Bab 10

588 25 2
                                    

*

I always wondering if you arent here,

*


Areana termenung sejenak melemparkan pandangan keluar tingkap yang terbuka luas yang dihiasi dengan pemandangan rumput hijau dan angin yang sepoi-sepoi.

Macam mana pemilik tuan rumah ini begitu suka dengan halaman rumah yang luas seperti ladang lembu? Dekorasi rumah juga tidak begitu padat just nice sahaja. Simple but gorgeous.

Pemandangan dari loteng ini sungguh mendamaikan dirinya yang dibelenggu masalah.

"Haih," Areana tersenyum manis mengenangkan memori bersama tokmanya. Apa agaknya tokma buat? Pasti dia risau sangat-sangat dengan ketidak khabarannya. Sedang sakitkah wanita itu? Sarah pula macam manalah agaknya. Kelas Prof Iman pula berlanjut macam mana. Sudahlah hutang PTPTN itu bertimbun tidak dibayar lagi.

Argh, kusutnya otak sekarang.

Areana terus menutup jendela yang menghiasi loteng itu. Tempat tarikan di loteng ini hanyalah jendela yang mampu mempamerkan halaman hijau saja, kalau tidak wujudnya tingkap itu mana mungkin dia akan memijak loteng tersebut.

Begitulah rutin hariannya dalam tempoh 5 hari ini. Makan, tidur ulang alik ke loteng dan membaca novel. Paling seronok pun berborak tentang artis tempatan bersama Suzzy.

Areana berjalan pergi ke arah biliknya namun saat kakinya lalu pada bilik kerja. Matanya tertancap pada meja kerja tersebut.

Niatnya hendak masuk ke bilik terbatal apabila melihat sebuah fail yang berada di atas meja itu.

Senyuman manis menghiasi bibirnya yang lembap itu. Timbul idea nakal di benak fikirannya.

"Gosh, what the hell i tak nampak benda ni." Areana membelek muka depan fail hitam tersebut. Tangan runcingnya memegang lembut fail itu lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu.

'Farriel'

Nama yang unik tapi adakah nama seindah rupa tuannya? Hell, just forgot about him. Han pun kau tak pernah jumpa.

"What's up Farriel." Areana tersengih sambil tangannya melambai ke arah fail tersebut. Kalaulah fail ada mulut dan mata sudah tentu fail itu akan ketawakan dirinya yang sedang berinteraksi seorang diri serupa orang gila.

Jarinya menyelak satu persatu halaman muka surat itu. Penuh dengan nombor dan penuh huruf tandatangan. Fail apa ni?

"Bosannya fail ni! I really sure your owner will be bored person such as you," Areana menolak fail hitam itu jauh darinya. Bosan betul fail yang tiada gambar. Kaki Areana dikuiskan pada karpet yang dia sedang memijak.

Tubuh Areana disandarkan pada kerusi dengan malas. Matanya memerhatikan tv yang tidak pernah dihidupkan sepanjang 5 hari dia berada di sini tapi tidak pula berhabuk. Rajin betul Suzzy membersihkan bilik dengan sebersih-bersihnya.

Areana memerhatikan pula pada lukisan pistol. Nampak macam pistol tembak jarak jauh or sniper.

Iris matanya mengecil melihat sebuah huruf f berangkai yang amat menarik perhatian. Matanya difokuskan memandang badan pistol itu.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now