Bab 34

583 31 12
                                    

Aku membuka kelopak mata perlahan lalu mataku dikerdipkan beberapa kali. Imej dan bayangan yang menghiasi ruangan mata aku masih lagi dalam keadaan kabur.  Perlahan-lahan jari jemariku diangkat lalu menggosok mata. Bunyi air hujan yang lebat di luar rumah dapat aku dengari. Jendela bilik yang berada di hujung dihempas kuat oleh angin pada permukaan dinding kayu. Aku menggosok lengan aku yang terasa dingin.


    "Areana?" Soal suara yang sangat
lembut dan membuatkan mata aku dengan tangkas memerhatikan empunya suara lembut yang memanggil sebaris nama aku.

"Argh!" Jerit aku dengan lantang kemudian menolak comfort yang membaluti separuh tubuhku. Wajah seorang wanita 'suci' dengan memakai telekung putih serta tangannya memegang rantai bebola. Adakah itu, tangkal atau seutas tasbih. Wajahnya nampak sangat risau malahan ada sedikit sisa air mata di atas wajahnya.


Aku sendiri malas amik tahu mengapa terdapat mutiara yang mengalir dari tubir matanya. Aku lebih takut dengan keadaan rumah yang kayu yang sangat menakutkan ini dan juga kelibat wanita di hadapan aku.

    "Bertenang Areana." Ujarnya lagi sambil mendekati aku. Macam mana dia tahu nama aku?! Wanita yang memakai telekung itu menarik lembut comfort aku.

   "Jauhkan diri awak! Siapa awak?!!!! Pergi!!!" Bentak aku dengan kuat lalu aku mengesotkan tubuhku jauh ke hujung katil bersaiz queen ini. Aku ketakutan dan rasa seperti kosong. Tiada apa-apa yang ada dalam otak ingatan aku. Tapi wanita di hadapan aku benar-benar tampak seperti hantu.

   "Areana, mengucap sayang. Ni mak, Zahara. Mak, Farhan." Tutur lembut wanita itu sambil kakinya menghampiri tubuh aku yang sedang ketakutan di atas katil.

Zahara mak Farhan. Farhan, nama yang sangat familiar dan acap kali selalu berlegar dalam ingatan aku.

Secara tiba-tiba panah petir diluar itu berdentum kuat hingga membuatkan bahu aku terhincut. Kilat dan petir menyambar bahagian hujung bukit di bahagian belakang bukit .

   "Ya Allah!" Jerit Zahara sambil mengucap panjang. Aku pula terus melekapkan telapak tangan pada kedua belah telinga. Kaki aku dibawa rapat ke dada dengan bibir yang terketar- ketar.

   "Areana, jangan takut. Allah ada." Ujar Zahara sambil menapak ke arah aku. Aku menjatuhkan anak mata pada wajah Zahara yang tampak dibelengu kekalutan hidup. Kenapa aku seperti baru dilahirkan dalam dunia ini?

   Zahara memeluk erat tubuh Areana lalu dengan perlahan dia mengusap umbun rambut Areana. Rambut yang halus dan mempunyai keunikan warna berbanding orang lain begitu juga dengan matanya.

    "Semua Ok tak? Ke Ko?" Langsir di bilik yang menempatkan Zahara dan Areana diselak lalu susuk tubuh lelaki tegap dan mempunyai riak wajah kacak menghiasi pandangan anak mata hazel itu. Lelaki yang berbaju santai dan memiliki subang hitam di telinganya. Nampak sangat badboy dan nakal. Tangannya memegang iPhone berwarna hitam sama seperti anak matanya dan warna rambutnya.

    "Kami berdua ok je Danish. Kamu tak payah risau sangat. Biasalah tu kalau hujan, mesti ada petir dan kilat." Ujar wanita bernama Zahara yang sedang memeluk tubuh aku. Aku menolak perlahan tubuhnya lalu anak mataku memandang wajah lelaki itu, lama. Jadi dia ialah Danish?

   "Areana? Kau dah sedar?" Soal Danish dengan nada teruja. Dia menapak ke arah aku dengan senyuman sinisnya. Aku merenungnya dengan pandangan menganalisis. Kepala aku terasa biul dan berpusing arah. Anak mata hazelku masih lagi kekal pada wajah Danish.

   "Woi pahal kau? Kacak sangat ke aku malam ni? Sampai nak tenung aku beria sangat?" Soal Danish dengan kening terangkat. For your information, kalau gadis secantik Han's ini boleh tenung aku, aku confirm, aku kacak. Automatik bibir Danish terangkat sebelah menunjukkan betapa sinisnya senyumannya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now