Bab 24

473 31 2
                                    

"Tutup mata kau. Dan nikmati detik-detik indah terakhir kau." Ujar Malik dengan sebuah senyuman misteri di bibirnya. Sekujur tubuh Zaleha yang basah dek darah pekat mengeluarkan bau hanyir di setiap pelusuk gudang itu.

Ashraf datang membawa sebuah peti besar lalu dia letakkan peti itu di sebelah Malik.

   "Ini refrigerator yang tuan mahu." Ujar Ashraf dengan wajah beku. Malik memandang wajah Zaleha yang seperti tidak akan memberikan reaksi lagi.

    "Hello bitch, kau tak nak bagi kata-kata terakhir ke sebelum jumpa tuhan?" Soal Malik dengan senyuman manis. Tangannya yang memegang sebuah parang tajam bergerak menoreh tubuh Zaleha. Beberapa hirisan daging Zaleha jatuh menghentak permukaan lantai.

    "ARGHH!! YA ALLAH! ARGHH!!!" Zaleha menjerit dengan kuat sehingga kotak suaranya hampir pecah. Betapa sakitnya melihat daging di bahagian lengan terputus dan menampakkan tulang.

Malik tersenyum puas melihat deraian air mata tua itu. Senyuman di bibir tuanya menyerlah.

"Segar darah kau, walaupun dah tua." Ujar Malik dengan pelat. Zaleha menangis teresak-esak sambil bibirnya mengucap dua kalimah suci. Terasa seperti nyawanya bakal dicabut tidak lama lagi. Sudah berbulan dia terseksa.

Apa salah wanita tua seperti dirinya?

"Open the door," arah Malik sambil tangannya menghayunkan parang berulang-ulang kali pada bahagian peha kecut Zaleha. Dia adalah manusia yang paling zalim.

   "Argh! Allah! Ya Allah! ARGHH!!!" Sedang leka Zaleha menjerit menahan keperitan, Malik mengarahkan Ashraf untuk melepaskan gantungan tubuh Zaleha di syiling.

   Tubuh Zaleha jatuh di atas mozek yang dipenuhi darah kering dan ada juga darah segar. Zaleha tidak mampu bangun kerana hampir keseluruhan tubuhnya lumpuh. Organ badannya juga tidak mampu berfungsi dengan baik.

Malik tunduk menghadap Zaleha.

   "Aku seksa kau supaya dosa kecil kau tu terhapus. Dan aku akan bawa kau berjumpa dengan anak kau. Kau pasti rindukan dia." Ujar  Malik sambil tersenyum manis. Serta merta pintu peti sejuk itu dibuka oleh Ashraf.

Mata Zaleha dibuka perlahan memerhatikan peti sejuk itu dibuka.

"YA ALLAH!" Jerit Zaleha dengan kuat sebelum tubuhnya diheret masuk ke dalam peti sejuk tersebut.


-





"Thank you." Ujar Areana perlahan sambil tangannya membuka kotak jenama apple itu dengan sebuah senyuman. Anak matanya memerhatikan iPhone berwarna merah itu. Cantik dan sangat seksi. Han memerhatikan wajah Areana yang tampak teruja.

   "Kau suka iPhone?" Soal Han sambil tangannya memeluk tubuh sambil matanya memandang wajah teruja Areana.

   "Suka! Dah lama saya nak beli." Jawab Areana sambil tangannya membelek aplikasi yang ada di dalam iPhone itu.

   "Camera dia mesti lawa. Jap test." Areana menekan beberapa kali butang yang berada di bahagian bawah itu lalu beberapa keping wajah Han yang sedang merenungnya.

Areana tersengih sambil tangannya melihat gambar tersebut. Wajah Han yang tegang dan serius sedang memandang ke arahnya dengan tajam. Rambutnya messy dan anak mata kelabunya menjadikan dia sangat perfect dari segi fizikal.

   "Kau suka Ryan ke?" Soal Han secara tiba-tiba. Wajahnya sangat serius dan dingin. Tiada sinaran hendak bergurau di dalam anak matanya. Areana sembunyi senyum.

   "Kalau ya?" Cabar Areana dengan licik tangannya merakamkan video. Anak mata Han menikam wajah Areana. Dia merenung wajah Han yang masih beriak dingin. Areana tersenyum sinis sambil anak matanya merenung wajah Han.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now