Bab 11

585 28 0
                                    

Han memerhatikan susuk tubuh seorang gadis yang sedang termenung di jendela yang terbuka luas. Rambut panjang mengurai yang menutupi sebahagian wajah manisnya. Kalau diikutkan masa, lebih setengah jam gadis itu tidak tersenyum. Yang menghiasi wajahnya hanyalah mendung dan air mata.

"Perdonami la guancia rossa," anak matanya menikam sebujur wajah sirih yang mendung. Sejak tangan halusnya memegang hujung rambut lalu dipintalkan. Ada kalanya bibirnya diketap tanda menahan dari tangisan turun membasahi wajahnya.

(My pleasure, red-cheek )

Tidak lama kemudian tiada lagi figura gadis tadi. Kini tinggallah dia di rumput hijau bertemankan cahaya bulan. Selepas yakin gadis itu sudah dibuai mimpi selama beberapa jam lelaki itu berjalan menghampiri pintu rumah itu.

"Stop over there!" Jerit seorang pengawal berbaju hitam dan bersuit lengkap menahan dari lelaki itu memasuki rumah. Lelaki itu cuba melepasi pengawal keselamatan namun hampa dia tidak mahu membazirkan tenaganya.

Topeng muka yang dipakai diangkat sedikit untuk menunjukkan wajahnya yang disembunyikan. Pengawal itu melihat wajahnya lalu tangannya naik menekup mulut.

"I'm sorry. I thought you're stranger-"

Han memberikan isyarat tangan agar berhenti bercakap. Keningnya tajam memandang wajah pengawal tersebut. Tiada senyuman yang diberikan mahupun marah kerana wajahnya hanya mempamerkan riak serius.

Dedaun pintu loteng yang menempatkan Areana dibuka lalu badannya melolosi pintu tersebut. Anak mata stray gray itu memandang lembut wajah yang sedang tenang dengan nafasnya yang teratur.

Han terus menghampiri Areana kemudian baju t-shirt hitamnya ditanggalkan lalu dicampakkan ke bawah lantai. Topeng mukanya diletakkan di atas meja lalu tubuhnya direbahkan di sebelah gadis yang dibuai mimpi. Areana tidur menghadap arah atap. Bukan ke kiri mahupun ke kanan.

Anak mata stary gray itu menikam lembut wajah tenang itu tanpa sebarang senyuman menghiasi bibirnya.

Tangan Han naik mengusap kening yang terbentuk cantik itu kemudian jarinya turun menyentuhi hidungnya. Jarinya beralih pula pada telinganya. Rambut yang terjuntai pada dahi diselitkan dibelakang telinga. Jari Han bermain lembut dikawasan belakang telinga Areana.

"Emm," Areana sedikit terganggu lalu memalingkan wajahnya menghadap Han yang di sebelah secara drastik. Han ralit memerhatikan wajah yang tenang diulit mimpi. Tangan kanannya mengusap rambut Areana dengan lembut. Hidungnya dirapatkan pada umbun gadis itu lalu dicium baunya. Selepas beberapa ketika matanya kembali tertancap pada jam tangannya berjenama Patek Philippe Nautilus yang berharga lebih dari 2 juta ringgit Malaysia. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi dan waktu yang sesuai untuk dia pulang tetapi niatnya semua dibatalkan.

Selama 12 jam berada di dalam kapal terbang akhirnya dapat juga dirinya melelapkan mata seketika.

-

"Tak ada bodoh!" Jerit Danish sambil terkoncoh-koncoh membawa sneaker ke halaman rumah. Ryan yang berada di ruang tamu memanjangkan leher memerhatikan Danish yang tergesa-gesa membawa kasut keluar. Suruh cari Ryan je pun, beria bodohkan orang macam suruh cari penyelesaian

"I dah cari, but i couldn't find him." Ujar Nayla sambil turun dari tangga dengan tangannya memegang handbag Small Pyhton Print Lether TB bag yang semestinya mencecah harga ribuan ringgit itu. Tangannya yang berbalut kain anduh itu dipandang sejenak. Jason yang rancak berborak dengan Luke dipandang sekilas.

"What?" Sampuk Jason sambil kening diangkat dan matanya menikam wajah Nayla yang kelihatan teruja. Ryan juga memandang ke arah Jason. Manakala Luke sedang membuat kesimpulan. Mereka memandang wajah Luke menunggu kesimpulan yang bakal dikeluarkan dari otak bijak itu.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now