Bab 30

505 27 0
                                    

HAN'S

- - - - -

Media : Areana's dress

"Areana." Ujar Han dengan nada dingin. Gadis itu terus memalingkan wajahnya menghadap empunya suara. Automatik bibirnya mencebik kemudian anak matanya memproses cecair hangat. Wajah Areana betul-betul hendak menangis.

   "Come here." Tambah Han dengan nada yang lembut dan tegas dihujungnya. Ramai orang asing memandang Areana dengan pandangan hairan. Areana tidak bergerak ke arah Han, dia hanya berdiri statik di tempat itu.

   "Chi è lei?" Sampuk seorang gadis yang sedang merenung Areana dengan pandangan tidak puas hati. Dia merenung wajah Areana yang sangat menyerlah di dalam dewan tersebut.

(Siapa perempuan tu?)

   "Han." Panggil Areana sekali lagi dengan nada yang sangat perlahan. Banyak mata yang memerhatikan wajah manis Areana dan ada juga yang berfikiran kotor.

Han mengeluh perlahan kemudian kakinya dibawa menghampiri Areana.

   "Siapa?" Soal Eyden ingin tahu.

   "Awek dia baru bangun tidur tu bro. Cari Han terus la." Balas Danish sambil anak matanya memerhatikan wajah Areana yang nampak begitu mengancam ketika ini. Semua disini kebanyakkan lelaki, dia juga lelaki. Siapa je yang takkan pandang Areana yang sangat cantik dalam gaun itu lagi-lagi wajah mamai Areana yang sangat comel.

    "Areana?" Soal Eyden inginkan kepastian. Dia mengangkat keningnya apabila mendengar ayat nama gadis itu.

   "Bukan dah mati ke?" Soalnya dengan penuh hairan.

    "Oh lupa nak cakap. Hari tu I ada jumpa Han and Areana kat galeri." Sampuk Elliana dengan nada agak perlahan kerana dewan sedikit tenang apabila melihat agenda jejak kasih Areana dan Han. Jejak baru bangun tidur. Lain kali jangan tidur semasa asar tak elok.

Eyden mengerutkan keningnya manakala wajahnya dikeruhkan.

    Tangan Han naik mengusap kepala Areana. Rambut Areana yang diikat pony tail sudah tidak kemas lagi. Rambutnya juga agak serabai dan matanya mempamerkan wajah yang sangat comel.

   "Han saya takut." Balas Areana apabila wajah Han kurang setapak dari dirinya. Han tidak menjawab ataupun membalas ujaran Areana sebaliknya tangan sasanya menarik tubuh kecil Areana ke dalam dakapannya.

   "Han, tsk...tsk..." perlahan-lahan nada Areana bertukar menjadi sebuah deraian kaca yang keluar dari tubir matanya. Dakapan Han membuatkan dirinya rasa selamat dan terjaga.

   "Oh Dio. che diavolo sto guardando?!!" Ujar seorang lagi gadis berbaju jeans. Dia nampak bengang apabila melihat tangan Han menarik pinggang Areana erat.

(Siapa dia perempuan tu?!!!)

   "Bellissimo." Sampuk seorang lagi lelaki tua apabila melihat wajah Areana dan juga tubuhnya. Hati tuanya berkata keras untuk memiliki gadis itu.

(Cantik,)

   "Han, tsk... jangan tinggalkan saya." Nada Areana seperti merayu-rayu tetapi cukup didengari Han saja. Air mata yang dirembeskan oleh tubir mata Han melekat pada blazer tuxedo mahalnya menyebabkan tompokkan basah.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now