Bab 1

1.1K 28 0
                                    

꧁ HAN'S ꧂


- - - - - -

[MILAN, ITALY ]

"Trova stupida mia, nipote!" Suara itu bergema kuat memberi arahan kepada puluhan anak buahnya yang bermuka bengis dan berbadan sasa itu. Bibirnya yang sudah mengecut itu tersenyum sinis hingga menampakkan betapa kejamnya dia. Anak-anak buahnya bergerak mencari kehendak tuannya.

"Non provare a scappare ...Salenna."(jangan kau cuba lari...Salenna) Dengan nada yang berbisik dia menuturkan ayat tersebut lalu disusuli dengan ketawa besar yang mampu memenuhi ruangan living room tersebut yang sebesar taman permainan. Hati tuanya sudah busuk dek ketamakkan harta dan kekaburan maksiat.

"Jumpa kau di neraka kelak," dengan pelatnya dia menuturkan ayat tersebut yang memang segaja dia tujukan kepada anak gadisnya, Salenna Costle. Satu-satunya anak perempuan sial yang berani melanggar perintahnya dan berani membawa diri mengahwini Adam Harry. Anak pembawa sial.

-

"Nanti dah sampai Malaysia, sayang terus jumpa mak ayah abang. Jaga Areana elok-elok." Adam mencium dahi anak gadisnya yang didukung isterinya dengan syahdu. Kemudian kepala isterinya yang bersarungkan kain tudung diusap lembut. Berat hatinya mahu meninggalkan anak dan isterinya yang begitu penting dalam hidupnya. Salenna menggelengkan kepala sambil mengesat air matanya. Anaknya yang berada di gendongan isterinya dikucup sekali lagi.

Betapa indahnya bayi yang berada di dalam gendongan isterinya. Baru masuk hari ke 5 usianya tapi dia sudah terpaksa melalui hari yang sukar begitu juga mereka. Dengan keadaan Salenna berpantang lagi.

"Abang...jangan tinggalkan sayang. Macam mana dengan Areana. Macam mana dengan saya...tanpa abang disisi." Salenna menitiskan airmatanya namun sempat Adam mengesat air matanya daripada mengalir. Lapangan terbang Leonardo da Vinci itu penuh dengan ribuan manusia. Ada orang yang pandamg mereka seperti orang gila. Comot dan serabai. Salenna hanya mengenakan kain bercorak dan baju t-shirt besar serta kasut. Biarlah orang kata apa asalkan keselamatan dia dapat terjamin

"Sayang, ingatlah. Walaupun abang tiada di sisi, abang tetap di hati." Adam mendakap tubuh isterinya yang bakal dia rindui dan inilah kali terakhir dia dapat menatap wajah insan yang dia cintai buat kali terakhir.

Dahi Salenna dicium lembut dengan lama sambil tangannya mengusap belakang isterinya. Dia tahu Salenna orang yang cekal dan tabah. Dia menyedapkan hatinya.

Ciuman dilepaskan lalu bibirnya dilabuhkan pula pada dahi anaknya.

"Sayang, abang sentiasa doakan sayang. I love you and my little princess...tolong mama jadi lebih kuat." Adam memeluk tubuh isterinya kemudian memegang lembut jari halus ananya lalu tanpa sepatah kata dia terus bergerak meninggalkan isterinya yang berjuaraian air mata. Dia sedikit pun tidak menoleh ke belakang kerana dia pasti air mata jantannya telah mengalir.

"Tolong selamatkan suamiku...daripada syaitan bertopengkan manusia itu ya Allah." Senak dadanya menahan kepiluan hati apabila mengenangkan amaran keras ayahnya Malikh melalui pesanan telefon.

-Ayah

Dear Salenna,
Figlio mio non sfidarmi mai ad essere il dio della tua vita.
Dammi tua figlia per toglierle la vita dopo che la tua vita e Harry saranno al sicuro. Arrivederci a tuo padre.

(Anakku sayang, jangan berani engkau mencabar aku untuk menjadi tuhan yang mencabut nyawa. Serahkan anak perempuan mu untuk kucabutkan nyawa. Kau dan suami kau akan selamat.)

Dia bukan ayah tetapi dia manusia yang tidak takut tuhan.

-


"Your highness, we found him but he was not with his wife and child." Suara anak buahnya bergema di dalam tandas mewahnya. Malikh yang sedang berendam di dalam tub mandi itu tersenyum sinis. Dia memandang walkie talkie itu lalu dia ketawa kuat.

"Catch and bring the bastard here. We have a special game,"

-

Adam membawa beberapa senjata haram di dalam keretanya. Tak kisah weapons apa pun tetapi dia yakin lambat laun dia akan mati juga ditangan lelaki itu. Ini demi keselamtannya.

Malikh William Costle, dia bukan orang sebarangan. Bukanlah orang yang memijak tanah dengan kaki tapi dengan kasut jenama sendiri DrD. Dia bukannya orang yang bermain pistol tetapi rifles ratusan peluru. Orangnya bawahnya bukan ratusan tapi ribuan.

Jauh sekali dengan dirinya.

Sedang Adam membelek keperluannya untuk jangka masa 5 hari tiba-tiba beberapa kereta Range Rover berwarna hitam menghampiri keretanya yang tersadai di tepi jalan. Kakinya terus dibawa masuk dalam kereta. Kereta Mercedes-Benz itu memecut laju membelahi jalan namun diekori 10 buah kereta tadi.

"Tak sampai 10 jam aku menyorok orang kau dah jumpa...you did it Malik. Haha!" Adam ketawa sedih sambil tangannya mengetuk stereng. Dia cuba menutup kepiluan hati. Kebiasaanya ada isterinya dengan perut yang sarat disebelah temoat pemanduannya. Kali ini dia seorang, menjalani kesulitan hidup. Dia juga takut untuk mati. Jika mati dengan cara biasa dia redha tapi mengenangkan Malikh yang bakal menjadi malaikat mautnya. Dia rela mati sekarang.

-

"Salenna mana Adam?" Puan Zaleha menyambut kepulangan menantunya di halaman rumah. Bagasi-bagasi menantunya diletakkan lembut oleh beberapa orang lelaki. Dia melihat muka Salenna yang sudah lesu dan pucat.

"Masuk dulu Salenna. Rehat ya. Mak buat air dulu untuk kamu. Bagi sini cucu mak tu." Puan Zaleha mengambil lembut cucu perempuannya digendongan Salenna.

"Kamu berempat pun silalah masuk. Rehatkan badan." Pelawa Puan Zaleha lembut. Mereka berempat disisi kereta hanya kaku sambil mengangguk perlahan. Belum sempat Salenna melangkah naik ke atas beranda dia telah pun rebah menyembah bumi.

"Allahuakbar!" Zaleha mengucap panjang. 4 orang lelaki tadi terus menerpa ke arah Salenna. Salah seorang dari mereka terus mencepung tubuh Salenna lalu dibawa ke dalam kereta. Diikuti dengan 3 orang lagi lelaki yang pasti itu adalah orang kanan Adam sendiri.

Areana di dalam gendongan Zaleha tidur dalam keadaan yang tenang. Zaleha terus membawa cucunya masuk ke dalam rumah.



-


Hari berganti hari, panas berubah hujan, malam berubah siang. Menantunya berdarah Itali itu tidak membawa sebarang khabar. Apatah lagi rupanya. Langsung tidak ditonjolkan. Anaknya, Areana sudah merengek mahukan ibunya. Zaleha semakin risau dengan keselamatan Adam dan Salenna. Dua-dua tidak membawa khabar baik ataupun buruk.

"Sudah sayang-sayang tokma. Ala busuk-busuk. Eh busuk pulak. Engkau dah wangi. Alahai." Dia menjadi lagi pening melihat Areana semakin kuat menangis. Buntu fikirannya untuk melenakan anak kecil ini.

"Susu formula...oh ya. Beg Salenna." Tangan yang sedikit berkedut itu membancuh susu yang berada di dapur. Tidak mudah dalam usia lingkungan 50 untuk melakukan kerja-kerja sebegini lagi lagi jika cucunya terjaga diwaktu malam.

Who Are You? (hold)Where stories live. Discover now