Bab 40

424 22 4
                                    

"Biar aku mati, jangan Elbro yang mati. Harapnya tak mati lah." Ujar Danish dengan berani lalu dia memijak bahagian hadapan lomborghini kemudian dengan ganasnya Danish melibaskan pisau lontar pada kepala musuhnya. Jason pula menembak beberapa musuh di hadapannya tanpa belas kasihan. Darah tidak henti-henti membanjiri kawasan tersebut malahan makin ramai nyawa yang hampir melayang.

Nayla di balik busut itu bergerak mencari figura Danish namun belum sempat dia berdiri tubuhnya disepak kuat pada bahagian bahu dan Nayla terus terjatuh keluar dari semak.

    "Argh!" Jerit anak buah Xyrax yang terkena tumbukan serta splash kick dari Danish. Namun, sebuah lagi tembakan dilepaskan pada arah pertempuran itu dan terkena tepat lengan Danish.

   "Fuckkk!!!" Maki Danish dengan kuat apabila merasakan tangannya semakin lemah dan sakit. Luke memandang sekilas beberapa orang yang berkerumun ke arah Danish dan ada juga yang telah menendang bahagian perutnya hingga membuatkan Danish melutut di atas tanah.

   "Danishhh!!!" Luke melepaskan beberapa das tembakan lalu dia menghampiri ke arah Danish yang mengerang sakit.


Buk!


Sebuah sepakan dari anak buah Xyrax terkena tepat pada kepala Luke.

   "Damnn!" Maki Luke pula apabila merasakan kepalanya berpinar-pinar. Fikirannya seakan-akan menerawang ke fantasi. Sakit bukan kepalang apabila otaknya bergegar akibat sepakan yang sungguh dasyat itu. Luke jatuh menyembah bumi dengan tangan yang memegang kepala.

   "Ramai sangat, kita tak boleh survive! Kalau setakat anak ayam Drace aku boleh lagi." Jerit Jason sambil menghalakan penumbuk yang cukup kuat pada wajah seorang lelaki yang menghampiri dirinya. Makin menusuk rasa tangan kanannya yang ditembak tadi. Luke masih lagi dalam keadaan pening dan secara tiba-tiba perutnya dipijak oleh seseorang.

    "Arghhhh!!!!" Luke memegang perutnya yang terasa senak.

"Sial bastard!!" Maki Danish apabila tubuhnya ditarik lalu dicampakkan pada Lamborghini milik mereka. Bahagian cermin hadapan kereta itu retak setelah siku Danish selamat menghentak permukaan tersebut.

Seorang lelaki membawa kayu panjang menerpa ke arah Danish dengan wajah basah dek peluh. Tubuh Danish sudah pun berlumuran dengan darah.


"Happy birthday." Ujar lelaki itu.


"Kepala hotak kau birthday aku!" Maki Danish lalu dia meludah pada salah seorang lelaki Xyrax. Lelaki itu lalu dengan kuat dia menghayunkan kayu itu pada perut Danish kemudian kayu itu dipulas-pulaskan pada permukaan perut Danish hingga menggesel dan terkoyak.

"ARGHHHH!!" Jerit Danish dengan perasaan penuh azab. Mulutnya memuntahkan cecair likat merah dan juga kepalanya terasa pening dan semakin memberat.


Pangg!


Sebuah hayunan besi diberikan pada batang tubuh Jason tapi sempat dia menahan hayunan itu.

    "Damn!! Sakit sial!" Maki Jason lalu dia merampas besi panjang itu lalu dia terus melibas 3 tubuh anak buah Xyrax serentak. Matanya memerhatikan pula kedudukan Danish. Kini, sasaran utama Xyrax ialah Danish.

Danish berada di atas kereta Lamborghini dan dikerumuni lima orang anak buah Xyrax.


Dari jauh anak mata seseorang sedang memerhatikan gerak geri Frenchie dengan pandangan sungguh dingin.

    "Get out from my way!" Hambur Jason kemudian dia melibas basi itu pada kepala seseorang hingga membuatkan bunyi dentuman yang kuat dan mengalirkan cecair merah yang likat.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now