Bab 51

315 17 8
                                    

Aku memandang kosong ke arah awan yang kelihatan cerah sekali. Sesekali nafas aku dihela berat menandakan fikiran aku sangat serabut. Tinggal 20 minit lagi, aku akan kembali kepada hidupku yang asal. Areana Humaira yang polos dan kesayangan Zaleha. Seketika aku termenung mengenangkan diri yang dibelenggu masalah.

"Perlu ke you buat ni Areana! You are not Elbro anymore. Han dah korbankan separuh hidup dia. Kenapa you tergamak tinggalkan dia! Kenapa dengan you Elbro." Hambur Nayla dengan lantang semasa mereka bertemu mata.

   "Apa pun yang kau fikirkan tentang kami, Frenchie. Kau salah. Kau amnesia dan semua tanggapan kau tu palsu."  Jelas Ryan dengan nada kelat. 4 pasang mata bertemu dengan mata aku. Pagi hari yang sungguh berat dalam hidup aku.

    "Saya mimpi, saya sakit. Ini semua bukan main-main. I know about it! Otak saya proses lebih laju dari awak semua." Ujar aku dengan lemah. Siapa yang boleh merasai kesakitan di kepala aku tatkala aku merasainya dengan nyawa yang terasa terumbang-ambing?

Wajah Jason cukup kelat. Aku hampir menitiskan air mata. Kalau tidak disebabkan lelaki ini sudah lama aku hidup bebas. Han's? Pergi mampus dengan gelaran haram.

   "Kau sure nak balik jumpa tokma? Nak teruskan fantasi yang kau anggap realiti?" Soal Jason dengan serius. Matanya menatap anak mata coklat cair aku dengan tajam. Rahangnya nampak diketap.

   "I'll leave, and I'll never come back." Ujar aku dengan kasar lalu aku pergi meninggalkan mereka di ruang tamu. Chandelier sebesar 1 kaki itu menjadi saksi di mana aku tidak akan kembali. Sumpah, takkan pernah aku jejak rumah itu. Sekali pun berhubung dengan mereka.

Selangkah kaki aku pergi, suara tangisan Nayla mula pecah. Aku tidak betah menoleh, biarlah semua ini menjadi sejarah dan kenangan.

    "Areana, okey tak?" Soal Danish dengan sebuah senyuman payau. Seperti biasa Danish segak dengan kemeja putih lengan panjang dan seluar slack hitam. Namun, sempat aku mengimbas lengan Danish. Walaupun Danish kacak bergaya, Han lebih jauh segak dari Danish. Cakap pasal kemeja lengan panjang, Han tidak pernah lupa melipat kemeja lengan panjangnya hingga ke siku. Terserlah urat dan ototnya di situ.

Apa kau fikirkan Areana!!

   "Woi, kau pahal cemberut. Aku tanya ok ke tak?" Soal Danish mematikan lamunan aku yang berpanjangan. Aku memandang ke arah anak mata hitam pekat itu.

Aku diam terkaku. Bukan kerana terpegun melihat dia, tetapi aku terpandangkan keningnya. Kenapa aku teringatkan Han?

Ya Tuhan, kenapa berat sangat aku mahu mematikan nama Han di hati aku. Kenapa susah sangat aku mahu melupakan Han. Kenapa Han tidak ada di sini saat aku meninggalkan dia? Jadi betullah, dia hanya sukakan aku kerana nafsu?

   "Woiii! Sedar sikit boleh tak?!" Sergah Danish dengan lebih kuat hingga membuatkan aku terkejut.

   "Why Areana? Apa yang kau fikirkan ni?" Lembut saja intonasi suara Danish di saat aku menghela nafas dihujung ayatnya.

Aku masih mendiamkan diri. Aku tidak mahu rasa terkesima sekiranya aku perlu tinggalkan Danish. Hanya Danish saja yang sudi menghantar aku pulang ke bumi Malaysia. Yang lain pula menentang aku dan menghalang aku dari pergi.

    "Kita nak landing ni. Amik gula-gula." Ujar Danish sambil memberikan gula-gula berperisa strawberry. Aku membuka balutan plastik gula-gula dengan lemah. Hampur saja air mata aku menitis melihat keprihatinan Danish.

-

Perlahan-lahan kaki Jason menapak ke arah sebuah bilik yang mempunyai pintu kayu jati yang berukiran itu. Tangan Jason teragak-agak mahu membuka pintu tersebut. Jason menghembus nafas kasar.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now