Bab 61

489 19 1
                                    

"Areana?" Panggil Zahrah untuk kali ke berapa. Dia menolak sedikit tubuh Areana supaya dia kembali ke alam yang nyata.

Sepasang mata coklat cair itu bergerak memandang ke arah Zahrah yang bertudung litup. Wajah Zahrah nampak sopan dan sangat bersih.

Tanpa sedar air matanya mula mengalir di celah-celah kelopak mata. Alis mata lentiknya basah dek cecair jernih itu.

"Allah tahu apa yang terbaik." Tegur Zahrah lagi namun kali ini tangannya mengusap lembut bahu gadis yang menahan tangisan itu.

"This can't be real. Apa bukti dia mama kandung Areana?" Soal Areana dengan nada yang tertahan. Anak mata coklat cair itu terhala ke arah tubuh yang berselirat dengan wayar terdampar di atas katil. Tiada yang mampu dia ucap.

Zahrah menghela nafas panjang lalu dia memegang tangan Areana. Cuba memberikan semangat kepada menantunya itu.

"Luke Areana dah buat test DNA semalam. Dia dah pergi hospital dengan Han Areana. Takdir Allah pertemukan mak dan anaknya." Tambah Zahrah lagi. Dia memandang wajah kemerahan Areana. Indah ciptaan mu wahai Tuhan. Namun hidupnya tidak seindah wajahnya. Dugaan orang berlain-lainan.

"Mama...Areana dah mati. Tokma ada cakap dulu!" Hambur Areana seperti nada kebudak-budakkan. Bukan dia tidak mahu menerima realiti tapi dia tidak sanggup bertemu mata dengan insan yang sanggup meninggalkan dirinya dengan alasan mati! Apa yang tokma cuba sembunyikan?

"Ya Allah. Mengucap Areana sayang. Allah ada dengan kita semua. Jangan macam tu. Mama Areana tak sihat. Dia...dalam keadaan koma. Doakan yang baik-baik." Pujuk Zahrah dengan senyuman halus.

Areana memandang sepi sekujur tubuh yang diam tidak berkutik. Wajahnya pucat dan bibirnya pudar dan merekah.

Areana memandang sekilas lengan wanita itu. Banyak parut dan semestinya, dia banyak berkorban nyawa dengan dunianya. Tidak mungkin dia insan biasa yang bergelar ibu mithali.

Sebaiknya aku menerima kenyataan bahawa dia sedang berusaha menyelamatkan aku. Kemungkinan.

-

Han memandang lama sampul yang bersaluti darah. Terdapat sedikit robekkan kertas dan konyokkan di situ. Mata tajamnya menikam tepat pada isi surat yang berada di atas meja.

Untuk beberapa ketika dahinya berkerut memandang surat itu.

"She's amazing Han. Dia dapat separuh plan dan peta Drace. How can she do that?" Ujar Ryan dengan nada agak teruja apabila melihat beberapa informasi dan strategi Drace.

"Aku curious. Macam mana dia dapat semua ni?" Soal Ryan dengan tangan yang memeluk tubuh. Badannya disandarkan di badan sofa sambil kaki disilangkan. Matanya memandang Han yang duduk di atas kerusi meja kerja.

Tiada jawapan dari bibir Han seperti biasa dia mendiamkan diri. Wajah Han nampak sedikit tegang daripada biasa.

"Kau tak rasa ke dia tu pengintip?" Tambah Ryan lagi.

Automatik wajah Han diangkat lalu dihalakan pandangannya ke Ryan. Pengintip?

"Cut it out." Ujar Han dengan mata yang penuh maksud. Haruman minyak wangi yang dipakai mula mencucuk hidung Ryan.

"Well, buatlah sesuatu. Kau yakin dia mak Areana? DNA test, hundred percent sure. Tapi kau yakin dia masih mak Areana? Dia nak jaga Areana? Kau tahu ke dia berpihak pada siapa?"  Ryan membetulkan duduknya di sofa. Nafas dihela perlahan sebelum dia menyambung ayatnya.

"Han, kita Frenchie. Dia berdarah dan berketurunan Drace. DraceDark bukan orang calang-calang. Kalau orang Drace masuk dalam Frenchie mampus kita." Ujar Ryan dengan wajah yang serius.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now