Bab 56

363 20 2
                                    

Areana mengikut langkah besar Han dari belakang sambil tangannya ditarik lembut oleh Han. Persis kanak-kanak mahu melintas jalan raya. Matanya memerhatikan Han yang kemas memakai baju kemeja putih.

Keluar sahaja mereka dari perut lif kaki mereka dibawa ke arah dewan utama rumah tersebut. Seperti menunggu detik-detik penyampaian hadiah. Gemuruh!

Areana tiba-tiba menarik lembut lengan Han di belakang. Automatik Han berhenti berjalan dan menoleh ke belakang.

Areana kelihatan sedikit cemas dan wajahnya nampak comel dalam keadaan begitu. Han memandang tepat anak mata coklat cair itu. Menunggu gadis itu bersuara.

Masa berlalu hinggalah Areana membuka bicara.

    "Saya tiba-tiba rasa erm takut? Malu? Entahlah..." Ujar Areana sambil menggigit bibirnya. Sejak wajahnya ditundukkan ke bawah kemudian digelengkan. Wajahnya ditundukkan ke bawah menghadap lantai. Lengan Han menarik lembut rahang Areana supaya anak matanya tepat menghadapnya. Pipi Areana seperti tomato apabila dipandang redup oleh Han biarpun masih lagi dalam keadaan dinginnya. Walaupun Han pernah buat begitu beberapa kali tapi mengenangkan mereka ialah 'suami isteri' termalu sendiri Areana.

   "Scare for what?" Soal Han dengan nada serius namun masih ada lembutnya. Tangannya masih lagi utuh memegang lembut rahang Areana.

"Saya takut kalau Frenchie marah saya. Saya datang melulu tanpa bagi tahu semua orang. Saya takut diaorang tak boleh terima saya." Ujar Areana dengan wajah yang sebal dan susah hati. Han melepaskan rahang Areana kemudian dia masukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

   "Malu?" Soal Han sepatah namun cukup tersirat. Maksudnya lelaki itu mahukan penjelasan dari ayat gadis itu.

Areana mengeluh perlahan.

   "Malu sebab- saya malulah." Balas Areana dengan wajah yang merah. Dia tak mahu bagi tahu perkara sebenar tapi dia tahu, Han akan baca jua fikirannya sama ada lambat atau cepat saja. Han memandang Areana sekali lagi namun kali ini dengan anak mata yang mahukan kepastian.

Dua-dua pihak mendiamkan diri. Han terus menarik kembali lengan Areana dengan lembut lalu mereka berjalan memasuki ruangan utama itu. Paling pantang dengan orang suka melengahkan masanya.

Semua mata memandang tepat ke arah mereka berdua yang baru saja melepasi pintu kaca.

   "Areana?!" Soal Nayla dengan wajah teruja. Dia bangkit dari sofa lalu kakinya dibawa ke arah Areana. Tidak sabar benar dia mahu berjumpa Areana. Sebaik sahaja menerima pesanan ringkas daripada Han melalui group tadi, hatinya memang dihurung gembira. Mana taknya, gadis itu datang ke Canada bersama kereta Ferrari. Datang bersama niat mahu berjumpa Han.

Dewan utama, before
10 am. I'll bring mine.

-Han Ian

"Mula dah, perangai over dia." Ujar Danish sambil menarik kentang goreng di atas pinggan lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

   "Cun apa. Baru lah Nayla hyper aku." Balas Ryan sambil keningnya terangkat sebelah. Automatik Danish memandang tajam wajah Ryan.

"Hey, come here. Duduk dengan I." Pelawa Nayla dengan suara yang menahan keterujaan. Tangan Areana ditarik namun Areana masih tidak berganjak. Nayla memandang sebelah lagi tangan Areana yang dipegang oleh seseorang.

Nayla memandang lengan sasa itu dan bertembung mata dengan anak mata kelabu cair tersebut, Han.

   "Mine." Sepatah perkataan yang sangat menggerunkan Nayla. Satu perkataan yang mampu membuatkan Nayla berundur setapak lalu dia tersenyum payau.

"Eh lupa." Sempat Nayla singgah pada wajah Luke yang nampak terkejut. Tapi matanya sempat juga singgah pada wajah babi hutan. Danish tersenyum mengejek sambil lidahnya dijelirkan. Tak guna punya Danish, dasar babi.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now