Bab 36

552 22 4
                                    

Areana memandang Han yang sedang mengambil sebuah mangkuk berisi bubur lalu dia menapak ke arah Areana dengan sebuah wajah dingin. Han melabuhkan punggung di atas sofa lalu dia memberikan isyarat untuk Areana duduk. Dengan pantas Areana melabuhkan punggung di tepi sofa bersebelahan Han namun dengan pantas Han menarik lengan Areana.

"Duduk." Arah Han senada.

Areana mengetap giginya lalu dia kembali duduk di atas sofa tapi seperti tadi Han menarik lengannya kembali. Areana mengerutkan dahinya lalu dia mengangjat keningnya.

"Sit here." Arah Han lalu dia menepuk pehanya. Areana membulatkan mata lalu dia menggeleng kepalanya perlahan. Malulah kalau tiba-tiba orang masuk rumah tengok aksi macam tu.

"Tak nak lah. Saya berat." Ujar Areana dengan nada malu lalu dia mengetap bibirnya perlahan. Han memandangnya dengan tajam lalu meletakkan mangkuk berisi bubur ke atas meja.

"Don't let me repeat the sentence." Ujar Han dengan nada keras dan dingin. Areana yang agak terkesan mendengar arahan dan perubahan suara Han terus berjalan mendekati Han lalu punggungnya dilabuhkan ke atas peha Han. Lengan kanan Areana dipaut pada bahu kiri Han lalu dengan pantas Han mengambil bekas berisi bubur itu.

"Han saya malu lah." Ujar Areana dengan nada perlahan. Dia tidak mahu memandang wajah lelaki yang tidak kurang 2 sentimiter dari wajahnya. Haruman romeonya sangat menggugat jiwa wanitanya. Han memandang Areana lama lalu dia menyudukan nasi bubur ke dalam mulut Areana. Dalam malu, Areana tetap lapar. Jadi nak atau tidak mulutnya dibuka luas untuk menerima bubur. Nak suap sendiri tak boleh, kenapa Han baik sangat!

Han memandang Areana yang sedang menikmati bubur ayam itu.

"Han jangan pandang saya." Tegur Areana apabila merasakan setiap gerak gerinya diperhatikan oleh Han. Perlahan-lahan lengan Areana turun dari berpaut dari leher Han tapi dengan tangkas wajah Han dibenamkan pada bahagian dada Areana. Wajah Areana terus menyirap.

"Han!" Jerit Areana apabila merasakan bahagian dadanya ngilu yang jelas sekali menujukkan Han telah meninggalkan kesan di bahagian dadanya yang dibaluti haju tidur satin hitam.

Han mengangkat wajahnya dari dada Areana dengan reaksi kosong lalu tangannya dibawa memegang sudu berisi bubur lalu disuapkan pada Areana yang masih lagi malu.

"Aku dah tengok semua. Jangan malu." Balas Han selepas beberapa suapan bubur diberikan pada Areana. Areana memandang Han dengan wajah berganda-ganda merahnya.

"Apa maksud awak?" Soal Areana dengan nada kalut. Han memandang Areana lama kemudian dia menurunkan Areana dari pehanya. Mangkuk berisi bubur diletakkan di atas meja.

"Look at your body. 10 hari kau tak sedarkan diri. Aku yang tukar pakaian kau and your underwear too." Sebaris ayat Han yang mampu membuatkan darah aku menyirap hingga kemuka dan malu yang tidak terkata. Bercampur dengan marah dan bengang.

"Kenapa awak buat macam tu!" Jerit aku dengan nada takut. Dia yang tukar baju aku. 10 hari? Kenapa 10 hari pulak? Tapi aku lebih malu dengan dirinya!

"Kau tak sedarkan diri 10 hari. Aku tak nak kau rasa tak selesa." Balas Han dengan sarksatik. Lalu dia membawa pergi mangkuk berisi bubur itu ke arah dapur meninggalkan aku di sofa ruang tamu dengan malu yang menggunung tinggi. Aku perempuan, dia lelaki?!

Aku tahu hukum hakam agama setidak-tidaknya. Wait a minute, 10 hari?

-

"Kau nak pergi mana?" Soal Ryan sambil menarikan jari jemarinya di atas MacBooknya. Anak matanya sempat mengerling ke arah Nayla yang tampak tergesa-gesa meninggalkan meja kerjanya sambil tangannya mencapai kot kerjanya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now