Bab 48

347 19 2
                                    

"Quanti altri imperi non abbiamo nelle nostre guerre?" Soal Malik dengan tangan yang menggilapkan parang yang berwarna emas.

(Berapa ramai lagi empayar yang tidak sertai peperangan kita?)

   Ashraf memandang ke arah sebuah fail yang berada di tangannya lalu matanya memerhatikan nama yang tertera.

  "Blake, Xavier, Xyrax Duracell. Semua dah mati dibunuh oleh Frenchie. 2 empayar tu pembekal besar orang bawahan kita. Jadi kita kehilangan-"

    "Frenchie? Tch, Il loro gioco è divertente." Pintas Malik dengan nada cukup meluat dengan nama Frenchie. Tangannya naik mengusap bibir yang semakin mengecut.

(Frenchie? Tch, permainan mereka memang menyeronokkan.)

Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak bersalut warna merah. Rokok itu dibawa ke bibir kecutnya.

"Kita ada ramai orang bawahan tidak setaraf dengan Blake." Sambung Ashraf dengan anak mata yang memerhatikan wajah yang dimamah usia milik Malik William Costle.

   "Fornire armi e forzare imperi subordinati a unirsi a noi. 3 persone della nostra generazione devono scontrarsi per assistere allo spargimento di sangue del miserabile figlio di Adam Harry." Malik dengan lagaknya terus menapak keluat dari kamar yang hanyir itu. Matanya sempat memandang ke arah wanita yang hanya tinggal jasad semata-mata.

(Sediakan senjata dan paksa empayar bawahan untuk sertai kita. 3 orang dari generasi kita perlu bertembung untuk menyaksikan pertumpahan darah anak celaka Adam Harry.)

Ashraf memerhatikan tubuh yang berlalu pergi itu. Matanya singgah pula pada darah kering yang berada di atas lantai. Bau hanyir yang menusuk dan meloyakan.

  "Abshah," ujar Arshad dengan lembut. Masih ada lagi tompokan darah milik ayahnya di atas mozek lantai itu. Betapa pekat dan likat darah ayahnya bezanya cuma ia telah kering.

Bilik yang tiada penghabisan 'penyeksaan'. Nama yang mampu membuatkan orang bawahan Drace bergetar lutut.

-

Areana memandang ke arah pancuran air terjun yang berada di dalam kolam. Nampak sangat elegen dan ekskulsif.

Rambut panjang yang mengurai milik Areana terbang lembut apabila disapa oleh angin. Terasa meremang bahagian tengkuknya.

   "You okey ke?" Soal Nayla takut-takut. Sudah hampir 20 minit dia memerhatikan gadis yang cantik itu.

Areana memalingkan wajahnya lalu dia tersenyum hambar. Kalau ikutkan kehendak hati, mahu saja dia menghambur segala yang terbuku di hati. Menjerit, meronta, meroyan, semuanya dia mahu lakukan sekarang namun tembok ego Areana dibina tinggi memisahkan kehendak hati dan keegoan jiwa.

   "Kenapa tak panggil saya Elbro? Bukan awak ke yang nak sangat?" Sinis nada Areana pada pendengaran Nayla. Wajah Nayla berubah sedikit kelat. Agak tersentak dengan perubahan Areana yang lebih suka cakap berlapik. Same goes to Elbro.

Cepat-cepat Nayla maniskan wajahnya. Kakinya menapak mendekati Areana lalu perlahan-lahan dia melabuhkan tangannya pada lengan Areana.

   "Tak kisahlah you Elbro ataupun Areana. You tetap diri you. You tetap Han punya." Balas Nayla dengan intonasi yang lembut. Areana mencampakkan pandangannya ke arah gelora air di dalam kolam sambil otaknya ligat mencerna maklumat.

Han punya? Naik loya tekaknya mendengar perkataan itu. Sudah muak dengan sebaris ayat yang acap kali disebutkan semua orang. Han's? Pergi mampus lah!

   "Why Areana? Kenapa you senyap?" Soal Nayla dengan wajah yang tampak pucat. Matanya tidak beralih dari memandang wajah jelita Areana. Dari pandangan zahirnya, Areana nampak sarat dengan 'cemburu' dan penuh dengan kedinginan. Sifat pendiam dan pemalunya lesap begitu saja. Adakah 'Elbro' sudah muncul dalam dirinya? Gadis yang berpandangan penuh menggoda walaupun bereaksi selamba serta dingin.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now