Bab 55

373 20 2
                                    

Kelopak mata itu terbuka sedikit namun kembali terkatup apabila merasakan bebanan yang tinggi. Sekali lagi dia kembali mencuba membuka kelopak mata dan berjaya. Matanya memerhatikan suasana bilik yang sangat malap. Tiada cahaya matahari, barang kali waktu malam. Aku sedang berbaring di atas permukaan lembut. Mungkin katil.

   Areana mengerutkan dahinya, adakah aku tidak bermimpi waktu ini?

Dia mengingati semula perkara yang baru terjadi. Ya, aku mengalami kesakitan tahap dewa sampaikan aku lunyai dek ditelan memori sendiri. Tiba-tiba kepala aku terasa berdenyut sekali. Aku mengangkat tangan memegang kepala yang terasa berpinar. Aku mengerutkan dahi dengan kuat untuk menghilangkan kesakitan. Aku terlalu banyak berfikir.

   "Buruk gila muka. Kau okey?" Tegur seseorang dari sudut bilik sekali gus menyentakkan Areana dari terasa perit di kepala. Areana perlahan-lahan cuba duduk di atas katil namun hampa, dia terlalu lemah.

"Buruk gila nasib cantik. Bapak lembik kau ni." Kutuk Danish yang berjalan mendekati aku dengan wajah nakal. Dia tersengih hingga menyerlahkan sebaris gigi putih. Dia membantu aku untuk duduk di atas katil. Aku terasa seram melihat sengihannya. Hari aku dibawa Danish ke bumi Malaysia lelaki ini pernah ungkapkan bait-bait luahan hatinya. Kan?

  "Thanks." Ujar aku dengan lemah. Sempat Danish ketawa mentertawakan aku. Entah apa yang kelakar sangat.

Seketika suasan menjadi hening. Aku termenung memandang TV LCD yang besar itu. Danish pula setia berdiri di sisi katil.

   "Saya kat mana Danish?" Soal Areana dengan suara yang serak. Malu sebenarnya mahu beramah dengan Danish setelah apa yang Danish luahkan tempoh hari.

"Aku tunggu soalan tu dari tadi. Well, aku rindu kau yang ni. Home sweet Home. Welcome back Elbro." Ujar Danish dengan sengihan panjang. Aku mengerutkan dahi dengan bibir yang turut membalas senyuman. Aku mungkin tak faham tapi hati aku lebih memahaminya.

Sejenak aku memikirkan sesuatu. Han?! Di mana Han saat aku pengsan?

   "Aku nak turun bawah. Kau duduk sini diam-diam. Since kau dah sedar ni aku yakin kalau orang kacau kau. Kau boleh terajang dia." Ujar Danish sambil mengenyitkan matanya. Jantung aku berdebar kencang sekencangnya. Bukannya menandakan aku cair dengan kenyitan mata hitam pekat Danish tapi, jantung aku berkobar-kobar untuk menampar wajahnya.

Bagaikan diri aku mempunyai tenaga yang luar biasa sampaikan semangat berkobar-kobar mahu terajang lelako bergelar babi. Danish meninggalkan aku bersendirian di bilik besar tersebut.

-

Areana melangkah masuk ke dalam bilik air dengan tangan yang memeluk tubuh. Terasa dingin tubuhnya saat disapa angin sepoi-sepoi bahasa dari tingkap balkoni yang tidak tertutup.

Areana menderap kaki ke arah cermin besar yang tergantung pada dinding. Habis comot wajahnya selepas bangun tidur. Rambut yang serabai dan masih ada kesan-kesan tidur di wajahnya.

Seketika Areana merehatkan tubuhnya di atas kerusi di dalam bilik air seusai memberus gigi dan mencuci muka. Aku masih menunggu detik-detik berlalu.

Otak aku tidak pula terasa perit untuk mengingati memori bersama Han mahupun Frenchie buat masa sekarang.

   "Awak nak makan?"

   "Hm."

   "Makan steak ke nasi?"

    "Ha."

    "Awak nak makan dua-dua ke?"

    "Ok."

     "Cakap sepatah-sepatah. Cubalah cakap panjang sikit. Tak pun tanya saya balik." Areana merengek.

    "Hm." Dingin suara itu mengiyakan permintaan si gadis namun matanya masih terhala pada MacBooknya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now