Bab 25

501 28 10
                                    


꧁ HAN'S ꧂

- - - - - -

Areana merenung ke arah jendela. Pemandangan hijau yang sangat cantik, cantik seperti kali pertama dia menjejak kaki di rumah tersebut. Cuaca pagi di negara Itali sangat menenangkan jiwanya. Areana memandang ke arah beberapa ekor burung yang sedang berterbangan di hamparan kawasan halaman rumah Han. Areana melarikan pandangannya ke arah iPhone 11 yang berwarna merah menawan itu.

Tangan Areana naik memegang iPhone itu lalu skrin ditarik ke atas. Terpapar wajah Areana sendiri. Gambar itu ditangkap bulan lepas menggunakan telefon Nayla di dalam biliknya di Malaysia. Areana tersengih mengenangkan kejadian itu

Areana membuka contact di dalam telefonnya. Nombor pertama contact tersebut ialah, Han. Contact kedua pula ialah, Farriel Farhan. Contact ketiga ialah, Han Ian.

Areana tersenyum melihat nama yang berbeza cuma penggunaan nombor yang sama. Orang yang sama kekacakan dan sama personaliti.

Contact keempat ialah Danish. Lima ialah Nayla. Dan seterusnya ahli-ahli Frenchie.

Areana tersenyum hampa apabila otaknya mengenangkan Han yang tiba-tiba tidak mengendahkan dirinya bahkan dia juga tidak pulang ke rumah langsung selama 2 hari. Tangan Areana bergerak membuka aplikasi you tube di dalam iPhone itu. Sekurang-kurangnya lagu dapat menghilangkan kebosanan hidupnya.

We let the water rise,
We drifted to survive,
I need you to stay,
But I let you drift away,

Areana mengeluh perlahan mendengar bait-bait lagu tersebut. Rindu pada sebentuk wajah yang sangat tampan itu tidak mampu ditahan.

My love where are you,
My love where are you.
Whenever you ready,
Whenever you ready,

Mata hazel itu terkatup rapat apabila sambil bibir merahnya bergerak sama menyanyi mengikut rentak lagu tersebut. Nyanyian Natalie Taylor, Surrender. Matanya kembali dibuka lalu dia memandang ke arah jendela yang terbentang pemandangan hijau tersebut.

"Tania," lembut saja suara Areana memanggil nama gadis yang akhir-akhir ini selalu berada dalam mimpinya. Automatik bibir Areana tersenyum apabila mengingati senyuman manis gadis itu. Walaupun dia tidak dapat mengecam sepenuhnya wajah itu.

"Tapi, kenapa Danish panggil Tania?" Soal Areana pada dirinya sendiri. Dia menggigit hujung bibirnya lalu nafasnya dihela berat. Kata-kata Danish dalam keadaan mabuk kelmarin sangat meninggalkan berjuta persoalan dalam dirinya.

Areana menyandar lemah tubuhnya di atas kerusi. Tapi sebut sahaja nama Tania. Dirinya dihurung perasaan serba salah dan juga gembira. Senyuman manis gadis itu membuatkan mana-mana hati lelaki diluar sana cair.

Areana bangun dari kerusi lalu kakinya dibawa ke wardrobe. Sebuah dress berwarna cream dikeluarkan lalu tangannya mencapai minyak wangi, Chanel.

Siap menyarungkan dress pada tubuhnya beberapa kali semburan minyak wangi dikeluarkan mengenai tubuhnya. Tangannya juga cepat mengambil iPhone lalu diletakkan ke dalam tas tangannya.

Areana mengatur langkahnya ke arah pintu utama bilik tidurnya. Matanya memerhatikan keadaan legang di luar  bilik memandangkan sekarang ialah pukul 7 pagi. Harapakan Nayla, dia takkan bangun dari tidur selagi jam belum menjejak pukul 10.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now