Bab 59

482 20 2
                                    

Terasa sejuk hujung jari jemari kaki yang tidak mampu aku buat apa-apa kerana persekitaran. Aku tarik hujung selimut, agar menutupi bahagian tubuh aku yang terdedah. Yang terdedah? Aku membuka mata luas. Terkejut dengan keadaan aku.

Aku memandang ke sebelah, tiada kelibatan Han. Sempat aku tersenyum di pagi hari. Dengan langkah yang cepat aku berjalan mengambil tuala untuk menutup tubuh. Kaki aku dibawa ke wardrobe. Sehelai jubah mandi disarungkan ke tubuh lalu kaki aku terus berjalan mendekati balkoni. Aku rasa tenang, apabila aku melihat salji.

"Fire!!!" Jerit seseorang dibalik pokok besar yang berada bertentangan daripada balkoni di mana aku sedang melihat pemandangan. Fire?

Belum sempat aku mengenal pasti punca suara, aku nampak susuk tubuh Han sedang berlari mengelak diri daripada diserang sesuatu. Aku automatik jadi cuak! Mengapa Han dan Danish berlari? Apa yang terjadi?

Sekelip mata, satu anak panah menembusi dada bidang Danish. Percikan darah, mula berada di permukaan salji. Seperti kehilangan nafas, aku tergamam.

"DANISHHH!!!!" Jerit aku dengan sangat terkejut.

"Areana! Run away!" Jerit Danish dengan lantang. Tangannya menarik keluar anak panah yang menembusi dadanya tetapi belum sempat dia mulakan langkah. Tubuh Danish terkulai di permukaan tanah berlitupkan salji. Aku nampak Han berpatah balik sambil menarik tubuh Danish. Aku nampak jelas wajah Uqasya di sana!!!!

Aku tahu, aku sedang menangis membayangkan jasad Danish itu hanya jasad semata-mata. Aku perlu larikan diri untuk terus hidup! Aku tertunduk dan menyebut nama Han dan Danish silih berganti.

Baru saja aku mahu berura-ura berlari keluar dari bilik, aku terasa kebas di bahagian perut.

Aku memegang perut aku dan warna merah likat melekat di tangan. Pedih dan perit bersatu. Aku ditembak di bahagian perut. Aku hampir pitam.

"Aarghh!"

-

"Sai cosa manca?" Dingin dan beraura kejam.

(Kau tahu apa yang hilang?)

Steven menggelengkan kepalanya. Tangannya dibawa rapat ke belakang tubuh dengab mata yang memandang wajah Malik yang sunggul dan dingin. Walaupun berusia, aura dan tenaganya tidak ubah seperti usianya ketika muda.

"Cosa sai nella tua vita? Donne e sesso?" Sinis pertanyaan Malik. Tangannya memegang parang berwarna emas yang dilumuri darah.

(Apa yang kau tahu dalam hidup kau? Perempuan dan seks?)

Ikutkan hati, mahu saja Steven muntah hijau di bilik penghukuman itu. Ada lantai marmar cantik, tapi sayang darah hitam dan merah memenuhi ruangan. Entah berapa ratus orang yang terkorban dengan perbuatan zalim Malik.

Steven mengerutkan dahinya. Ikutkan hati, dia mahu membalas kata-kata orang tua itu tapi dia tabahkan jua hati. Silap hari bulan, kudung tangannya dipotong oleh parang.

"Asyraf...I found him at Malaysia with my daughter, Salenna." Sebaris ayat tapi cukup membuatkan Steven tersentak. Matanya dilarikan memandang sepasang mata Malik yang tersirat beribu dendam kesumat. Bagi Steven, dia menganggap datuknya hanya pesakit gila yang kaya raya.

Kaya tapi gila. Kasihan.

"Malaysia?" Soal Steven sekali lagi dengan aneh.

"So, what should we do? Rape? Or stay with other in fridge?" Tambah Steven lagi.

Wajah Malik tersirat beribu maksud. Matanya memandang sinis wajah kacukan di hadapannya.

"Bring the dead body here. Show time." Jerit Malik dengan gelak ketawa besar. Kakinya dibawa melangkah keluar dari bilik hamis itu. Macam mana orang tua ini boleh bertahan dengan bilik yang mempunyai darah berabad lamanya.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now