Bab 46

383 23 2
                                    

Areana melangkah turun tangga dengan langkah yang penuh berhati-hati. Kelihatan susuk tubuh Nayla yang sedang berpaling menghadap Jason. Timbul rasa kasihan melihat tubuh-tubuh yang berbalut dihadapannya. Qayyum, Danish, Luke masing-masing tubuh dibaluti kain. Mengikut firasat, pasti mereka telah diburu semasa berada di rumah usang di bumi Itali milik Zahrah.

  Ke mana kah wanita separa abad itu berada? Kali terakhir dia nampak wanita itu adalah semasa dia menghulurkan kain batik untuk dipakai.

    "Okey, let's start the new day. Welcome to safe zon Canada, Areana or we should address you Elbro." ujar Ryan dengan wajah berseri apabila melihat susuk tubuh Areana yang melangkah turun dan menjejak tanah bumi Canada. Automatik mata-mata itu memandang ke arah Areana kecuali sepasang anak mata gray yang sangat cantik itu.

Areana memandang ke arah Elliana yang memaut lengan Eyden kemudian matanya memandang pula ke arah Qayyum yang ralit memerhatikan dirinya dan matanya singgah pada Danish yang memandang ke arahnya dengan pandangan sujar ditafsirkan. Dan ada susuk tubuh seorang lelaki yang nampak kusut, dan seperti tidak pernah dilihat oleh Areana. Luke yang berdiri disebelah Han juga dipandang sekilas. Han sedang menyalakan sebatang rokok dan disuakan pada bibirnya yang berwarna merah. Nampak gaya Han jarang merokok, cuma merokok mungkin bila dia .... tertekan?

Areana tidak berminat dengan pandangan yang sedang dilihatnya, dia lebih gemar memandang ke arah lelaki yang telah menghancurkan kepercayaannya. Lelaki yang sangat maskulin, penuh dengan aura yang mampu menjatuhkan para wanita dan mempunyai bentuk fizikal yang sangat mengiurkan para Hawa.

Tetapi kenapa dia menjadi insan masa tempias nafsu seorang kaum Adam?

   "Beauty dah bangun. Beast dia mana?" Sampuk Danish dengan kening terangkat. Areana mempamerkan reaksi kosong dengan anak mata hazel yang disimbahi sinaran matahari. Pupil serta iris matanya jelas sekali kelihatan apabila terkena cahaya matahari menyebabkan matanya tampak begitu menawan. Bahkan, permukaan kulitnya juga kelihatan keemasan seperti wanita teranggun pada abad ini.

   "Danish, jangan nak buat lawak bodoh." Tegur Elliana dengan lembut. Danish terus memalingkan wajahnya menghadap Elliana lalu dia tersengih sumbing.

   'Susah betul kalau ada orang alim ni. Warak sangat.' Omel Danish dalam hati dengan muka mempamerkan wajah tersenyum kelat. Areana menapak perlahan ke arah sekumpulan itu lalu matanya masih lagi menunggu sepasang mata Gray itu merenung ke arahnya tanpa berkelip seperti dulu. Namun hampa, Han tidak langsung menyapa dirinya mahupun memandang sekilas dirinya.

Ryan memandang Han yang masih lagi leka menghembuskan kepulan asap ke udara tanpa menoleh memandang ke arah sesiapa. Rahangnya tampak diketap manakala matanya tajam memandang ke arah hamparan dataran kosong di hadapan.

Ryan memandang tubuh Areana sekilas kemudian dia tersengih.

   "Hurry up baby, time is precious. Watch out, nanti jatuh tangga." Ujar Ryan dengan nada separa menjerit.

Automatik mata-mata mereka yang ada di situ menoleh memandang Ryan. Jason dan Luke membulatkan matanya.

"Holyshit- Fuck you, Ryan." Monolog Jason dengan wajah yang tidak percaya.

   "Double, Fuck." Balas Luke dengan cemuhan.

   "Kalau you tak mati confirm mampus." Nayla dengan gigi yang diketap. Timbul rasa menyampah dengan Ryan.

   "Nuts, masalah betul everyone ni." Bebel Nayla dengan kerutan di dahi.

Eyden dan Elliana pula kelihatan tersentak dengan panggilan Ryan. Mata mereka singgah pula pada Han yang tampak tenang dengan kepulan asap dan wajah seriusnya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now