya aku fikir dia akan tolak tetapi rupanya tidak. Dia setuju dan menghantar aku belajar muzik ini. Lalay setelag beberapa tahun aku belajar aku mula menjadi mahir memainkannya dan dengan izin ibu aku juga aku berjaya masuk ke Erwa Academy yang aku idamkan.

Aku tisak sangka kerana satu alat muzik kecil ini, hidup aku sudah berubah. Dulunya aku tidak ada apa-apa untuk dilakukan sehingga aku berjumpa dengan alat muzik ini. Memang seronok.

Seronok sangat sampai kadang-kala aku tidak boleh berhenti memainkannya. Kalau boleh setiap hari aku mahu memainkannya.

Tok! Tok!

Tiba pintu bilik ini diketuk membuat permainan aku terhenti. Aku menoleh ke arah pintu dan kelihatan ibu aku datang sambil membawa dulang yang terdapat air bersama 2 potong kek.

"Tea party? Yes or no?" Soal ibu aku sambil tersenyum.

"Absolutely yes!" Balas aku dengan penuh ceria.

Aku menyimpan balik dizi aku ditempatnya lalu berjalan menuju ke meja yang berada di balkoni bilik ini.

Meminum teh dan memakan kek waktu ini memang sudah jadi rutin hidup aku. Dulu ibu aku selalu menyediakan teh dan kek pada waktu ini dan makan bersama aku.

Waktu ini juga adalah masa dimana aku akan meluangkan waktu bersama ibu aku. Apatah lagi setelah aku masuk ke sekolah asrama penuh ini. Waktu bersama ibu pun mula sedikit, jadi aku tidak boleh sia-sia masa begini.

Kret...

Aku menarik kerusi di meja tersebut lalu duduk bersama ibu aku. Dia menghulurkan sepotong kek berwarma putih bersama secakir teh.

Sejujurnya aku lebih suka kopi tapi ibu aku kata kopi tak bagus untuk kesihatan, jadi setiap kali nak makan kek di rumah ini, mesti bersama teh.

"Semakin bagus kamu main dizi tadi. Mesti kamu suka belajar dekat sanakan," kata ibu aku.

Aku tersenyum lalu mengangguk. Siapa sahaja tidak suka? Sejak aku belajar sana, semakin banyak ilmu aku dapat tentang muzik.

"Oh ya mummy, kenapa waktu Iris kata nak belajar dizi dulu mummy benarkan? Biasanya orang lain mesti mereka tak benarkan," Soal aku apabila teringat kejadian lalu.

Different Melody [H]Where stories live. Discover now