Bab 18

542 31 1
                                    

Areana membuka matanya secara perlahan-lahan. Pandangannya sangat kabur serta hujung dahinya terasa perit bahkan keadaan suhu bilik membuatkan dirinya bagai berada di dalam peti sejuk.

Dahinya berkerut-kerut apabila melihat pandangan yang masih lagi tidak jelas.

"Areana?" Soal Nayla berada di sisi katil. Dengan pantas tangan halus Areana digenggam lembut oleh Nayla. Anak mata Nayla memerhatikan seraut wajah yang basah dek peluh.

Areana menoleh ke empunya suara. Automatik pandangannya bertukar jelas. Wajah sedih Nayla yang menghiasi pandangannya.

Tapi di sebalik tubuh Nayla yang sedang berdiri, wujud 2 susuk tubuh yang sedang bertegang urat.

Han dan Danish kelihatan sangat serius. Dari sinilah aku boleh nampak, sisi Danish yang mature dan terserlahlah kekacakannya. Anak mata Danish sememangnya anak mata asia yang berwarna hitam pekat, bibirnya merah sama seperti Han. Boleh kata dia dan Han adalah sepupu kerana tarikan wajahnya.

Kening Han bertaut apabila mendengar butir bicara Danish. Danish pula memeluk tubuh sambil keningnya terangkat. Nampak sangat tegang.

Areana memerhatikan pula wajah Nayla

"You kena makan," ujar Nayla sambil mengambil bubur ayam di dai atas meja. Bunyi bekas mangkuk dan sudu yang berlaga membuat mereka yang bertegang urat di belakang menoleh memandang Areana dan Nayla.

Areana menggelengkan kepalanya.

"Tu ha, awek kau dah bangun." Ujar Danish dengan senyuman tersirat. Areana memandang wajah Danish yang berubah secara drastik. Daripada maco dan serius terus bertukar kepada dungu dan bala.

"Vaffanculo." Han menjeling wajah Danish yang tersengih-sengih. Kakinya yang dibaluti seluar kerja dibawa mendekati Areana.

Areana terus melarikan pandangan dari bersemuka dengan wajah Han. Nayla mengeluh perlahan.

"Areana, makan sikit je."

"Tak nak," balas Areana berani. Bukan dia tak nak, tapi seleranya mati. Terasa perit tekaknya apabila ditelan air liur. Han memerhatikan wajah Areana dengan satu tangan dimasukkan ke dalam poket.

"Nayla, thanks." Ujar Han sarkastik. Tiada senyuman seperti biasa dan sapaan mesra. Dialognya juga tidak berintonasi. Nayla memandang Han pelik. Thanks for what?

Dengan sekelip mata mangkuk yang berisi bubur yang berada di tangan Nayla terus bertukar tangan Han.

"Leave us," arah Han lalu anak mata kelabu cairnya menikam wajah Danish.

"Ha yelah. Nak suruh aku keluar lah tu. Jangan nak lebih-lebih Han. Dia tu sakit." Pesan Danish seperti mak nenek. Bibirnya dicebik sebelum sebuah kerlingan dihadiahkan pada Han. Nayla pula meluat melihat Danish. Harap muka kacak tapi perangai makin menjadi-jadi.

Pintu bilik dibuka luas lalu Nayla meloloskan dirinya keluar dari bilik tersebut. Mata Areana membuntuti Nayla yang meninggalkannya. Danish juga turut melangkah keluar dengan mulut yang tidak henti-henti mencemuh Han.

'Kenapa tinggalkan saya seorang diri,' Areana memandang lembut wajah Nayla yang telah hilang dari pandangan.

Danish menutup pintu bilik perlahan.

Han memerhatikan Areana yang memerhatikan pintu terkatup rapat. Anak mata hazel itu dilarikan pada wajah Han pula. Lelaki bermata anak kelabu yang sangat cantik. Umpama ada sebuah permata yang bersinar di sebalik matanya tapi hampa, tiada cahayanya.

"Makan," arah Han. Areana menggelengkan wajahnya tanda tidak mahu. Dengan secara tiba-tiba pintu bilik terbuka kembali.

"Jangan buat tak senonoh lagi! Aku lupa nak kunci pintu." Sampuk Danish yang meletakkan telapak tangan pada matanya. Sebelah lagi tangannya mengunci pintu bilik dari dalam. Danish membuka matanya lalu dia kenyitkan matanya pada Han. Memudian dia kembali menutup pintu bilik.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now