Bab 60

428 22 2
                                    

Elliana memegang perutnya yang terasa ngilu sambil kakinya berjalan turun melepasi anak tangga terakhir. Matanya memandang ke arah tingkap kaca yang mendedahkan figura 2 orang yang sedang berlari.

Elliana berjalan perlahan mendekati jendela besar yang terhias langsir panjang. Dia memandang dari jauh saja Danish dan mungkin juga Jason ataupun Ryan. Dia pun tidak pasti kerana bayangan itu hanya samar-samar.

Tiba-tiba kepalanya yang dilitupi tudung dicium sekilas. Elliana menoleh memandang Eyden yang baru muncul.

"Abang?" Soal Elliana hairan.

"Areana missing. Something happened." Bisik Eyden.

Elliana mempamerkan riak wajah terkejut. Areana hilang? Hilang dari mana?

"Apa maksud abang hilang?"

"Dia menjerit. Han asked me to check wether Areana still in the master room. Tapi dia tiada." Dengan tutur kata yang lancar. Elliana mengucap perlahan.

"Saya nak ikut." Pinta Elliana tapi cepat saja Eyden menggelengkan kepala, tidak setuju.

"Stay here." Arah Eyden lalu dia berlari meninggalkan Elliana yang terkebil-kebil. Apa yang mampu Elliana buat? Berdoa dan berserah semoga semuanya baik-baik saja.

-

Aku dengar dengan jelas sekali suara Zahrah memanggil aku. Namun, tubuh aku terasa ngilu dan pedih. Kesan tusukan bertalu-talu membuatkan aku lemah dan cacat. Darah yang mengalir juga mematikan segala tindak tanduk aku. Begini besarkan cabaran yang aku perlu hadapi?

"Elbro!" Jerit seseorang.

"Areana." Suara yang aku sangat kenal.

"Bangun! Bangun! Jangan buat macam ni." Wajah Danish di hadapan aku. Dia sedang meriba kepala aku. Fikiran aku cuma membayangkan wanita tadi akan merobek pula dada Danish. Aku tahu Danish sangat risaukan keadaan aku. Walaupun babi, dia tetapi sayangkan aku.

Kasihankan Danish! Aku gagahkan diri untuk bangun.

"Ada orang cuba bunuh saya. Dia kat belakang awak!" Jerit aku sekali gus membuatkan Luke dan Danish menoleh ke belakang.

"What do you mean Elbro?! This is not a joke!" Marah Danish dengan wajah yang sunggul. Matanya tajam merenung aku.

Aku pula seperti baru tersedar. Mata aku memandang tubuh orang yang terdampar di atas tanah dalam posisi tadi.

Aku pandang pula tubuh aku, tiada kesan torehan darah atapun luka. Semuanya dalam keadaan sama dan tiada tanda-tanda aku dicederakan.

"Tapi, No way! She just did this to me!" Aku marah kembali Danish.

"Kenapa kau buat aku risau, Areana!"

"This is real! Dia cuba bunuh saya! Dia lelaki tu! Lelaki yang selalu masuk mimpi saya!" Aku bagaikan dikawal amarah. Mahu saja aku menghentak kepala aku ditanah.

"No, this isn't real."

"This isn't real." Bisik Danish dengan mata yang bagaikan helang. Untuk kali ke 3 aku dapat melihat sisi lain Danish. Serupa Han, tajam dan menakutkan.

"That is you bullshit imagination!" Hambur Luke.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Soal aku dengan kepala yang digelengkan. Mengapa? Apa yang berlaku dalam hidup aku.

Aku terasa pening. Kenapa semuanya begitu, benar. Apa yang terjadi? Kenapa aku merasakan semuanya benar-benar berlaku! Aku masih bermimpi?

"Ya Allah Areana!" Aku dengar Zahrah menjerit lantang dan dia bercakap mengenai darah. Dan segalanya hitam.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now