Bab 50

488 18 0
                                    

"Senang cakap, Farhan tu anak angkat mak." Nada Zahrah kedengaran tenang dan sangat perlahan. Tiada tanda-tanda yang dia akan mengeluh.

Aku memandang wajah suci bersih wanita separuh abad itu. Apa yang dimaksudkan dengan anak angkat?

   "Eh, kamu ni! Janganlah pandang mak macam tu." Tegur Zahrah dengan nada bergurau. Jelas ketawa wanita itu dibuat-buat.

Aku tersenyum tawar dengan tingkah Zahrah yang kurang menyenangkan. Kenapa dia perlu bicara tentang Han jika dia sendiri tidak selesa berbual tentang anaknya. Anak-angkatnya?

    "Kamu nak tahu tak rahsia Farhan?" Soal Zahrah dengan senyuman manisnya. Aku menggigit bibir menahan rasa. Hati aku kuat mengatakan 'ya' tapi separuh lagi keegoaan aku berkata 'Tak!'.

   "Boleh juga," akhirnya jawapan itu muktamad dan sekali gus menghadirkan senyuman yang sangat manis pada wajah yang masih cantik biarpun sudah berusia.

Zahrah bergerak meninggalkan Areana dengan langkah tergesa-gesa menuju ke kamarnya. Aku memandang 'mak' yang terkoncoh-koncoh mengambil sesuatu.

Pandangan aku terhala pula pada sebuah kitab suci di atas meja. Sungguh sayu hatinya mendengar alunan ayat suci yang terbit di bibir Zahrah.

     "Bismillahirahmanirahim," tutur aku dengan lembut sambil tangan menyentuh lembut permukaan kulit Alquran tersebut. Terasa renjatan berada di seluruh tubuh. Renjatan perasaan sayu dan kesal.

Sudah bertahun lamanya dia tidak sujud di atas sejadah. Ada kalanya terdetik juga hati dia untuk kembali melutut pada Ilahi apabila melihat Tokma menangis meminta pertolongan dari yang Esa. Tapi, imannya tidak seteguh besi, tidak juga serapuh biskut.

    "Assalammualaikum, ni mak ada bawa album." Tegur Zahrah yang kembali ke ruang tamu tersebut bersama beberapa buah album. Nampak seperti Album Gambar.

Aku tersenyum manis sambil menarik tangan dari menyentuh alQuran tersebut.

   "Ya Allah, penat betul naik tangga. Budak Farhan ni bukan nak duduk kampung sangat. Sibuk sangat kerja dia. Nanti yang naik turun lif ni mak dia jugak. Dia duduk tingkat bawah tak apalah." Omel Zahrah dengan punggung yang dilabuhkan ke atas kerusi. Mengah selepas menaiki lif, walhal naik tangga lebih memenatkan.

Dalam tidak sedar Areana mengukir senyuman yang ikhlas. Timbul lesung pipit di pipinya.

    "Okey kita mula dari sini, ini album pertama Farhan." Ujar Zahrah dengan lembut kemudian dia menolak album itu kepada Areana.

Entah mengapa, dadanya terasa sesak dan sempit. Bayangan yang menghantui dirinya mucul kembali.

Bayangan jari jemari runcing yang sedang mengusap sekeping gambar. Terasa urat yang berada di dalam kepalanya sedang berselirat. Pening!

   "Ouch," bisik Areana dengan nada tertahan. Zahrah yang mendengar suara Areana terus mengusap belakang gadis itu dengan perlahan.

   "Kalau nak sembuh, lawan balik. Insyaallah kalau kita selalu berdoa, Allah akan kabulkan doa kita. Kita boleh ingat balik apa yang kita tak ingat." Seperti tahu-tahu saja yang dia sedang mengalami kesakitan di tahap maksimum. Nafas ditarik dan dihela kasar. Tangan aku digagahkan juga untuk membuka helaian kertas album yang pertama.

Hanya satu saja perkataan yang mampu menghuraikan keadaannya sekarang. Tercengang.

Zahrah sembunyi senyum melihat Areana yang tidak lepas dari memandang wajah anak lelakinya. Sungguh, dia tak terduga muka surat pertama album ini ialah wajah Han yang sedang tepat memandang dirinya. Eh, memandang kamera bersama tubuh yang tersarung tuxedo kelabu yang cukup membuatkan imannya goyah.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now