Bab 41

359 20 0
                                    

"You tak sakit ke? Kenapa boleh sesat dekat bilik I pulak?" Soal Nayla dengan kening terangkat serta tangan yang memeluk tubuh. Matanya mengerling pada susuk tubuh sasa lelaki di hadapannya. Dengan beberapa balutan kain anduh pada bahu serta terdapat tompokan darah merah padanya bahagian atas kain tersebut. Lelaki itu dengan selambanya mengambil tempat di atas sofa.

"Aku bosan nak mati mereput atas katil. Memang sial betul nak arah-arahkan aku suruh tidur. Dia ingat dia siapa? Setakat doktor pribadi Frenchie. Belagak gila." Omel Danish dengan bibir terjuih. Tubuhnya yang tidak berbaju membuatkan dirinya terasa digigit kedinginan penghawa dingin di dalam private jet tersebut.

Nayla mengeluh perlahan kemudian dia mencapai alat kawalan penghawa dingin. Suhu bilik dinaikkan supaya menjadi sedikit panas. Kesian pula tengok Danish, dengan wajah dipenuhi lembam dan luka di serata badan.

"Maksud you Uqasya ke?" Soal Nayla lagi dengan mata yang tertancap pada wajah Danish. Tubuhnya bergerak mengambil cardigan di atas meja untuk menutup bahagian bahunya yang terdedah.

"Uqasya nak yang terbaik untuk kita. Dia kan nak berkhidmat dengan Frenchie lebih 4 tahun. Dia selalu rawat you. You patutnya bersyukur tau sebab dia tutup mulut and berbakti dekat kita." Balas Nayla tanpa memandang Danish yang mula bosan dengan keadaan sekeliling.

"Bodoh, membebel je kerja. Aku cium kang tahulah diam." Bisik Danish dengan mata terpejam. Malas mahu mendengar wanita membebel lagi-lagi Areana.

"Apa you cakap?" Soal Nayla yang tidak dapat menangkap ayat Danish.

"Shut up sial." Jawab Danish sebaris ayat dengan nada bosan.

"Whatever. You dengar tak apa yang i cakap tadi?" Desak Nayla dengan wajah cemberut. Matanya memandang pula rambut Danish di sebalik sofa. Tubuhnya ditutupi bahagian belakang sofa.

"Hm." Balas Danish acuh tidak acuh. Suaranya juga mula tenggelam timbul.

Ting!

Nayla mengeluh perlahan apabila bunyi notifikasi iPhonenya menyapa gegendang telinga kemudian iPhonenya pula dicapai di atas katil. Mata Nayla bergerak melihat maklumat yang tertera pada skrin iPhonenya.


"Kita ada masa beberapa jam je lagi nak sampai kat Vancouver, Canada. Lepas tu kita akan pergi dekat safe zon and training sebanyak mungkin. Bulan 10 nak dekat dah ni. Lepas tu Han cakap kat sini, kita bukak satu persatu tirai." Ujar Nayla dengan bebola matanya berguling mengikut bacaan text yang diberikan Han. Bibirnya pula terkumat-kamit membaca maklumat yang dihantarkan.

"So, information ni nak cakap yang kita kena rehat sebab lepas ni kita akan jadi macam dulu. Guard 24 hours." Ujar Nayla lagi dengan spekulasi tersendiri. Namun mata Nayla lebih cekap mencari bunyi yang kedengaran sedikit menggangu dirinya lantas dia terus bergerak ke arah sofa. Automatik bibirnya tersengih.

"Danish?" Tegur Nayla dengan bibir yang masih tersengih. Kelopak mata Danish tertutup rapat manakala nafasnya pula teratur. Nayla melutut di tepi sofa di mana tubuh Danish terlantar di atasnya.

Kening hitam, bulut mata yang panjang dan bibir yang merah serta jaw line yang terbentuk cantik. Nayla tersenyum lagi apabila dapat memerhatikan wajah tenang Danish. Lelaki yang tampak ceria tetapi lebih menderita dari orang lain. Selain Han, Danish juga menderita sama seperti Nayla.

Nayla mengambil comfort di atas katilnya yang bersaiz Queen lalu dia selimutkan comfort itu pada tubuh Danish. Tubuh Nayla dibongkokkan sedikit.

Nayla merapatkan bibirnya pada telinga Danish.

"I'm so sorry because-"

-

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now