Bab 42

387 26 2
                                    

Pramugari itu terus memainkan peranan membuatkan Han bermain mengikut rentaknya. Matanya melihat pula susuk tubuh Han yang sangat tegap dan cerah, makin galak hormon di tubuhnya mahu dirembeskan.

Baju kemeja hitam milik Han dicampakkan ke atas meja lalu dengan perlahan dia merapatkan tubuhnya pada pramugari tersebut. Dengan cekap sekali, gadis itu membuka vest berwarna biru tuanya lalu terserlah baju kemejanya yang berwarna putih. Tambahan pula pakaian dalam yang dipakainya boleh dilihat di atas permukaan baju kemejanya. Gadis itu memegang bahagian dada bidang Han lalu debelah lagi tangannya membuka baju kemejanya. Haruman romeo Han benar-benar membuatkan dirinya agresif dan hanyut.

Baju kemeja putih milik gadis itu melorot jatuh pada bahunya dan menyerlahkan bahagian dadanya yang masih dilitupi pakaian dalam. Han memandang ke arah wajah gadis itu dengan sangat tajam dan tiada reaksi yang boleh dihuraikan dengan situasi hangat tersebut.

Gadis itu menggigit bibirnya lalu sebuah kucupan diberikan pada pipi Han.

    "I am ready." Bisik gadis itu dengan penuh sensual.

    "Shit." Balas Han dengan kasar lalu dia bangkit dari menindih tubuh gadis itu. Wajah diraup lalu tangannya menggosok rambutnya dengan kasar.

    "Damn it!" Maki Han dengan suara yang lantang lalu dia menyepak meja kaca tersebut. Terhinjut bahu gadis itu apabila melihat Han yang mengganas.

Anak mata kelabu yang sangat menawan itu terus berubah menjadi anak mata yang penuh dengan kemarahan dan ketegangan.

Tanpa sebarang kata, Han terus berjalan meninggalkan ruangan tersebut. Gadis itu terus terkelu lidah apabila merasakan dirinya cuma tepuk sebelah tangan.

    "Oh, pramugari kat jet ni memang seksi ke? Maaflah, aku rasa Han tak bagi pelacur kerja dengan dia. Ye ke?" Soal Ryan yang baru saja tiba di bahagian ruangan tersebut. Wajah gadis itu terus berona merah menahan malu. Dengan perlahan dia mengangkat bahagian bajunya yang terlorot.

   "Siapa menjerit tadi? Terkejut gila babi." Ujar Ryan dengan selamba lalu kakinya dibawa mendekati gadis itu. Tangannya mencapai botol Champagne itu lalu dia memandang pula gadis itu. Matanya memandang ke arah botol Champagne itu dan sekali lagi matanya memandang gadis itu.

    "Aku tanya siapa yang jerit tadi?" Soal Ryan dengan nada keras. Gadis  itu terus mengambil vest untuk menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

   "Mr Han." Ujar gadis itu takut-takut. Wajahnya masih berona merah manakala hatinya masih terasa malu dan segan pada Han dan Ryan. Mana pergi maruahnya? Kenapa dirinya terasa seperti bodoh sekali apabila dapat melihat keindahan ciptaan tuhan yang satu itu.

    "Vuole che tu sia quello che vuoi che sia?" Soal Ryan dengan sengihan sinis. Botol Champagne itu diletakkan ke atas meja dengan perlahan.

(Dia nak kau ke kau yang nak dia?)

  "Vuole fare sesso con me!" ujar gadis itu dengan takut lalu dia terus berlari meninggalkan ruangan tersebut tanpa menoleh memandang Ryan.

(Dia yang nak lakukan sex dengan saya!)

   "Weird." Balas Ryan dengan kening terangkat. Matanya memandang pula air haram yang diteguk Han. Tangannya membelek botol Champagne itu dengan teliti.

   "Oh bitch. Mampus lah kau Han." Ryan terus berlari mendapatkan seseorang yang digelar prof.


-


"Lawan balik Areana." Ujar Nayla dengan wajah yang bersungguh-sungguh. Areana menekan bahagian kepalanya yang terasa sakit lalu dia memejamkan matanya untuk mengumpul kekuatan.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now