Bab 62

304 7 3
                                    

Sunyi di malam hari membuatkan si dia merenung pada masa hadapan. Berkali-kali dia cuba menepis benak fikiran yang menghantui dirinya. Tiba sahaja dia di hadapan bilik yang terbuka luas pintunya automatik langkahnya terhenti.

Terkadang Han merasakan bahawa hari esok akan menjadi hari terakhirnya di bumi nyata ini. Matanya itu di alihkan pada tubuh si isteri yang sedang lena diulit mimpi. Entah kali ke berapa dia memandang wajah isterinya tetap sahaja hatinya berdetak laju biarpun dia sehabis baik menunjukkan riak wajah serius.

Perlahan kakinya dibawa ke dalam bilik lalu kepala Areana diusap lembut. Menjadi rutin dia untuk memeriksa keadaan isterinya.

"I won't leave you this time, red cheek. I promise." Ujarnya lembut sambil mencium dahi Areana. Setelah itu kakinya mula mengorak langkah ke tempat yang menjadi sebahagian bilik tidurnya. Hilang tubuhnya namun masih bersisa baki haruman wangian Han.

Keluar sahaja Han daripada bilik tidur mereka, Areana mencelik matanya luas.

"Make sure you keep your word, abang." Balas Areana dalam keadaan sedih. Malu juga dirinya menggelarkan 'abang'.


-


"Lambat betul kau isi peluru. Orang tak refill cam kau ni. Harap je orang kanan Han tapi lembap." Ujar Ryan dengan muka yang sengaja dimaniskan. Namun, tiada balasan daripada Danish. Matanya fokus memandang ke arah papan di hadapannya. Aturan nafas seiring dengan tindakan kawalannya. Hilang sisi nakal Danish buat seketika.

"Hoi. Kau jangan serius sangat." Balas Luke sambil menghembus kepulan asap rokok. Daripada jauh dia memerhatikan wajah Danish yang tidak ada tanda-tanda untuk dia bergurau.

"Kau takut mati ke babi-"

"Aku tak nak Han atau Areana mati." Balas Danish sepintas lalu sambil tangannya melepaskan picu dan menembak tepat pada orang-orang di hadapannya. Terserlah kemahirannya dalam mengendalikan senjata api.

"All yours. But a small reminder, ajal pada tangan tuhan." Balas Ryan dengan tenang. Tangannya memeluk tubuh sambil memerhatikan kawasan padang yang terbentang luas. Jujur dalam hatinya mengatakan bahawa dia takut untuk menempuhi peperangan yang besar dengan jumlah mereka yang sikit namun setidak-tidaknya kematian mereka tidak sia-sia sekiranya Han dan Areana hidup.

"Kalau kau pandai berusaha mungkin Tuhan tukar takdir. Daripada kau duduk bebel macam orang tabligh baik kau practice." Balas Danish senada. Cukup mendalam dan mampu menggerakkan tubuh Ryan yang bersantai di posisi duduk di atas kerusi.

"Nice dho kau Danish. Nampak dah macam matang." Jerit Luke yang berdiri kurang beberapa meter daripada mereka.

Danish masih lagi ralit dengan latihan yang sedang dilaksanakan namun belum sempat dia mengambil peluru yang ke 8 bunyi telefon daripada kocek seluarnya memanggil-manggil. Cepat sahaja dia meraba kocek seluarnya lalu diperhatikan nama yang tertera.

"Yo Nayla. Kau malas sangat ke nak jalan sampai call-"

"She gained her conscious!" Jerit Nayla dengan suara yang nyaring bercampur ketakutan. Seperti jam berhenti berputar dan berlari pada landasan.

Detik-detik penentuan yang dinanti-nantikan Frenchie terutamanya Areana yang berdarah DrD. Sama ada keajaiban atau sebaliknya. Tidak tahu apa yang patut mereka rasakan pada ketika ini.

-

Areana menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Bagaikan tidak percaya penantiannya berakhir di sini. Wajah perempuan ini kurang bermaya namun masih ada serinya. Denyutan dikepala mula menguasai kawasannya.

Muncul haruman yang digemarai memberikan perasan yang tenang dan aman. Han muncul disebalik kerusi itu sambil tangannya menyentuh perlahan bahu isterinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now