Bab 17

549 32 4
                                    

Areana memerhatikan wajah Han secara teliti. Han, lelaki yang mempunyai anak mata berwarna kelabu tetapi lebih kepada warna cahaya angkasa, berperwatakan dingin dan selama aku berjumpa dia, tidak pernah dia melembutkan wajahnya. Senyuman pun tidak pernah dia berikan kepada aku.

Jauh sekali untuk melihat dia ketawa. Dia seorang lelaki yang suka memberi arahan dan cukup benci mengulang ayat sebanyak 2 kali. Lelaki yang suka bercakap sepatah dua.

Dan dia seorang lelaki yang sangat seksualiti bagi aku.

"Pahal kau berjalan," soal Han dingin.

"Saya nak awak," Balas Areana dengan wajah penuh mengharapkan lelaki itu berada di sisinya selalu.

Han kelihatan sangat kusut ketika ini, lagi-lagi dengan baju kemeja putih yang dipenuhi darah dan hujung lrngannya dilipat hingga ke siku.

"Aku tak suka tengok content mature korang. Cringe gila." Sampuk Danish sambil meletakkan kakinya di atas meja. Han memandang sekilas wajah Danish. Kalau dia ada kuasa hitam sudah lama dia sihir lelaki mulut longkang itu.

Han memandang kembali wajah Areana. Matanya mengimbas sekali tubuh gadis itu dari kepala hingga hujung kaki. Terdapat banyak luka yang dialami Areana.

Tanpa meminta izin Areana, Han terus mencempung tubuh Areana lalu dibawa ke ruangan bedroom. Tubuh Areana diletakkan perlahan di atas katil bersaiz Queen itu. Nak saiz king, baik buat rumah je atas private jet.

"Minum. Tidur." Arah Han kepada Areana yang telah selamat bertemu tilam. Areana menggelengkan kepalanya yang terasa berat. Han mengeluh kasar sebelum rambutnya diraup hingga sedikit kusut. Gaya rambut yang membuatkan dia nampak sangat badboy.

Han mengatur kaki meninggalkan Areana berseorang. Namun belum sempat dia bergerak Areana terlebih dahulu menarik jari jemari Han.

"Saya takut. Don't leave me alone." Ujar Areana dalam keadaan separa menangis. Bukan dia manja, tapi dia trauma dengan semuanya. Areana lebih berasa selamat di dalam dakapan Han.

Han menoleh memandang pegangan Areana.

"Jangan pergi. Kalau awak nak pergi...awak suruhlah Nayla yang teman-"

"Aku amik ubat kau. Wait a minute." Jawab Han. Kaki Han terus berjalan meninggalkan Areana di dalam bilik.

Areana merenung balutan kemas yang terdapat pada tubuhnya. Kepalanya yang berbalut dan bahagian bibirnya yang terasa bengkak. Mahu separuh gila dirinya apabila memikirkan but kasut yang mempunyai tumit itu menggesel di atas perutnya. Argh!

Sebuah paket ubat terus berada di depan matanya. Areana menarik sampul ubat itu dengan senyuman simpul. Han memang man with word. Tak sampai seminit pun dia ambil ubat.

Tersembul wajah Danish di hadapannya.

Makin berkerut dahinya apabila melihat senyuman cantik Danish.

"Hello orang nazak." Sapa Danish sambil tangannya mengambil sebotol air mineral di atas meja. Tangannya memulaskan penutup botol itu lalu dihulurkan pada Areana.

"Mana Han?" Soal Areana pelik. Patutnya Han yang muncul bukan lelaki yang kacak tapi malangnya dungu macam babi.

"Thanks," jawab Areana dengan wajah terpaksa.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now