cp 14

91 9 1
                                    

Kereta ini berhenti tepat di tepi tempat rekreasi ini. Kami berdua turun dari kerera setalah enjin kereta dihentikan. Lelaki itu membawa aku pergi sebuah tasik yang ada di situ.

Agak terpegun aku melihat kawasan ini. Memang sangat cantik walaupun sudah lama. Tasik yang berada di hadapan aku pula kelihatan indah dengan adanya bunga teratai menghiasi permukaan.

Tersenyum aku melihat suasana ini. Sungguh tenang dan cantik. Memang tidak daoat dinafikan kata Siant tadi.

Aku seperti tidak percaya tempat ini sungguh indah selepas hujan. Keadaan lembab selepas hujan membuat tempat ini menjadi semakin tenang dan tidak terlalu panas. Kalau aku tahu semua ini dahulu, mungkin aku akan selalu datang ke sini.

"Cantikkan tempat ni," ujar Saint di tepi aku.

"Ya, sangat cantik," balas aku sambil tersenyum.

Aku tak dapat larikam pandangan kata ini melihat tasik besar yang sungguh indah itu. Apa selama ini tasik seindah ada di kawasan ini?

Tasik ini memang nampak lain sekarang. Biasanya dulu aku lihat tasik ini kosong sahaja. Tidak ada bunga teratai dan angsa yang menghiasinya. Tetapi sekarang tidak. Malah tasik ini terdapat jembatan gantung untuk menyeberangi tasik tersebut.

Hebat sungguh. Banyak benda telah berubha sejak aku mula bersekolah jauh. Walaupun tempat ini berada di bandar aku tinggal tetapi aku langsung tidak tahu kewujudannya.

"Ah!" Tiba sesuatu yang sejuk terkena pipi aku.

Aku menoleh dan kelihatan Saint yang datang sambil meletakkan satu tin air yang sejuk di pipi aku. Aku memegang pipi aku kerana terlalu sejuk tin air tadi.

"Nah! Untuk awak," dia memberikan aku air tin tadi.

Dan tanpa sempat aku menolak terus dia memaksa aku mengambil air tadi. Nampaknya aku memang tidak dapat menolak.

Kami berdua berjalan menuju ke satu bangku yang tidak jauh dari tempat tadi. Air tin tadi dibuka lalu terus kami meninumnya.

Angin sepoi-sepoi yang menyapa aku memang membuat aku tetasa sedikit sejuk. Namun aku suka akan semua itu. Sekurangnya tidak terlalu panas. Ada untungnya juga tadi hujan lebat.

Kalau tidak, mesti aku tidak akan tahu ada tempat seperti ini. Aku juga patut berterima kasih pada Saint sebab sudah tunjukkan tempat ini.

"Eh! Ada pelangilah," ujar Saint sambil menunjukkan ke arah langit.

Aku menoleh arah Saint yang tersenyum melihat pelangi tersebut. Kemudian aku turut melihat pelangi yang dikatakannya tadinya. Tetapi seperti yang aku jangkakan.

Aku tidak dapat melihat pelangi itu. Walaupun Saint melihat jelas akan pelangi itu tetapi bagi aku, aku tidak dapat satu pun warna pelangi itu. Semuanya kabur seperti tidak ada apa-apa sahaja.

Aku tidak tahu bagaimana semua ini terjadi pada aku. Dahulu aku boleh melihat warna pelangi tetapi sekarang aku sudah tidak dapat.

Apa yang aku lihat hanyalah warna yang kabur seperti tidak ada apa-apa sahaja. Kenapa agaknya aku tidak dapat melihat warna pelangi?

Sudah hampir 10 tahun aku menghidapi situasi ini. Walaupun orang lain boleh melihat pelangi tetapi aku tidak. Semuanya akan hilang apabila aku cuba melihatnya. Seperti aku ini tidak layak melihat pelangi tersebut.

Agaknya bagaimana warna pelangi yang dikatakan sungguh indah itu?

"Memandangkan kita sudah ada sini, apa kata kita main satu game," cadang Saint secara tiba-tiba.

"Game?" Aku tertanya. Tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.

"Ya, cara main dia, saya akan beritahu awak sesuatu tentang saya dan awak meati beritahu sesuatu tentang awak juga."

Different Melody [H]Where stories live. Discover now