Bab 23

520 35 9
                                    

Untuk kali ke 10, Areana menoleh memandang wajah Han. Namun, lelaki itu langsung tidak menoleh memandangnya. Han sangat segak dalam baju kemeja putih lengan panjangnya dan seluar hitam. Tidak lupa juga tali leher berwarna merahnya dan kasut bekerja. Memang sah-sah dari office. Timbul rasa serba salah dari benak hatinya.

Han mengimbau pakaian Areana yang agak berstyle. There's must be punishment.

    Areana berjalan beriringan dengan Han di pasar raya tersebut manakala Han membawa troli. Tangan Areana mencapai segala jenis bahan masakan yang diperlukan.

    "Awak suka ayam ke daging ke kambing?" Soal Areana dengan penuh ceria. Mereka berhenti di hadapan tempat makanan proses. Han memandang wajah Areana lama. Anak mata hazel itu ditenung.

    "Hello, Han?" Soal Areana sekali lagi. Sebenarnya dia lebih malu ditenung sedemikian oleh Han di khayalak ramai.

    "Aku suka kau." Ujar Han tidak beriak. Nada yang tidak ada keterujaan. Areana terus mengemam bibirnya sembunyi senyum. Dia menoleh dari menghadap wajah Han. Tangannya mencapai daging kemudian ayam. Tak cukup itu dia mencapai juga kambing.

Dia sendiri tidak perasan dia mengambil tiga jenis makanan proses itu. Malu sangat bila Han membuat pengakuan sebegitu.

Han mengerutkan dahinya melihat tangan halus itu mencapai banyak jenis makanan. Han menolak troli itu ke arah kaunter pembayaran. Banyak mata memerhatikan pasangan tersebut.

Orang yang menjaga kaunter pembayaran itu tersenyum manis melihat Areana yang berusaha mengeluarkan bahan-bahan di dalam troli.

 

   "Tua moglie? Tu e lui siamo una grande coppia? Tua moglie è molto carina," Soal wanita separuh abad itu sambil tangannya meletakkan barang di dalam plastik beg. Han memandang wajah perempuan itu.

(Isteri awak ke? Awak dan dia sangat padan.

    "Hm," jawab Han senada.

Wanita itu tersenyum. Selepas sahaja membeli barang Areana terus menerpa ke bahagian kereta Han.

    "Tak pe ke. Kereta Bugatti Chiron ni." Soal Areana takut-takut.  Kalau beli bahan kering tak apa lagi. Ni beli barang basah yang mempunyai pelbagai bau. Wajah Han dipandang lama. Kemudian anak mata hazel itu beralih pada tangan Han yang membawa 3 plastik beg yang penuh dengan barang.

Banyak sangat jeritan perempuan yang memandang Han bahkan ada juga yang menjerit melihat kereta Buggati Chiron itu berada di jalan raya.

    Han tidak menjawab sebaliknya dia membukakan pintu kereta untuk Areana. Areana meloloskan tubuhnya ke dalam kereta.

Han mengeluh kasar kemudian plastik beg itu diletakkan di tepi jalan. Memang tidaklah makanan macam ni nak bawak dalam kereta puluhan juta dia.

Kaki Han dibawa masuk ke dalam kereta lalu dia menekan pedal minyal.

Areana mengerutkan dahinya.

    "Mana barang tadi?" Soal Areana hairan.

Han seperti biasa tidak akan menjawab sebaliknya dia akan menayangkan wajah dingin. Areana memandang ke luar tingkap lalu sedar tidak sedar mereka berada di bahagian pusat membeli belah. Areana sudah menayangkan senyuman manis.

    "Kita nak jalan-jalan eh!" Soal Areana riang sambil matanya meliar ke arah ribuan orang di tengah-tengah shopping mall itu. Han tidak menjawab soalannya lagi. Tangannya dibawa merangkul pinggang gadis itu.

Kaki mereka dibawa ke dalam pusat membeli-belah itu. Mereka masuk ke dalam lift.

   "Awak malulah orang tengok." Bisik Areana apabila merasakan tangan Han mula cuba memasuki dalam baju Areana. Han tidak mengendahkan mata-mata yang sedang memandangnya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now