Bab 4

652 25 0
                                    

"Tokma, Areana ada kelas hari ni. Hassan ada dekat ruang tamu. Makngah nak hantar Areana pergi kelas hari ni. Areana pergi dulu ye." Tangannya dihulurkan pada Zaleha yang sedang khusyuk berzikir di atas kerusi. Tangan tua itu dicium lama lalu dia tersenyum memandang neneknya.

Baru saja Areana hendak meninggalkan Tokmanya tiba-tiba tangannya disambar

"Area--na. Nanti...dengar cakap...tokma. Tokma dah tua. Tak larat nak jaga Areana. Nanti Areana ikut cakap dia. Dia lebih berhak." Zaleha mengusap kepala cucunya lembut. Penuh kasih sayang dicurahkan kepada cucunya. Tiada yang berani menyakiti dirinya. Namun esok pasti berubah.

Areana menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Apa tokma ni. Tiba-tiba je cakap merepek. Hahaha. Nanti balik karang Areana masak sayur labu dengan ikan keli berlada. Tunggu ye!" Ujar Areana girang kemudian pipi tokmanya dicium lama. Makin lama makin pelik tokmanya.Dia tersenyum ikhlas menampakkan lesung pipitnya. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan tokmanya.

Zaleha menghantar pandangan mata sayu kepada susuk tubuh Areana. Mulut sekali lagi terkumat-kamit berzikir. Yang dia tahu nyawanya akan ditarik tidak lama lagi. Lebih elok jika dia menambahkan amanlannya. Lambat laun semuanya akan terbongkar. Dan setiap sesuatu perkara yang berlaku.

Akan terbela kelak.

SELUAR jeans tiga sukunya dibelek sekali lagi sebelum melangkah menaiki kereta makngahnya Yati yang berjenama Viva biru. Jimat masa betul naik kereta rupanya. Jarang sekali aku naik kereta pergi universiti boleh dikira dengan jari tokma. Areana memandang makngah Yati yang fokus dengan pemanduannya.

Sempat dia membelek wajahnya di cermin kereta Makngah kemudian dia mendekati makngahnya lalu tangannya dihulurkan untuk bersalaman.

Masuk sahaja di lorong koridor beberapa ejekan dan cemuhan dilemparkan pada dirinya. Areana memandang pelik dengan semua orang.

"Bastard girl." Ujar salah seorang gadis berambut merah kepada rakannya.

Areana buat tak endah lalu dia berjalan ke arah lokernya. Buka sahaja lokernya beberapa plastik makanan dan cawan minuman kotor berada dalam lokernya. Tak cukup itu, terdapat beberapa boxer di dalam lokernya.

'Allien bodoh!' Teriaklah wahai hati. Tiada siapa akan dengar.

Tangannya menggenggam erat buku lima. Matanya fokus memandang almarinya yang bersepah dan melekit itu. Memang dajjal punya manusia.

"Look...look...look! Pelacur dah sampai! Hang on boys. Ikut giliran okey?" Ally muncul di belakang mereka bersertakan beberapa orang ahli mereka. Wajah mereka semua bengis dan ada beberapa orang yang sedang membuat muka ghairah.

Beberapa mata memandang ke arah mereka. Tak sampai hati hendak menolong. Dan ada orang lebih suka menonton. Drama free yang dianjurkan Ally jarang tidak membosankan.

"Hassan tu sepupu kau," Ally tersengih sambil membuat muke sinis. Matanya menjeling tajam wajah manis Areana. Huh gadis kampung tapi bermuka kacukan. Anak luar nikah duduk di tong sampah and dikutip orang. Pathetic!

"Takkan sepupu sendiri pun amik! Euw!" Provok Ally dengan lagaknya. Bibirnya mencebik melihat Areana yang langsung tidak terkesan dengan bebelannya.

Areana memalingkan wajahnya. Malas dia hendak melayan karenah sial Allien tu. Baik masuk kelas.

Bukunya diambil kasar dalam lokernya. Ally tersengih sebelum mengarahkan beberapa orang lelaki menyentuh Areana.

"Don't hurt her. Banyak lagi game nak main." Ujar Ally sambil tersenyum penuh makna. Lelaki bergelar Azral itu memegang lembut bahu Areana. Terjatuh buku notanya ke lant

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now