Bab 47

415 22 2
                                    

Bang!

Bang!

Bang!


   "What the fuck? Sumpah sampah gila kau ni." Jerit seseorang yang kedengaran sayup-sayup. Areana membuka kelopak matanya perlahan namun segalanya terasa berat. Dia terlalu kerap pengsan dan sakit. Entah kenapa kepalanya cepat sangat pening dan berdenyut. Mungkin memori yang melukakan fikirannya.

Matanya memerhatikan sekeliling ruangan bilik tersebut. Fikirannya hanya kosong dan kosong. Dekorasi bilik yang mewah dan tampak serba moden.

Matanya dilarikan pula pada sebuah jendela yang sangat besar dan ada sebuah balkoni di situ. Bunyi bising yang sungguh membingitkan. Kenapa dia ada di sini?

BANG!

Areana melangkah turun dari katil yang bersaiz king. Cool fever yang terlekat pada dahinya dicabut lalu dicampakkan ke atas lantai. Comfort tebal yang membaluti tubuhnya ditarik lalu kakinya dibawa ke arah jendela tersebut. Namun matanya sempat menangkap ke arah segelas air kosong dan sebuah piring kecil yang terdapat 2 biji ubat yang pernah dia makan.

Areana tidak mengendahkan ubat itu lalu kakinya melangkah ke arah jendela yang terbuka luas. Balkoni itu dicecah menggunakan kaki kanannya lalu matanya memerhatikan sekeliling. Udara segar itu dihirup beberapa kali lalu matanya menjamah pula pemandangan yang terhidang.

Susuk tubuh lelaki-lelaki idaman wanita berada di bahagian tanah lapang yang sangat luas. Areana memandang pula tubuh Qayyum yang sedang bertumbuk dengan Luke. Mereka semua tampak penat dan sangat serius.

    "Shoot!" Jerit Danish dengan kuat lalu dia menepuk bahagian permukaan lantai bersebelahan Nayla yang sedang meniarap. Dengan pantas tangan Nayla melepaskan anak panah ke arah sebuah papan yang terletak jauh dari mereka.


Ktak!


Anak panah itu tertembus ke atas titik merah pada papan itu. Dengan itu, suara sorakan Nayla kedengaran. Gadis itu tampak gembira dan bahagia sekali, Danish juga tidak lepas memandang ke arah Nayla.

   "Cute," ujar Areana perlahan dengan senyuman manis. Untuk sekian lamanya pipi kemerahan itu kembali dengan lekuk yang cantik.

Matanya memerhatikan pula seseorang yang berada di hujung bangunan yang tampak mewah itu. Tempat apa ni? Soal hatinya.

Eyden dan Ryan sedang menembak di bahagian tanah yang begitu kosong. Zack disebelahnya pula nampak sibuk memberikan arahan.

    "Hmm," ujar Areana lembut apabila merasakan angin sejuk yang menyapa tubuhnya. Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah luar bilik. Sempat lagi, tangannya meraba rantai yang terletak cantik pada leher jinjangnya.

'Tania,' bisik hatinya lembut.

Kakinya dibawa keluar dari bilik yang exclusive tersebut.

   Areana melangkah mengikuti jalan yang terhias pelbagai jenis gambar. Automatik bibirnya tersenyum sambil tangannya menyentuh lembut permukaan canvas dan bingkai tersebut.

    "Beautiful journey." Ujar Areana lembut sambil tangannya mengusap bahagian permukaan canvas tersebut. Lukisan seorang lelaki yang sedang memeluk erat pinggang seorang gadis dari bahagian belakang.

Areana tersenyum lalu melangkah pula ke bingkai seterusnya lalu tangannya naik mengusap lukisan tersebut lagi.

    "Red-y," ujar Areana apabila menjamah gambar seorang perempuan berambut panjang yang menutup separuh wajahnya dan seorang lelaki sedang mencium bahagian pipinya yang tidak kelihatan.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now